Tuesday, August 31, 2010

Sehati Ramadhan….dari Kg. Ismail ke Taman Jujur


Warga Surau Taman Jujur Sikamat

Bayangkan kalau anda sudah tua…, tidak ada siapa yang memperdulikan anda. Hidup anda tersisih dalam masyarakat , anda dianggap tidak bermanfaat malah di ibarat seperti kain buruk. Dipanggil datang... disuruh pergi.

Apakah perasaan anda ? Alangkah sayunya ketika itu….

Justeru itulah Nabi saw menyuruh agar kita menyantuni orang-orang tua.

Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,

ما أكرم شاب شيخا لسنه إلا قيض الله له من يكرمه عند سنه

Maksudnya : Tidak memuliakan seorang muda ke atas orang tua kerana umurnya melainkan disediakan Allah baginya orang yang memuliakannya.

Sebuah lagi hadis yang turut dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ويوقر كبيرنا ويأمر بالمعروف
وينه عن المنكر


Maksudnya : Bukanlah di kalangan kami mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak dan memuliakan orang-orang tua dan menyuruh orang berbuat baik dan mencegah orang daripada melakukan kemungkaran.

30.8.2010 - 8.25 p.m di Surau Kg. Ismail

“Ustaz…, bulan puasa nanti datang-datanglah jenguk kami di sini”, kata Pakcik Samad sewaktu kuliah saya ditutup sempena menyambut bulan Ramadhan tiga minggu yang lalu.

“Insya Allah…, saya solat Terawih di sekolah. Tapi kalau berkesempatan saya datang”, jawab saya.

Malam tadi saya meluangkan masa untuk datang ke Kg. Ismail menziarahi warga Surau yang kebanyakkannya adalah warga emas.

“Umur Tuan Haji berapa?”, tanya saya kepada Tuan Haji Hashim bin Jasa sewaktu menikmati jamuan more.

“77 tahun ”, jawabnya.

“Alhamdulillah…syukur. Saya pun belum tahu lagi sampai atau tidak seperti umur Tuan Haji”, kata saya.

31.8.2010 - 5.25 a.m di Surau Taman Jujur Sikamat

Pagi tadi saya ke Surau Taman Jujur Sikamat untuk solat Subuh serta menyampaikan sedikit tazkirah dihadapan jemaah yang majoritinya orang-orang tua.


Tuan Haji Ismail bin Pais, Pengerusi Surau

“ Sudah lama kita tak jumpa. Ustaz apa khabar ?” tanya Tn Hj Ismail, pengerusi Surau apabila melihat kelibat saya.

“Baik, Al-Hamdulillah”.

Kami saling bersalam-salaman.


Ada sesuatu yang menarik perhatian jemaah surau Taman Jujur

Ada juga jemaah yang memeluk dan meminta maaf dari saya.

“Saya sudah lama hendak jumpa Ustaz. Saya ingin meminta maaf dengan Ustaz. Selagi Ustaz tidak maafkan saya….hati saya tidak tenang ”, kata warga emas ini.

Saya tidak tahu apa kesalahannya dengan saya. Nampak dia bersungguh-sungguh memohon maaf sehingga menangis teresak-esak.

“Ya, saya pun macam tu juga..., ingin memohon maaf dengan Tuan Haji jika ada kekasaran sepanjang saya menyampaikan kuliah di surau ini suatu ketika dahulu", kata saya.

Kami berpelukan.

Kuliah Subuh selesai pukul 7.05 minit pagi.

Terima kasih tuan puan ... Terima kasih atas ukhwah dan persaudaraan ... Terima kasih segala-galanya... Kalau panjang umur kita berjumpa lagi….

Sunday, August 29, 2010

Didik anak dengan kaedah Luqmanul Hakim


Bersama Tuan Haji Awal dan Imam Besar Masjid Sikamat

Tuan Haji Awal bin Nain, Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat jika berbual dengan saya mesti berbahasa Inggeris.

Sehingga menghantar ‘sms’ kepada saya pun dalam bahasa Mat Saleh ini.

“Ure cordially invited to our iftar on this Saturday at 6.30 p.m. Pls give a tazkirah on any topic infront of about 250 attendance. Tq.”

Demikianlah bunyi 'sms' yang saya terima darinya dua hari lepas.

Saya tabik dengannya. Hebat betul Guru Besar ini.

Petang semalam saya saya hadir berbuka puasa bersama ibu bapa dan guru-guru Sekolah Agama Rakyat Masjid Sikamat.

Semasa sesi tazkirah saya mengingatkan diri saya dan ibu bapa,

“Ibu bapa sekalian, dalam kita mendidik anak-anak marilah kita mencontohi Lukmanul Hakim dimana beliau mengenalkan anak-anaknya dengan Allah SWT. Insya Allah jika anak-anak kita kenal Allah SWT, mereka akan takut melakukan kejahatan".

Seterusnya saya menekankan lagi,

"Kita tidak mahu anak-anak kita berijazah dari Universiti namun dalam masa yang sama masih melakukan kejahatan, maksiat, pecah amanah, rasuah, menipu orang ramai dan sebagainya.”


Turut hadir ialah Ust Abdul Halim Sulaiman dan Ust Hj Harun

Sebelum itu Tuan Haji Awal berucap. Kata beliau,

"Insya Allah ibubapa sekalian, tahun depan kita akan ada bangunan sekolah baru...".

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik dan juga anak yatim.

Majlis di akhiri dengan solat Maghrib berjemaah.

Berkunjung ke Surau Garden Avenue

Selepas solat Maghrib, saya bergegas ke Surau Garden Avenue Seremban 2 untuk berterawih dan menyampaikan tazkirah.

Solat Terawih di sini hanya lapan rakaat sahaja. Surau ini telah ‘mengkontrak’ seorang pelajar Al-Hafiz untuk menjadi Imam sepanjang Ramadhan.


Jemaah surau Garden Avenue

Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih atas undangan dan mohon maaf jika sepanjang tazkirah ada kekurangan.

Wa ilal Liqa’.

Saturday, August 28, 2010

Kisah saya di SHAMS dan Dato’ Mufti

SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) banyak menyimpan nostalgia kepada saya.

Di madrasah ini saya menimba ilmu dengan ramai para Ustaz antaranya Al-Fadhil Ust Ali Kuty, Ust Jaafar bin Mohamad, Ust Hashim bin Harun dan Ust Hj Yusuf bin Haji Ahmad.

Di kalangan rakan-rakan pula, saya berkawan dengan Al-Fadhil Ust Hafizi bin Ali (senior), Ustaz Khusahairi Hamthan (classmate tkt 4 dan 5) dan Ust Khazri bin Othman (junior).

Tawaran ke Universiti Darul Uloom, Deoband India.

Keputusan SPM 1989 tidak memihak kepada saya untuk memohon mana-mana Matrikulasi. Ya, saya mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan tersebut tetapi jumlah aggregatenya 21.

Sedangkan syarat untuk masuk mana-mana Matrikulasi mestilah mendapat sekurang-kurangnya aggregate 18 ke bawah.


Tingkatan Enam Atas Usuluddin

Saya tidak berputus asa.

“ Kalau universiti tempatan tidak mahu terima tidak mengapa …, mungkin Universiti luar Negara ada peluang”, pujuk hati yang sedang kecewa.

Lalu saya menghantar surat ke beberapa Universiti di luar Negara. Saya juga memberanikan diri ke Jalan Ampang Kuala Lumpur, ‘memanjat’ kedutaan Arab Saudi, Indonesia, Libya, Iraq, Pakistan dan juga India.

Jawapannya 'HAMPA' . Dengan kelulusan SPM sahaja, saya tidak diterima untuk belajar di mana-mana Universiti di negara tersebut.

Namun ada satu Universiti yang menerima saya iaitu Universiti Daru Uloom Deoband, India. Saya bercadang mahu ‘celup’ di India beberapa tahun kemudian menyambung pengajian di peringat Master di university Al-Azhar. Inilah yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan.


1989, belakang saya Ust Khushairi Hamthan

Hasrat ini saya luahkan kepada emak,

“Apo… ?, kau nak poei India ? Tak usah ngado-ngado ?”, respon emak dalam loghat Negeri Sembilan.

Jawapan emak mematikan hasrat saya.

Tawaran ke tingkatan enam

Menyambung persekolahan ke tingkatan enam bukanlah pilihan saya kerana saya diberitahu oleh abang-abang senior,

“ Kau jangan masuk tingkatan enam … subjek tingkatan enam susah…apa lagi di bidang Usuluddin , pasti kau hancur ”, kata mereka.

Oleh kerana tiada pilihan lain akhirnya saya terima juga tawaran untuk memasuki tingkatan enam.

Ketika membaca surat tawaran, sekali lagi saya rasa kecewa apabila dimasukkan ke dalam kumpulan pelajar yang mengambil bidang Usuluddin.

Kata-kata abang senior bahawa bidang ini 'sangat susah' masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Rayuan ditolak.

Pada hari pertama mendaftar masuk ke Tingkatan Enam, saya berjumpa dengan Pengetua , Ust Yusuf bin Haji Ahmad, sekarang Mufti Negeri Sembilan.

“Ustaz, saya mahu tukar jurusan…saya mahu masuk Syariah”, kata saya dengan wajah yang penuh pengharapan.

“Anta belajarlah dulu dalam bidang ini selama sebulan…, lepas itu baru jumpa ana”, jawabnya.

Sebulan selepas itu….

Selepas solat Maghrib bersama Ust Yusuf di surau sekolah, sekali lagi saya menyampaikan hasrat untuk bertukar bidang,

“Ustaz…, Ustaz kata setelah sebulan saya boleh memohon untuk tukar ke bidang Syariah”, kata saya minta simpati.

Ustaz Yusuf memandang saya dengan wajah serius.

Pandangannya itu menyebabkan saya merasa takut sehingga saya tundukkan kepala.

Tiba-tiba Ust Yusuf tersenyum sambil bertanya ,

“ Cuba anta terjemahkan maksud Usuluddin ? ”

“Er..er, Usuluddin maknanya perkara pokok dalam agama Ustaz..”, jawab saya teragak-agak.

“ Dah tu …. Belajarlah dalam Usuluddin ,” katanya.

Jawapan beliau menyebabkan saya mati akal.

Mula berguru dengan Ust Yusuf

Di kalangan guru yang mengajar saya semasa di tingkatan enam ialah Ust Yusuf sendiri.

Beliau mengajar saya ilmu Mantiq. Saya pening dengan subjek ini. Bagi saya subjek ini agak susah dan menyukarkan untuk beroleh kejayaan dalam STPM.

Ust Yusuf seorang yang pakar dalam ilmu ini. Dia mengajar menggunakan bahasa Arab yang fasih, tenang tapi serius.


Dari kiri Ustazah Khuzaimah, Arwah Ust Pauzi, Ust Yusuf, Cikgu 'Babuk' dan saya

Semasa kelas berjalan , semua murid senyap, sehinggakan bunyi kipas yang berpusing pun boleh didengari. Maklumlah yang mengajar kami bukan sebarangan orang. Beliau ialah Pengetua, orang yang terpenting dalam sekolah.

Ust Yusuf tidak lama mengajar saya. Kesibukkan beliau sebagai Pengetua menyebabkan kelas Mantiq diserahkan kepada Ust Saiful Bahrin bin Abu.

Dilantik sebagai Head Boy

Satu hari di perhimpunan sekolah, nama saya diumum sebagai Ketua Umum (Head Boy ) bagi sesi 90/91.

Hairan…, hati saya tertanya-tanya, mengapa saya dipilih ?

Pada hal saya bukanlah aktif dalam bidang kokurikulum.

Bersukan ? Masya Allah jauh sekali. Cuma saya ada gaya ‘lebai-lebai’ sikit ketika di sekolah.

“Kami guru-guru telah berbincang. Kami percaya kepada anta.., anta boleh memikul amanah ini”, kata Ust Yusuf dalam satu pertemuan.

Semenjak itu saya mula rapat dengan Ust Yusuf, Ustazah Khuzaimah bt Sulaiman (Guru HEM) dan Arwah Ust Pauzi (Guru Displin). Antara tugas saya sebagai pemimpin pelajar ialah melaporkan hal-hal displin kepada mereka bertiga.

Tugas Ketua Umum agak berat. Saya pernah dipulau oleh rakan-rakan sekelas kerana terlalu strict sehingga digelar sebagai ‘tali barut’ sekolah.

Temuduga ke Universiti Islam Madinah

Semasa di tingkatan enam rendah, ada seorang Ustaz dari luar datang mengajar subjek Tafsir. Beliau merupakan Pegawai Pendidikan di Kedutaan Arab Saudi, Jalan Uthant Kuala Lumpur. Namanya Ust Nasri.

Sekitar bulan Julai 1991 ketika di tingkatan enam atas, dia telah menelefon salah seorang rakan saya memberitahu Kedutaan Arab Saudi membuat temuduga terbuka bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah.

Malangnya tarikh temuduga itu bertembung pula dengan perperiksaan Thanawi kami.

“Macam mana Hisham…., nak pergi tak esok ?”, tanya seorang rakan.

“Ya, ana akan pergi”, jawab saya excited.

“Habis tu…. macam mana dengan exam ? ”, tanyanya lagi.

“Kita jumpa Ust Yusuf sekarang”, jawab saya.

Kami pun bergegas ke bilik pengetua menerangkan hasrat untuk pergi temuduga. Ust Yusuf kemudian memberi arahan kepada guru-guru untuk membatalkan peperiksaan tingkatan enam kerana hendak meraikan pemergian kami berlima ke Kuala Lumpur pada keesokkan hari.

“Moga-moga antum berjaya ”, kata Ust Yusuf.

“Terima kasih Ustaz”, jawab kami serentak.

Malangnya kesemua yang menghadiri temuduga pada hari itu GAGAL dalam keputusan temuduga.

Sekali lagi saya rasa kecewa.

Ust Yusuf , Pengetua yang warak.

Semasa di tingkatan 2, ada seorang Guru Bahasa Inggeris yang saya pun sudah lupa namanya. Kata cikgu ini,

“ Saya sudah lama hidup di dunia. Tapi saya tidak pernah jumpa Pengetua yang sebaik Ust Yusuf. Saya rasa nasibnya di akhirat adalah cerah berbanding dengan saya”, katanya.

Memang saya akui…., Ustaz Yusuf seorang yang baik lagi warak. Dia rajin naik ke asrama mengejutkan kami solat subuh berjemaah.

Dia juga sangat suka solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama kami.

“Jangan bercakap, penuhkan barisan depan tu !”, katanya memarahi pelajar-pelajar yang main-main ketika hendak mendirikan solat.

Ust Yusuf kalau menengking, semua pelajar senyap bagaikan negeri yang dilanda Garuda.

Ust Yusuf, seorang yang berhati-hati

Kalau sesiapa yang pernah mendengar ceramah Ust Yusuf, tahulah gayanya ketika berceramah. Sungguh berhati-hati, perlahan dan tidak bercakap berdasarkan emosi.

Ada seorang Ustaz di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang mirip berceramah seperti Ust Yusuf iaitu Ust Zainal yang tinggal di Vila Suria, Warisan Puteri. Bila saya mendengar kuliah Ust Zainal, saya teringat Ust Yusuf !

Macam mana gayanya berceramah begitulah juga gaya Ust Yusuf membuat keputusan. Setiap keputusan yang dibuat akan diteliti, diperiksa dan di buat pengadilan seadil-adilnya.

BerQiamullail dengannya

Ustazah Khuzaimah bt Sulaiman Guru HEM suka membuat program motivasi di sekolah kami. Salah satu program yang dianjurkan ialah Qiamullail.

Pagi itu saya dipanggil oleh Ust Yusuf, duduk bersebelahan dengannya.

“Hishamuddin…., anta dah periksa PA system ?,”tanya beliau.

“Dah Ustaz”, jawab saya.

Majlis Qiamullail malam itu dipimpin oleh seorang Ustaz dari luar.

Mahu tidak mahu, apabila sudah duduk dengan Ust Yusuf terpaksalah saya sembahyang bersebelahan dengannya.

Sungguh indah di saat itu…..

Bersambung.

Tuesday, August 24, 2010

Perang Badar : Tumpasnya kebatilan, menangnya kebenaran !


Sekadar gambar hiasan

Bulan Ramadhan bulan yang berkat. Di bulan ini Nabi saw telah memenangi peperangan Badar. Tentera kebatilan yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut akhirnya tumpas, dihancurkan oleh tentera kebenaran walaupun jumlah pengikutnya tidak seramai mana.

Apabila tentera kebatilan tumpas, ramai yang terkejut dan tidak percaya termasuklah bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Lahab. Seminggu selepas peperangan ini berakhir, Abu Lahab yang taksub kepada kebatilan ini akhirnya mati dalam keadaan hina.

Apakah iktibar dari kisah Badar al-Kubra ?

Tidak lain, hendaklah kita bersama-sama dengan jemaah yang menyatakan kebenaran. Jangan kita bersekongkol dengan kumpulan yang batil kerana ia adalah satu kezaliman sedangkan menyokong kezaliman itu adalah langkah menuju ke neraka.

Na’uzubillah…

Selain bantuan Allah, Rasulullah saw menang dalam peperangan Badar kerana baginda di kelilingi oleh pejuang-pejuang yang bersifat benar dan cintakan kebenaran.

Dengan kata lain mereka yang bersifat batil dan bergelumang dengan kebatilan, tidak layak berada di saf hadapan perjuangan.

Ingat, perjuangan memertabatkan Islam tidak akan berjaya jika di dalamnya wujud pejuang-pejuang yang hanyut dengan kebatilan.

Justeru saya menyeru kepada diri saya dan rakan-rakan pendakwah sekalian marilah kita bersikap benar dan menyatakan kebenaran di mana-mana kita berdakwah kerana yang benar itu tetap benar dan yang batil itu tetap batil.

Percayalah , apabila telah datang yang hak, yang batil itu pasti roboh!

Hanya kepada Allah kita berserah.

Monday, August 23, 2010

Kisah wanita bakhil



Dalam sepotong hadis daripada Aisyah r.anha menceritakan,

Ada seorang wanita telah datang kepada Rasulullah saw sedangkan tangan kanannya dalam keadaan lumpuh. Wanita itu berkata, “Ya Rasulullah sudilah kiranya kalau engkau mohon kepada Allah agar disembuhkan tanganku yang lumpuh ini”.

Maka Nabi saw bertanya, “Wahai perempuan apakah yang menyebabkan tangan kananmu lumpuh ?”

Wanita itu menceritakan, “Ya Rasulullah pada satu malam aku bermimpi seolah-olah neraka Jahim telah menyala-nyala dan syurga telah sedia terbuka di hadapanku. Aku melihat ibuku berada dalam neraka sedangkan di tangannya terdapat sepotong lemak dan di tangannya yang sebelah lagi memegang kain lap. Dengan lemak dan kain lap itulah ibuku menahan kepanasan daripada bahang api neraka".

"Aku pun bertanya kepada ibu : Wahai ibu, mengapa ibu dalam keadaan begini ? Bukankah semasa di dunia dahulu ibu adalah seorang yang taat kepada perintah Allah dan ibu juga seorang yang berbuat baik kepada ayah dan ayah pun telah redha dengan kebaikan ibu ?”

Jawab ibuku : “ Wahai anakku aku diseksa dalam neraka ini kerana aku semasa di dunia dahulu seorang yang sangat bakhil ”.

Aku pun bertanya lagi : “ Wahai ibu apakah ertinya lemak dan kain lap pada tangan ibu itu ?” Ibuku menjawab : “ Wahai anakku seumur hidup aku tidak pernah bersedekah melainkan inilah dua barang yang pernah aku sedekahkan kepada orang”.

Aku pun bertanya lagi : “ Wahai ibu dimanakah ayah ?” Ibuku menjawab : “Wahai anakku ayahmu sekarang tinggal bersama-sama orang yang dermawan kerana semasa di dunia dahulu dia sangat dermawan”.

Maka aku pun datang kesyurga untuk melihat ayahku dan ternyata ayah sedang berdiri di telaga Kauthar sedang memberi minum kepada orang ramai yang dahaga.

Aku berkata kepada ayah : “Wahai ayah sesungguhnya ibu yang juga isteri ayah seorang yang taat kepada perintah Tuhannya, manakala ayah pun telah redha di atas kebaikannya. Tahukah ayah yang ibu sekarang ini sedang hangus di bakar dalam neraka ? Wahai ayah berilah sedikit air minuman itu kepada ibu .”

Kata ayahku : “ Wahai anakku, sesungguhnya Allah Taala telah mengharamkan orang-orang yang bakhil dan orang-orang yang berdosa dari mendekati telaga ini”.

Aku pun dengan tanpa izin ayahku terus mengambil air dari telaga itu lalu aku berikan kepada ibuku yang kehausan dalam neraka. Tiba-tiba ada suara yang berkata : “Mudah-mudahan Allah melumpuhkan tanganmu kerana engkau telah memberi minum air telaga Nabi saw kepada orang yang bakhil”.

“Maka aku pun terbangun dari tidur dan ternyata tanganku lumpuh seperti ini ya Rasulullah .”

Kata Aisyah r.aanha setelah Nabi saw mendengar cerita dari perempuan tersebut maka Nabi saw meletakkan tongkatnya pada tangan wanita itu sambil berdoa : “Wahai Tuhanku , melalui kebenaran mimpi yang diceritakan oleh perempuan ini maka sembuhkanlah tangannya".

Maka tangannya menjadi sembuh seperti sedia kala.

Moral kisah

1. Jadilah orang yang pemurah dan bersama dengan orang yang pemurah
2. Jangan jadi orang yang bakhil dan bersama dengan orang yang bakhil

Tazkirah Ramadhan,

Di Surau At-Taufiqiyah Pinggiran Senawang.
22.8.2010

Sunday, August 22, 2010

Di Surau Al-Ansar, Coral Height


Al-Fadhil Ust Rosmin bin Adam dan En. Shamsuri bin Ahmad

Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, penduduk Taman Coral Height menjalankan aktiviti agama di sebuah rumah yang di sewa.

Tapi tahun ini, penduduk di sini telah mendapat nikmat dan rahmat daripada Allah SWT, dimana sebuah surau yang serba baru lagi selesa telah berjaya didirikan.

Pembinaan surau ini dibiayai oleh kerajaan negeri. Manakala kelengkapan karpet, P.A System, Air Cond dan bangunan tambahan adalah dari sumbangan derma orang ramai.

Syukur Alhamdulillah.


Sebahagian daripada jemaah Surau Al-Ansar

Malam tadi saya berkesempatan ke surau ini kerana diundang untuk memimpin solat Terawih 8 rakaat dan seterusnya menyampaikan tazkirah.


Al-Fadhil Ust Hj Affendy bin Mohd Nor

Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jemaah Surau Al-Ansar khususnya Ybhg Al-Fadhil Ustaz Haji Affendy bin Mohd Nor, Ustaz Rosmin bin Adam, En. Samsuri bin Ahmad dan En Norazlan bin Ismail dan ramai lagi kerana sudi menjemput saya.


En. Norazlan bin Ismail

Saya mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan semasa menyampaikan tazkirah. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kebaikan kepada penghuni taman ini. Amin...

Saturday, August 21, 2010

Indahnya Ramadhan


Alif (tengah) anak YAB MB Terengganu

Bulan Ramadhan bulan yang banyak memberi erti dalam kehidupan saya.

Enam belas tahun dulu, di bulan yang penuh berkat ini saya melamar seorang gadis yang bernama Zaharatol Jannnah bt Mohd Abd Rahman sebagai isteri.

Ketika itu kami sama-sama belajar di Fakulti Pengajian Islam UKM sebelum masing-masing membawa haluan di tahun 3, di mana beliau mengambil bidang Al-Quran dan As-Sunnah manakala saya lebih fokus di bidang Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

Di bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, bersaksikan rakan-rakan terdekat serta berlandaskan syariat saya berkata,

“ Saya ingin mengambil awak sebagai isteri saya”.

“Nantilah dulu, saya tanya keluarga saya”, jawab si gadis sambil tersipu-sipu.

Hari ini gadis yang dilamar sudah pun menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak saya seramai lima orang.

Alhamdulillah.

Justeru setiap kali bulan Ramadhan tiba, kami akan tersenyum mengenang nostalgia lama.

Ramadhan tahun ini

Ramadhan tahun ini sama seperti Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.

Selepas berbuka, saya akan segera ke Kolej Tuanku Jaafar untuk mendirikan solat Terawih bersama para pelajar.


Menuju ke Surau

Dalam seminggu saya akan memperuntukkan 3 atau 4 malam bersama mereka. Selebihnya saya akan berterawih di surau yang berhampiran atau memenuhi undangan menyampaikan tazkirah di surau dan masjid sekitar Seremban.

Perkembangan buku

Alhamdulillah surat perjanjian antara saya dengan pihak penerbit sudah pun di terima melalui email.

Minggu depan saya bercadang untuk menghantarnya secara pos.

Saya diberitahu oleh wakil PTS, buku saya dikategorikan sebagai 'projek khas' yang tidak perlu menunggu giliran untuk diterbitkan.

Dengan kata lain pihak penerbit akan menerbit dan mengedarkannya secepat yang mungkin.

Syukur, ini satu lagi anugerah yang Allah SWT berikan kepada saya.

Sebidang tanah

Bulan lepas, saya ke Pejabat Peguam menguruskan pembelian sebidang tanah di Lot 15407 Taman Perwira untuk dijadikan milik keluarga.Lokasinya berhadapan dengan rumah Pakcik Yazid, tukang masak terkenal di Taman Perwira.


Mak di hadapan tanah milik keluarga

Semua adik beradik bermuafakat untuk meletakkan nama kakak saya Norifah bt Mansor sebagai penama dan pemilik tanah ini.

Insya Allah, tanah ini akan kami jadikan kebun dan menanam pokok buah-buahan.

Kami juga akan mendirikan sebuah pondok untuk adik beradik dan anak-anak saudara bersantai sambil menikmati buah-buahan yang segar.


Sudah mula tanam pokok

Kami berdoa kepada Allah semoga keharmonian dan permuafakatan adik beradik akan kekal selama-lamanya sepanjang hayat.

Naluri seorang ibu …”Engkau anak yang benar”.

Ketika berkunjung ke rumah mak di Taman Perwira baru-baru ini, saya menceritakan kepada mak apa yang saya lalui sejak dua bulan yang lepas.

Kata mak,

“Mak tahu …, kau benar. Kawan-kawan mak di Taman Perwira pun tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kalau kau salah sudah tentu Allah SWT akan tutup pintu rezeki engkau”, jawab mak ceria.

Terima kasih mak.

Tuesday, August 10, 2010

Solat Terawih 10 rakaat ?


Almarhum Sheikh Haji Ahmad, Mufti Negeri Sembilan yang pertama.

Saya masih ingat tahun lepas saya berbual dengan seorang jemaah surau Bandar Warisan Puteri Sikamat. Dia bertanyakan saya mengenai amalan solat Terawih di Negeri Sembilan yang agak pelik jika dibandingkan di negeri-negeri lain.

“Setahu ana solat Terawih ini hanya 8 atau 20 rakaat sahaja”, katanya yang berasal dari pantai timur.

Ya, bagi mereka yang pertama kali datang ke Negeri Sembilan mungkin merasa pelik dengan kaifiat solat Terawih seperti ini. Tetapi bagi mereka yang lahir atau yang sudah lama bermastautin di Negeri Sembilan, menunaikan solat Terawih 10 Rakaat adalah perkara biasa.

Ia adalah amalan tradisi yang dilakukan oleh ulama-ulama soleh di Negeri Sembilan sejak dahulu lagi.

Kita bersangka baik dengan kealiman ulama-ulama Negeri Sembilan seperti Almarhum Sheikh Haji Muhammad Said al-Linggi dan anakandanya Almarhum Sheikh Haji Ahmad, mereka mempunyai dalil dan hujah yang kuat mengenai amalan solat Terawih seperti ini.

Jika tidak silap, Jabatan Mufti Negeri Sembilan sudah pun mengeluarkan sebuah buku mengenai dalil keharusan solat Terawih 10 rakaat ini.

Justeru, tuan-tuan yang ingin memiliki buku tersebut , bolehlah membelinya di Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Untuk makluman pembaca sekalian, berapa bilangan solat Terawih sama ada 8, 10 atau 20 rakaat ia bukanlah perintah qat’ei.

Ia hanyalah isu khilafiah atau ranting yang tidak perlu dipertengkarkan.

Terpulang kepada yang empunya badan, jika hendak buat 40, 100 atau 1000 rakaat sekali pun boleh sekiranya terdaya.

Tahun ini Surau Bandar Warisan Puteri Sikamat yang di pengerusikan oleh Ybhg Al-Fadhil Ust Hj Shafie bin Shaari telah mengikut amalan tradisi di Negeri Sembilan mendirikan solat Terawih 10 rakaat.

Bagi mereka yang baru tahu mengenai amalan solat Terawih 10 rakaat ini, saya mengucapkan Selamat datang ke Negeri Sembilan…, jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak ilmu yang dapat dikongsi.

Sekian, dari hamba Allah yang doif,

Ust Hj Hishamuddin bin Mansor.

Saturday, August 7, 2010

Menumbangkan seekor lembu di Kolej Height Sikamat


Lembu jantan bewarna putih

“Lembu ini liar Ustaz”, kata seorang jemaah surau Kolej Height.

“Masa nak tumbangkan tadi, macam-macam helah dilakukannya....”, kata seorang lagi warga jemaah surau sambil mengesat peluh di dahinya.

Nampak gaya, masing-masing berada dalam kepenatan.

“Sudah berapa lama lembu ini berada di sini ?”, tanya saya.

“Sejak hari Rabu Ustaz”, jawab seorang AJK Surau.

"Insya Allah, sebentar lagi saya akan selesaikan", kata saya.


Tepat 8.38 pagi, akhirnya lembu ini berjaya disembelih.

Lembu ini dihadiahkan oleh seorang Pegawai Kanan Polis Negeri Sembilan untuk dijadikan santapan lauk malam ini.

Insya Allah, malam ini (7.8.2010) Surau Kolej Height akan menganjurkan ceramah Israk Wal Mikraj selepas Maghrib.


Bergambar ramai-ramai setelah misi selesai

Jika tuan puan berkelapangan datanglah beramai-ramai , selepas mendengar ceramah bolehlah menjamu selera dengan lauk daging lembu yang fresh !

Tuesday, August 3, 2010

Sepucuk surat dari Tabung Haji



Balik dari Surau Hidayah BWP selepas Zuhor tadi, anak ketiga saya berlari mendapatkan saya.

"Ayah ada surat", katanya.

Saya mengambil dan terus membukanya.

Perenggan kedua surat ini saya baca berulang kali.

"Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan telah LULUS dalam temuduga yang telah diadakan pada 24 Julai 2010"

Perenggan ketiga pula menyatakan :

" Sehubungan dengan itu, tuan/puan akan disenaraikan sebagai Guru Pembimbing Ibadat Haji (Pelapis) bagi peringkat negeri masing-masing".

Saya memandang isteri saya.

"Tahniah", katanya.

Syukur kepadaMu ya Allah.., ini satu anugerah dan kemuliaan yang Engkau berikan kepadaku. Semoga dengan rezeki ini menjadikan aku lebih hampir kepadaMu....Amin

Detik kewafatan Rasulullah saw



Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman,

“.... Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku telah cukupkan kepadamu nikmatKu, Aku telah redha Islam itu menjadi agama bagimu...” (Al-Maidah : 3)

Diriwayatkan surah AI-Ma-idah ayat 3 ini diturunkan pada hari Jumaat sesudah Asar ketika Nabi saw berada di Padang Arafah menunaikan Haji Penghabisan (Haji Wada’). Pada mulanya Nabi saw tidak begitu jelas untuk mengingati isi dan makna ayat tersebut sehinggalah Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta baginda, dan unta baginda pun duduk perlahan-lahan.

Kemudian turun malaikat Jibril a.s. dan berkata kepadanya :

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi, maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat dari Mekah untuk pulang ke Madinah. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempuma."

Berbeza dengan Abu Bakar r.a., apabila dia mendengar keterangan Nabi s.a.w. itu, maka dia tidak dapat menahan kesedihannya lalu pulang kerumah dan mengunci pintu serta menangis sekuat-kuatnya dari pagi sehinggalah kemalam. Berita Abu Bakar r.a. menangis telah sampai ke pengetahuan para sahabat yang lain, maka berkumpullah mereka di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan sambil berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang menyebabkan kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah pun sempuma."

Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah pula kekurangannya. Tahukah kamu dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. semakin hamper. Hasan dan Husin akan menjadi yatim dan para isteri nabi akan menjadi janda."

Setelah para sahabat mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar itu, lalu mereka pun turut menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka kemudiannya telah didengari pula oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun memaklumkan hal ini kepada Rasulullah s.a.w.

Berkata salah seorang daripada mereka, "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumahnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas baginda menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai para sahabatku, mengapa kamu semua menangis?." Kemudian Saidina Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah, Abu Bakar r.a. berkata kepada kami, dengan turunnya ayat ini, ia memberi pertanda bahawa waktu kewafatanmu sudah pun terlalu hamper. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “ Wahai para sahabatku, memang benar, semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a. itu adalah benar belaka, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah pun hampir. "

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia pun menangis dengan sekuat tenaganya sehingga jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. pun bersalam dengan para sahabat seorang demi seorang sambil berwasiat kepada mereka. Ada pendapat mengatakan Rasulullah saw hidup 81 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan baginda hidup 50 hari dan ada pula yang berpendapat baginda hidup 35 hari dan ada pula pendapat yang mengatakan baginda hidup 21 hari selepas turunnya ayat tersebut.

Pada saat ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda menyuruh Bilal melaungkan azan untuk menunaikan solat, lalu berkumpullah kaum Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at bersama mereka yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat baginda bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:

"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak manusia ke jalan Allah. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih dan sayang pada kamu semua seperti kasih seorang ayah kepada anak. Oleh itu wahai sahabatku, kalau ada sesiapa di kalangan kamu yang ingin menuntut hak daripadaku, maka bangunlah dan tuntutlah hak kamu daripadaku sebelum aku dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali. Kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayah dan ibuku ya Rasulullah , kalau engkau tidak umumkan kepada kami berkali-kali, sudah tentu aku tidak mahu mengernukakan tuntutan ini. “Ya Rasulullah, aku masih ingat ketika dalam Peperangan Badar dahulu, aku bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang, setelah aku menghampirimu aku turun dari untaku dengan tujuan untuk mencium kaki engkau. Malangnya ketika itu engkau mengambil tongkat dan memukul untamu untuk berjalan cepat, dalam masa yang sama pukulan mu itu terkena tulang rusukku. Aku sakit ya Rasulullah. Oleh itu aku hendak tahu sama ada engkau sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ukasyah: "Wahai 'Ukasyah, Aku sengaja memukul mu." Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, pergilah kamu ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal pun keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata: Aduhai malangnya nasibku, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Sampai sahaja Bilal di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu sana?." Jawab Bilal : "Aku Bilal bin Rabah , aku telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkatnya. Kemudian Fatimah berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Maka bertanyalah Fatimah sambil menangis "Wahai Bilal, beritahu kepada ku siapakah manusia yang tergamak hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w. itu ?."Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah sebaliknya terus membawa tongkat tersebut kepada Rasulullahs.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut, maka baginda pun menyerahkannya kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka datanglah Abu Bakar dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu pukul Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua."

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera baginda berkata: "Wahai Abu Bakar, wahai Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian datang pula Saidina Ali r.a lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu hendak pukul, maka pukullah aku dan janganlah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w., Bukankah Rasulullah sedang sakit sekarang. Nabi saw bila mendengar kata-kata Saidina Ali, baginda bersabda : "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin pun bangun sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., tahukah kamu kalau kamu menqishash kami sama seperti kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, wahai cucu-cucuku sayang, duduklah kamu berdua." Biarlah Ukaiysah mengqisas aku.

Nabi s.a.w kemudiannya memandang Ukaisyah, "Wahai 'Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., engkau telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju., maka hendaklah engkau menanggalkan bajumu. Maka Nabi s.a.w. pun membuka bajunya, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir, melihat peristiwa yang menyayat hati ini.

'Ukasyah sebaik sahaja melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium Rasulullah sambil berkata; "Aku tebus engkau dengan diriku ya Rasulullah, ya Rasulullah siapakah orang yang yang sanggup memukul engkau ya Rasulullah. Aku melakukan ini adalah untuk menyentuh badan engaku dengan badan aku. Moga-moga dengan sentuhan ini maka Allah s.w.t. memelihara tubuhku dari api neraka. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat : " Wahai para sahabat, dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, maka inilah salah seorang daripadanya.”

Kemudian semua para sahabat berpeluk-pelukkan dan bersalam-salaman kerana gembira menyaksikan peristiwa yang sangat genting ini. Setelah itu para sahabat pun berkata kepada Ukaisyah, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi serta bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka baginda pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, aku berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara aku dengan kamu semua dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.

Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu hendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang bewarna putih. Setelah selesai kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan jenazahku di atas tempat tidurku di rumahku ini. Kemudian hendaklah kamu semua keluar sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan jenazahku ialah Allah s.w.t., kemudian Jibril a.s., diikuti pula oleh malaikat Israfil, seterusnya Mikail, dan yang akhir sekali ialah malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu barulah kamu semua masuk beramai-rarnai untuk mengerjakan solat jenazah ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. engkau adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, apabila engkau sudah tiada Ya Rasulullah kepada siapakah yang akan kami tanyai setiap persoalan yang timbul nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. menjawab, "Dengarlah wahai para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat. Yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu keras tidak mahu menerima nasihat maka lembutkan hatimu itu dengan mengambil pengajaran dari kematian."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. semakin bertambah. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalamualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab engkau tidak pergi ke masjid ya Rasulullah." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, semoga kamu semua sentiasa berada dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya sebentar lagi aku akan meninggalkan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka mintalah izin lerlebih dahulu, kalau di izinkan hendaklah kamu masuk, kalau tidak izinkan janganlah kamu masuk dan hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan aku masuk?" Apabila Fatimah mendengar ada orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. hari ini sedang sibuk disebabkan sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini ucapan salam malaikat Izrail telah didengari oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ada seorang Arab badwi sedang memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa engkau sedang sakit, sebaliknya dia memandang aku dengan tajam sehingga mcnggigil badanku. "

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak wahai Rasulullah " Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala nafsu syahwat, malaikat yang memisahkan perkumpulan anak dan isteri, dan malaikat yang membanyakkan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka baginda pun berkata: " Wahai Fatimah, Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, selepas aku wafat engkaulah orang yang pertama sekali dalam keluargaku yang akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail untuk masuk ke dalam rumah. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas salamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatanganku adalah untuk menziarahimu dan sekaligus untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang kedatanganmu."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik keluar. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “ Wahai Jibril, alangkah sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Saidina Ali yang berada disampingnya tunduk manakala Jibril memalingkan muka. Daripada Nabi saw. Wahai Jibril jijikkah engkau melihat wajahku ku buat terakhir hingga engkau memalingkan wajahmu daripadaku ?” Jawab Jibril, Ya Rasulullah Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah dijemput ajal,” kata Jibril.

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dadanya, baginda telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku."


Wallahualam.


Kuliah Maghrib,

Ust. Mohd Hishamuddin bin Mansor.

Sunday, August 1, 2010

Ramadan, bulan turunnya Al-Quran



Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 185


“Bulan Ramadan bulan yang diturunkan padanyaAl-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan beberapa keterangan yang membawa kepada pertunjuk dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (185)

Huraian ayat

“ Bulan Ramadan bulan yang diturunkan padanyaAl-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan beberapa keterangan yang membawa kepada pertunjuk dan membezakan di antara yang benar dengan yang salah…”.

Ayat ini menjelaskan bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw di bulan Ramadhan untuk menjadi pertunjuk kepada manusia membezakan antara hak dan yang batil. Para ulama membahagikan penurunan Al-Quran terbahagi kepada dua peringkat.

Peringkat pertama diturunkan Al-Quran itu sekaligus dari Lauh al-Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadr iaitu malam yang penuh barakah di dalam bulan Ramadhan.

Inilah yang difahami dari firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati”. (surah al-Dukhan: 3)

Firman Allah s.w.t. lagi dalam surah Al-Qadr ayat 1,

“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr”. (1)

Peringkat kedua ialah dari Baitul Izzah, Al-Quran di bawa oleh Jibril kepada Nabi Muhammad saw secara beransur-ansur selama 23 tahun.

Adalah digalakkan umat Islam bertadrus Al-Quran pada bulan ini. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah r.anha berkata:

“Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap tahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.

Objektif bertadarus bukanlah untuk khatam kerana tujuan asal bertadarus itu ialah untuk memperelok dan menyemak kembali bacaan. Justeru bacalah Al-Quran dengan tenang, tertib dan tidak tergesa-gesa.

Firman-Nya lagi,

“….Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa bulan itu…”

Dalam menentukan awal bulan Ramadhan hendaklah melihat kepada anak bulan. Untuk melihat anak bulan perlulah kepada ilmu. Maka dalam hal ini hendaklah kita rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ilmu falak .

Mungkin ada yang bertanya mengapa umat Islam di seluruh dunia tidak boleh menyambut bulan Ramadhan dalam masa yang serentak. Jawapannya ialah kerana kedudukan geografi dan iklim setiap negara adalah berbeza.

Ketika di negara kita siang, di negara lain mungkin malam. Samalah seperti jadual waktu solat yang berbeza mengikut tempat. Hikmahnya tidak lain supaya kalimah azan akan berkumandang di seluruh dunia 24 jam tanpa henti.

Firman Allah SWT,

“…. dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain..”.

Ayat ini adalah ulangan pada ayat 184 tadi. Firman Allah SWT seterusnya,

“….Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…”

Ayat ini menjelaskan segala hukum hakam yang terdapat di dalam Al-Quran tidak pernah menyusahkan mana-mana hamba-Nya. Ada masa-masa tertentu umat Islam diberi pengecualian untuk melaksanakannya.

Firman Allah SWT dihujung ayat 185,

“…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur ”

Maksudnya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan, maka hendaklah dicukupkan bilangan hari di bulan Ramadhan itu sebanyak 30 hari. Kemudian pada 1 Syawal hendaklah membesarkan Allah SWT dengan membanyakkan takbir sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu.

Dengan kemenangan ini kita akan menjadi umat yang bersyukur kepada Allah SWT.

Wallahualam.


Kuliah Subuh
Masjid Negeri Seremban
1.8.2010