Wednesday, June 30, 2010

Islam menyeru keadilan


Mari kita renung firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Berpegang teguhlah kepada amaran Rasulullah saw bahawa manusia akan menghadapi tahun-tahun yang banyak penipuan, dipercayai pembohong, dibohongi orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat, dikhianati orang yang amanah, orang yang jahil membuat kenyataan, apabila ditanya keadaannya, Rasulullah saw menegaskan : Orang yang Jahil bercakap mengenai kepentingan orang ramai.

Wallahualam.

Tuesday, June 29, 2010

Bersangka baik dengan Allah


















Dalam sebuah hadis,

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)


Maksudnya : "Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah saw, Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajall (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi".

Huraian hadis

Hadis ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya bersangka baik dengan Allah SWT lebih-lebih lagi di saat menjelang ajal.

Dalam sebuah hadis yang lain,

أن النبي (ص) دخل على شاب وهو فى الموت فقال كيف تجدك ؟ قال والله يا رسول الله إنى أرجوا الله وإنى أخاف ذنوبي . فقال رسول الله (ص) لا يجتمعان فى قلب عبد فى مثل هذا المواطن إلا أعطاه الله ما يرجواوأمنه بما يخاف

Maksudnya : Bahawa Nabi saw pada satu hari telaah menziarahi seorang pemuda yang sedang sakit. Maka Nabi saw bertanya pemuda bagaimana keadaan kamu sekarang ? Jawab pemuda itu, demi Allah aku mengharapkan rahmat daripada Allah kerana aku sangat takut disebabkan banyak dosa yang telah aku lakukan. Nabi saw bersabda kepadanya, tidak berhimpun dua perkara dalam hati seseorang melainkan diberi oleh Allah SWT tentang apa yang diharapkannya dan dilepas kan dari apa yang ditakutinya. (Sunan at-Tirmizi)

Dalam sebuah hadis yang lain,

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik.

Jika kita berdoa kepada Allah, maka hendaklah bersangka baik dengan Allah jika hajat kita tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT mahu memberi yang lebih baik dari apa yang kita minta. Sekiranya kita ditimpa musibah, hendaklah kita yakin bahawa disebalik musibah yang diterima ada hikmahnya yang tersendiri . Justeru hendaklah bersifat redha kepada ketetapan Allah.

Sabda Rasulullah saw,

ما مصيب المسلم من وصب ولا نصب ولا سقم ولا حزن
حتي الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته


Maksudnya : Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. (HR Muslim)

Begitu juga sebaliknya apabila diberi nikmat, maka hendaklah sentiasa berfikir dan bermuhasabah apakah hikmah di sebalik ujian nikmat yang Allah SWT beri ini. Dan janganlah lupa bersyukur kepada-Nya.

Jika seseorang telah mengerjakan sesuatu amalan sholih, maka hendaklah dia bersangka baik dengan Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT akan menerima amalan soleh yang kita lakukan.

Wallahualam.

Surau Al-Amin
19.6.2010

Sunday, June 27, 2010

Apabila seorang 'Alim mengharamkan apa yang Allah halalkan

Seorang hamba Allah bertanya saya,

Ustaz, apa hukumnya seorang yang alim dalam ilmu agama tiba-tiba mengharamkan ilmu yang dicurahkan kepada muridnya selama ini ?

Muslimin dan muslimat sekalian,

Saya meminta tempoh untuk menjawab soalan ini daripada penanya dan berjanji untuk memaparkan jawapan dalam entri blog saya.

Berikut adalah jawapan yang ingin saya kongsi bersama dengan pembaca sekalian.

Dalam sebuah hadis,

إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا , قالوا : يا رسول الله وما رياض الجنة ؟ قال : مجالس العلم

Maksudnya : Apabila kamu melalui taman syurga, maka minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : Apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu ? ” Nabi saw bersabda : Majlis-Majlis Ilmu.

Berdasarkan hadis di atas, tahulah kita betapa mulianya majlis ilmu itu sehingga diibaratkan oleh Rasulullah saw sesiapa yang menghadirinya sama seperti menghadiri Taman Syurga Allah.

Para pembaca sekalian,

Oleh kerana menuntut ilmu itu satu perbuatan mulia, maka mereka yang mengajarkan ilmu lagilah sangat mulia di sisi Allah SWT selagi mana ilmu itu tidak bertentangan dengan syara’.

Hal ini disebut dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Zarr r.a, Nabi saw bersabda,

يا أبا ذر , لأن تغدو فتعلم أية من كتاب الله خير لك من أن تصلى مائة زكعة ولأن تغدو فتعلم بابا من العلم عمل به أو لم يعمل خير من أن تصلى ألف ركعة

Maksudnya : Wahai Abu Zarr ! Sesungguhnya engkau keluar atau pergi untuk mengajar satu bab daripada Al-Quran, adalah lebih baik daripada engkau mendirikan sembahyang 100 rakaat. Dan sesungguhnya engkau pergi atau keluar untuk mengajarkan satu bab daripada ilmu sama ada ia diamalkan atau tidak, itu adalah lebih baik daripada engkau mendirikan sembahyang 1000 rakaat.

Dalam sebuah lagi hadis,

“Kelebihan orang alim berbanding orang abid adalah seperti kelebihan bulan berbanding seluruh bintang. Sesungguhnya ulama' adalah pewaris anbiya' dan para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak pula dirham akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya sesungguhnya dia mengambil keuntungan yang banyak. “(Hadis Riwayat Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Muslimin dan muslimat sekalian,

Ilmu datangnya daripada Allah SWT. Justeru jika Allah SWT memberikan kita ilmu maka wajiblah kita mensyukurinya dengan cara mengamalkan serta mengajarkannya kepada orang lain.

Sabda Rasulullah saw,

بلغوا عنى ولو أية

Maksudnya : Sampaikanlah dariku walau satu ayat sekali pun. (HR Bukhari dan Muslim)

Adalah besar dosanya barangsiapa yang berilmu namun menyembunyikan ilmunya daripada orang lain. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Al-Baqarah 159)

Walaupun ayat ini ditujukan khusus kepada orang Yahudi, namun secara umumnya hendaklah kita mengambil pengajaran daripada ancaman Allah SWT ke atas orang yang menyembunyikan kebenaran.

Sabda Rasulullah saw,

من سئل عن علم فكتمه جاء يوم القيامة ملجما بلجام من نار

Maksudnya : Barangsiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu ia menyembunyikannnya, maka ia akan datang di hari Qiamat dengan dikekang mulutnya daripada apai neraka. (HR Abu Daud)

Muslimin dan muslimat sekalian,

Tanggungjawab asasi para ulama ialah membimbing masyarakat dengan ilmunya. Samalah tanggungjawab asasi seorang bapa memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri mereka. Justeru tidak ada alasan yang mengharuskan seseorang Ustaz atau seorang Alim mengharamkan ilmu yang telah dicurahkan kepada murid-muridnya.

Samalah seperti tidak ada alasan yang mengharuskan seorang bapa mengharamkan nafkah yang diberikan kepada anak-anak dan isterinya. Begitu juga tidak ada alasan yang mengharuskan seorang ibu mengharamkan susu yang diberikan kepada anak-anaknya sewaktu kecil.

Ilmu yang benar itu sifatnya HALAL kerana ia datangnya dari Allah SWT. Justeru barangsiapa yang mengharamkan ilmu yang dicurahkan kepada murid-muridnya sama seperti dia telah mengharamkan sesuatu yang sifatnya Halal.

Sikap seperti ini seolah-olah segala hukum hakam itu dia yang punya sehingga boleh dengan sesuka hatinya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Mereka yang melakukan perbuatan seperti ini boleh dihukum syirik kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah saw,

“Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka mau menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya.” (Riwayat Muslim)

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya".(An-Nahl :116)

Sabda Rasulullah saw,

إِنَّ أَعْظَمَ الْمُسْلِمِيْن فِي الْمُسْلِمِيْن جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ أَمْرٍ لَمْ يُحَرَّمْ فَحُرِّمَ عَلَى النَّاسِ مِنْ أَجْلِ مَسْألتِهِ

Maksudnya : “Sesungguhnya kaum muslimin yang paling besar dosa dan kejahatannya terhadap (sesama) kaum muslimin adalah yang bertanya tentang perkara yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan kepada manusia karena pertanyaannya tadi.” (HR Muslim)

Kesimpulan

Perbuatan mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram itu merupakan satu perbuatan syirik serta melampau dalam agama. Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis,

“Ingatlah! Mudah-mudahan binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan itu.” (3 kali). (Riwayat Muslim dan lain-lain)

Demikianlah jawapan saya. Moga-moga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. Amin...

Saturday, June 19, 2010

Hukum menipu

Dalam sebuah hadis,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah saw,

أوصيك بتقوى الله, وصدق الحديث, وأداء الأمانة, والوفاء بالعهد , وبذل الطعام , وخفض الجناح

Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kalau orang Alim menipu ?

Jika seseorang alim itu menipu maka padahnya adalah sangat besar. Sebabnya,

“Kalau orang Alim buat perkara yang harus orang awam akan buat perkara yang makruh, kalau orang Alim buat perkara yang makruh, orang awam akan buat perkara yang haram, kalau orang Alim buat perkara haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran !

Justeru hukum belajar dengan orang yang suka menipu ini ialah haram kerana mereka tergolong dalam golongan yang melakukan kezaliman. Sedangkan Allah SWT melarang kita bersekongkol dengan orang yang melakukan kezaliman.

Firman Allah SWT,

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" - Hud:113

Doa orang yang dizalimi sangat makbul di sisi Allah SWT,

إتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب

Maksudnya : “Hindarilah doa orang yang kena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan di antara Allah SWT sebarang benda yang mendinding ” (HR Tirmidzi)

Kisah Bal'am bin Barro' yang diumpan dengan kemewahan dunia

Ambil pengajaran dari kisah Bal’am bin Barro’. Beliau seorang "ulama" besar kaum Bani Isra’il yang hidup di zaman Nabi Musa a.s.

Sebagai ulama besar, beliau memiliki ilmu yang sangat luas di samping mempunyai pengikut dan anak murid yang sangat ramai. Kesolehannya membuatkan seluruh do’anya didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Disebabkan beliau sangat ‘populer’, beliau telah diminta oleh Nabi Musa a.s untuk mengadap Raja Madyan dan berdakwah kepadanya. Namun apabila bertemu dengan Raja Madyan, Bal’am telah dipujuk supaya bersama pihak raja untuk menentang Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Sebagai imbuhan Raja akan mengurniakan harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi kepadanya.

Tawaran daripada raja ini membuatkan hati Bal’am terpesona. Lalu dituruti permintaan Raja supaya mendoakan kehancuran kepada Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Balasannya Allah SWT merentap lidah Bal’am bin Barro’ dan matilah dia dalam keadaan lidahnya terjelir seperti lidah anjing. Kisah Bal’am ini ada dinyatakan dalam surah al-A’raf ayat 174-176.

Justeru apabila kita melihat seorang penuntut ilmu belajar daripada seseorang yang fasik yang suka menipu maka wajiblah kita menasihatinya dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.


Petikan kuliah
Surau Al-Amin
19.6.2010

Sunday, June 13, 2010

Ghibah yang diharuskan

Firman Allah SWT,

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat : 12)

Huraian ayat

Dalam ayat ini Allah SWT melarang orang-orang yang beriman agar jangan terlalu banyak membuat prasangka buruk kepada sesama manusia, apatah lagi kepada keluarga dan orang-orang mukmin. Kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu mengandungi dosa, menyebabkan orang yang melakukannya diseksa.

Kemudian Allah SWT melarang perbuatan mengintip iaitu mencari rahsia keburukan orang lain untuk disiarkan supaya kelihatan cacat celanya.

Seterusnya Allah SWT melarang pula orang yang beriman daripada melakukan perbuatan mengumpat yakni menceritakan atau menyebut keburukan seseorang kepada orang lain dibelakang individu tersebut atau tanpa disedarinya.

Allah SWT menyamakan perbuatan orang yang mengumpat sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda,

الغيبة أشد من الزنا , قالوا : كيف يا رسول الله ؟ قال عليه الصلاة والسلام : الرجل يزنى ثم يتوب فيتوب الله عليه , وأما صاحب الغيبة فلا يغفر له حتى يغفر صاحبه

Maksudnya : Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih teruk dosanya daripada perbuatan zina. Mereka pun bertanya : “Mengapa demikian ya Rasulullah ?”. Nabi saw menjawab : “Orang lelaki yang berzina lalu bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Ada pun orang yang mengumpat, dia tidak akan diampuni kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu”.

Dalam sebuah hadis yang daripada Ali bin Abi Talib kwj,

إياكم والغيبة لأن فيها ثلاث أفات : الأولى لا يستجاب له الدعاء والثانية لا تقبل له الحسنات والثالثة تزداد عليه السيئات

Maksudnya : Jauhilah kamu semua daripada dosa membicarakan aib orang lain kera sesungguhnya ia di dalam perbicaraan itu terdapat tiga bencana : 1. Doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah 2. Amal kebaikkannya tidak akn diterima 3. Keburukkan atau kehinaannya akan bertambah-tambah.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang itu akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Keharusan mengumpat

Sungguh pun begitu, dalam beberapa hal, mengumpat itu dibenarkan di dalam Islam.Menurut Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu :

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim dalam rangka menuntut haknya yang dizalimi. Dalilnya ialah sura An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Namun jika orang yang teraniaya hendak memaafkan orang melakukan kezaliman kepadanya maka itu adalah lebih baik sebagaimana firman Allah SWT.

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran agar orang yang berbuat maksiat kembali ke pangkal jalan. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Ini juga dianggap sebagai tanggungawab amar ma’ruf dan nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal. Misalnya seorang yang teraniaya bertanya orang yang arif : Apa hukumnya seorang alim melakukan kemungkaran seperti mengambil hak orang ?

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada saksi palsu atau cacat sifat dan kelakuannya, atau mereka yang fasik mengeluarkan fatwa agama sedangkan mereka tidak layak. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli barang curi sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan itu daripada meebak, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar daripada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah, atau penipu yang menipu orang ramai dengan ilmunya dan kita khuatir terhadap bahaya yang bakal menimpa ke atas orang tersebut. Justeru adalah wajib kita menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti seseorang yang meminum arak, berjudi dan bermegah-megah dengan maksiat dan kejahatan yang dilakukan.

6. Jika seseorang hanya dikenal dengan julukan si juling, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan itu agar orang lain faham siapa yang dimaksudkan. Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka hukumnya adalah haram. Walaubagaimana pun jika dia mempunyai julukan lain yang lebih baik, maka eloklah memanggilnya dengan julukan yang baik itu.

Wallahualam.

Petikan Kuliah Maghrib
Surau Al-Amin
12.6.2010

Friday, June 11, 2010

Cucu mak yang ke 42 !

Al-hamdulillah, malam tadi bertempat di sebuah klinik di pekan Seremban, jam 12.32 malam, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg.

Dengan kelahiran ini, sekarang saya sudah mempunyai 2 orang anak perempuan dan 3 orang lelaki.

Dan buat mak yang tercinta, nampak gayanya bertambah meriahlah lagi rumah mak semasa Hari Raya yang akan datang !

Tuesday, June 8, 2010

Hidad - Wajib ketika berkabung






















Firman Allah SWT,

“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan” (Al-Baqarah 234)

Dalam sebuah hadis,

لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا

Maksudnya : Tidak harus bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian berkabung aatas kematian seseorang lebih daripada tiga malam (tiga hari) melainkan atas kematian suami; isteri wajib berkabung empaat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari dan Muslim)

Huraian

Islam membuat peraturan mana-mana perempuan yang kematian suami, mereka diwajibkan berkabung dalam tempoh edah iaitu selama empat bulan sepuluh hari atau sehingga lahir kandungannya jika si isteri itu sedang hamil.

Tujuan Islam meletakkan peraturan ini bukan sahaja untuk melahirkan perasaan dukacita di atas kematian suami, tetapi juga untuk menjaga dirinya agar tidak dipengaruhi oleh lelaki lain untuk bernikah sebelum tamat tempoh edah.

Tetapi jika wanita itu tidak ada perasaan untuk bernikah lagi, maka anggaplah peraturan ini adalah sebagai ta’abudi iaitu menjujung perintah Allah dan Rasul-Nya.

Bagaimana cara berkabung ?

Cara berkabung bagi isteri yang kematian suami itu ialah dengan meninggalkan segala perhiasannya yang biasa di pakai seperti barang-barang kemas atau pakaian-pakaian yang cantik (yang biasa dipakai di majlis keramaian), tidak boleh bercelak mata melainkan kerana tujuan perubatan, tidak boleh bermekap (apa sahaja bedak yang boleh menambahkan seri wajah), berinai dan memakai wangi-wangian.

Dengan kata lain apa sahaja bentuk perhiasan adalah haram di pakai oleh wanita tersebut selama dalam tempoh edah. Mereka juga di larang keluar rumah melainkan sekiranya mahu bekerja untuk mencari nafkah.

Mereka juga di larang keluar daripada rumah pada waktu malam melaainkan dia ke rumah jirannya dengan tujuan yang dibenarkan seperti mahu menjahit pakaian, bercakap sesuatu perkara yang penting atau sebagainya dengan syarat tidak ada lelaki di tempat tersebut yang dapat berbual-bual atau beramah mesra dengannya. Dan selepas selesai urusan di tempat itu, dia dikehendakki pulang dan bermalam di rumahnya sendiri. Selain daripada perkara itu hukumnya adalah haram.

Begitu juga Islam meletakkan peraturan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati selama tiga hari, tidak lebih daripada itu.

Justeru, makruh hukumnya barangsiapa yang mengucapkan takziah selepas tiga hari kerana ia hanya akan menimbulkan rasa sedih yang berpanjangan kepada keluarga si mati, kecuali jika yang menyampaikan takziah itu baru mengetahui kemaatian seseorang atau baru tiba dari perjalanan musafir yang jauh.

Wallahualam.

Petikan kuliah Maghrib,
Surau Al-Amin
5.6.2010

Saturday, June 5, 2010

Bangsa yang BANGSAT !

Mereka hidup dalam 'kebangsatan' kerana tidak ada tanah untuk dijadikan negara.

Mereka pernah merempat di negara Jerman namun dibunuh oleh Hitler kerana kehadiran mereka menyusahkan negara tersebut.

Setelah sekian lama hidup merempat akhirnya mereka merampas tanah Palestin dan mendirikan sebuah negara haram di atasnya. Namun kewujudan negara yang mereka namakan 'Israil' itu tidak diiktiraf oleh dunia Islam.

Punca kebangsatan ?

Tidak lain kerana mereka telah dilaknat oleh Allah SWT.

"Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Mariyam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan."(al-Maidah 78-79)

Bangsa Yahudi di zaman Nabi Musa a.s.

Apabila Nabi Musa a.s berjaya menyelamatkan Bani Israil dari kekejaman Firaun, yakni berjaya menyeberangi laut Merah, kaumnya melihat sekumpulan manusia menyembah berhala. Lalu mereka juga memohon kepada Nabi Musa a.s agar dibuatkan Tuhan untuk mereka, supaya mereka boleh beribadat dengan tekun, tetapi tidak diendahkan oleh Nabi Musa a.s. Firman Allah SWT,

“Dan Kami seberangkan Bani Israil itu, maka setelah mereka sampai kepada satu kaum yang menyembah berhala, lalu Bani Israil berkata : “Wahai Musa, buatlah untuk kami sebuah tuhan sebagaimana mereka yang menyembah berhala”. Nabi Musa menjawab : Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang bodoh ”(Al-A'raf 138)

Kesempatan itu telah di ambil oleh Samiri yang berazam untuk mencipta Tuhan yang boleh dilihat oleh Bani Israil. Kebetulan semasa menyeberangi laut Merah, malaikat Jibril turut serta dengan menunggang seekor kuda. Setiap pasir yang dipijak oleh kuda tunggangan Jibril, pasir itu akan berubah menjadi butiran emas. Hal ini menimbulkan perasaan takjub kepada Samiri lalu mengambil segenggam pasir yang dipijak oleh kuda tunggangan oleh Jibril untuk di simpan.

Tidak lama selepas itu, Nabi Musa a.s telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk mengadapnya di Bukit Tursina untuk menerima kitab Taurat selama 30 hari. Sepanjang peninggalannya, urusan kepimpinan diserahkan kepada Nabi Harun a.s.

Peluang ini telah diambil oleh Samiri untuk menyesatkan Bani Israil. Samiri membuat perkiraan satu hari itu 12 jam, maksudnya kalau 24 jam dikira 2 hari. Oleh itu apabila Nabi Musa a.s pergi dalam masa 15 hari, Samiri beranggapan sudah 30 hari. Lalu dia berkata kepada kaum Bani Israil bahawa Nabi Musa telah mungkir janji. Dia menyuruh kaum Bani Israil mengumpulkan semua barang-barang kemas yang mereka simpan.

Menyembah patung lembu

Setelah semua barang kemas itu dihimpunkan dalam sebuah lubang, maka Samiri mencampakkan segenggam pasir yang diambil dari tapak kuda yang ditunggang oleh malaikat Jibril. Ditakdirkan Allah SWT, maka barang-barang kemas itu menjelma dalam bentuk patung anak lembu.

Kata Samiri kepada kaum Bani Israil,

"Inilah sebenarnya tuhan kita dan tuhan Nabi Musa. Tahukah kamu semua mengapa Nabi Musa lambat pulang menemui kita, kerana dia sedang tercari-cari di mana Tuhannya. Sedangkan Tuhannya seperti yang kamu lihat telah tertinggal di sini. Marilah sama-sama kita sembah patung lembu ini sebagai Tuhan kita".

Nabi Harun membantah ajaran sesat ini. Hal ini disebut dalam Al-Quran surah Taha ayat 90-91,

“ Maka sesungguhnya Nabi Harun pernah berkata : Sesengguhnya kamu sekelian telah difitnah dengan patung anak lembu ini, sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka ikutlah aku dan ikutlah perintahku. Kaum Bani Israil menjawab ; Kami akan terus menyembahnya sehingga Nabi Musa datang kepada kami .” (Ta-Ha 090-091)

Setelah genap 30 hari, maka Nabi Musa pun pulang ke pangkuan kaumnya. Alangkah terkejutnya Nabi Musa a.s apabila melihat sebahagian besar daripada kaumnya menyembah patung anak lembu. Nabi Musa a.s bersegera mencari Nabi Harun a.s, dan memegang rambut dan janggut Nabi Harun a.s seraya bertanya,

“Wahai Harun apa yang telah menghalangimu ketika kamu melihat mereka telah sesat ? Tidakkah kamu mengikutiku ? Apakah kamu telah sengaja menderhakai perintahku ? (Ta-Ha 092-093)

Jawab Nabi Harun a.s,

“Nabi Harun menjawab : Wahai Musa ! janganlah kamu pegang janggutku dan juga kepala (rambut)ku. Sesungguhnya aku bimbang kamu akan berkata kepada aku bahawa kamu (Harun) telah memecahkan kaum Bani Israil menjadi dua kumpulan dan kamu tidak memelihara amanahku sebelum aku pergi dahulu”. (Ta-Ha 094)

Mafhumnya, Nabi Harun berkata kepada Nabi Musa a.s, Sekiranya dia memerangi mereka yang menyembah anak patung itu, nescaya Bani Israil akan terpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan yang menyembah patung lembu dan satu kumpulan yang masih setia dengan ajaran Nabi Musa.

Nabi Musa a.s bertanya, wahai Harun siapakah yang telah mengasaskan ajaran sesat ini ? Kata Nabi Harun, wahai Musa engkau tanyalah Samiri. Nabi Musa a.s pun menemui Samiri,

“Apakah yang menyebabkan kamu melakukan perbuatan ini wahai Samiri ?” (Ta-Ha 095)

Jawab Samiri,

“ Aku melihat perkara yang mereka tidak melihatnya. Maka aku mengambil segenggam pasir dari bekas tapak kaki kuda malaikat Jubril kemudian aku campakkan ke timbunan barang-barang kemas (lalu jadilah anak patung lembu) dan demikianlah nafsuku yang telah menghasut aku”. (Ta-Ha 096)

Nabi Musa a.s kemudian melaknat Samiri,

“ Pergilah kamu dari sisiku. Sesungguhnya sepanjang hayatmu kamu hanya akan berkata : Jangan sentuh dan sesungguhnya bagimu ada janji (seksaan di akhirat) yang (sekali-kali) kamu tidak dapat hindari”. (Ta-Ha 097)

Mafhum daripada ayat ini, sepanjang hayat Samiri, dia hanya akan berkata dua perkataan iaitu jangan sentuh. Sesiapa yang menyentuh badan Samiri, dia dan orang yang menyentuhnya akan demam dan penyakit demam itu hanya akan sembuh melainkan kulit badan orang yang menyentuh dan kulit Samiri yang disentuh itu digunting atau di siat.

Kemudian Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya yang menyembah lembu :

“ Dan ingatlah ketika Nabi Musa a.s berkata kepada kaumnya : Wahai kaumku ! Sesungguhnya kamu telah menganiayai diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu dengan cara membunuh diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, moga-moga Allah menerima taubat kamu, sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah 054)

Setelah hampir 70,000 orang yang murtad mati bertaubat dengan cara membunuh diri sepatutnya mereka yang setia dengan ajaran Nabi Musa a.s mengambil iktibar dari peristiwa tersebut.

Mahu tengok Allah

Tapi malangnya, dengan angkuh mereka mengatakan kepada Nabi Musa bahwa hati mereka belum yakin lagi untuk beriman dengan Allah SWT selagi mereka tidak dapat melihat Allah SWT dengan mata kepala mereka sendiri. Dalam surah Al-Baqarah: 55, Allah SWT berfirman:

“ Ingatlah ketika mereka berkata : Wahai Musa !, kami tidak akan beriman kepadamu sehingga sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami) . Maka dengan kerana itu kamu disambar petir sedang kamu semua melihatnya”. (Al-Baqarah 055)

Ditembak petir

Disebabkan keangkuhan dan kedegilan mereka maka Allah SWT turunkan azab dengan menghantar petir halilintar menyebabkan mereka mati bergelimpangan (ada pendapat yang mengatakan mati disini ialah pengsan), namun dengan kekuasaan Allah SWT, maka Allah SWT hidupkan mereka kembali supaya mereka bersyukur.

Firman Allah SWT,

“Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah 056)

Kemudian Allah SWT perintahkan kepada mereka supaya beribadat kepadanya pada setiap hari Sabtu dan di larang menangkap ikan pada hari tersebut. Dalam pada itu Allah SWT uji mereka sama ada mereka taat atau tidak kepada perintahnya.

Disumpah jadi beruk

Pada hari Sabtu Allah SWT keluarkan ikan-ikan yang besar muncul di permukaan laut. Lalu kaum Bani Israil mencari helah dengan cara memasng perangkap ikan pada hari Jumaat, hari Sabtu mereka melihat ikan mereka masuk dalam perangkap dan hari Ahad mereka memungut hasil tangkapan mereka.

Oleh kerana asyik melihat ikan-ikan mereka masuk dalam perangkap pada setiap hari Sabtu, maka terlalailah mereka untuk beribadat kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT sumpah mereka menjadi kera. Inilah yang disebut didalam Al-Quran,

“ Sesungguhnya telah Kami ketahui di antara orang-orang yang melanggar peraturan pada hari Sabtu. Berkata Kami : Jadi keralah kamu yang sehina-hinanya. Maka Kami jadikan yang demikian itu sebagai pengajaran bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan bagi orang-orang yang kemudiannya dan menjadi pengajaran kepada orang-orang yang bertaqwa”. (Al-Baqarah 065-066)

Kuliah Subuh,
Masjid Qaryah Sikamat
5.6.2010