Wednesday, June 29, 2011

Kenapa mereka hidup melarat, bangsat dan terhina?

Di dunia lagi Allah SWT menurunkan azab buat mereka

Allah SWT sudah berjanji bahawa Dia akan menghantar kepada bangsa Yahudi itu kaum-kaum yang akan mengazab mereka sehingga hari Qiamat. Firman Allah SWT,

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-A’raf : 167)

Justeru semenjak dulu, kini dan selama-lamanya orang Yahudi hidup merempat,tidak mempunyai tanah untuk dijadikan negara.

Satu ketika mereka pernah menumpang teduh di England, tetapi akhirnya dihalau oleh King Edward pada tahun 1290.

Kemudian mereka memulakan penghidupan baru di Peranchis, malangnya turut di nyah oleh King Philip pada tahun 1306.

Satu-satunya bangsa di dunia yang tidak memiliki tanah untuk dijadikan negara

Selepas itu mereka mencuba nasid di Hungary, namun mereka telah dibuang negara beramai-ramai pada tahun 1582.

Di Belgium, mereka dihalau keluar pada tahun 1370. Kerajaan Czechoslovakia pula menyingkir Yahudi pada tahun 1380.

Yahudi kemudian mengemis simpati dari negara Austria, namun Raja Bright ke-5 tidak memberi muka, baginda menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

Di Holland, mereka dihambat dari Outricht pada tahun 1444. Di Itali, mereka diusir dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

Di Jerman, golongan Yahudi dihambat seperti binatang dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510.

Pada 1919 Tentera Rusia menyembelih Yahudi beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun berkenaan. Lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka.

Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Kasihan..., mereka benar-benar hidup merempat, bangsat dan terlaknat. Firman Allah SWT,

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.” (al-Maidah :78)

Malangnya

63 tahun yang lalu, disebabkan kealpaan umat Islam, akhirnya Yahudi berjaya merampas Palestin lalu mengistiharkan sebuah negara HARAM di dunia ini.

Sungguh pun begitu Yahudi di Israil hari ini menerima azab dalam bentuk ketakutan yang teramat sangat. Mereka gerun dengan pejuang-pejuang HAMAS Palestin.

Mereka bimbang untuk keluar dari rumah tanpa sebab,gusar ancaman roket buatan mujahidin Palestin.

Mereka amat khuatir diserang oleh pemburu syahid yang meletupkan bom di khalayak awam.

Ya, Israil tidak akan aman, penduduknya tidak tidur lena..., negara haram itu akan terus di gugat oleh para pemburu syahid.

Selamat Memperingati Israk Wal Mikraj daripada saya.

Takbir ! Allahu Akbar !

Monday, June 27, 2011

'Kualiti Terjamin' yang tidak terjamin

Keadaan lantai menuju ke dapur

Dua hari ini (Sabtu dan Ahad) rumah saya bagaikan tongkang pecah. Semua anak-anak termasuk isteri telah dikuarantin di bilik utama, kerana keadaan rumah yang penuh dengan habuk dan debu.

Lebih 50 keping tiles terpaksa di buka semula kerana lompong, mungkin tidak cukup simen di dalamnya. Ia melibatkan ruang dapur, bilik ke 2 dan ke 3.

Di bilik ke tiga

Untuk itu saya menggunakan khidmat tukang binaan yang bernama Awi, no hp : 0122978176. Beliau dibantu oleh dua orang rakan Indonesia.

"Berapa kosnya Awi ?", tanya saya.

"Kerjanya agak sukar Cikgu..., tiles perlu diumpil, simen di bawahnya perlu dipecahkan untuk diletakkan simen baru. Beri saya RM1100.00 untuk beli barang-barang dan upah", jawab Awi.

Saya akur. Sejumlah wang diberi kepada Awi sebagai pendahuluan.

Janji termeterai.

Simen lama yang telah dipecahkan

Hari Sabtu mereka memulakan tugas dengan tekun, start pukul 8.30 pagi sehinggalah menjelang senja.

Sehari selepasnya, menjelang Asar semuanya telah selesai.

Harap-harap tidak ada lagi lantai yang lompong selepas ini.

Thursday, June 23, 2011

Bagaimana mengkafankan jenazah ?

Bentangkan kain kafan sehelai demi sehelai

Lain padang lain belalang. Lain tempat lain pula caranya.

Begitulah cara mengkafankan jenazah. Di sesetengah tempat ada yang membuatkan baju untuk jenazah sama ada lelaki atau perempuan.

Bagi jenazah lelaki caranya ialah melipatkan kain kafan (kain keempat) menjadi setengah, lalu digunting di tengah-tengahnya untuk menyarungkan leher dan kepala jenazah.

Apabila sampai masanya, kita akan dikafankan

Sesetengah tempat, mereka tidak membuat baju untuk jenazah. Bagi mereka cukuplah dengan 3 helai kain kafan sahaja (bagi lelaki).

Begitu juga dengan jenazah perempuan, ada sesetengah tempat membuatkan baju telekung untuk jenazah dan setengah tempat tidak melakukannya.

Selain itu ada juga tempat yang meletakkan kapas di seluruh tubuh jenazah. Ada juga yang meletakkan hanya di sendi-sendi jenazah sahaja.

Ikat 'simpul kasut'

Bermacam-macam cara dan gaya.

Namun semuanya diterima. Yang penting asalkan jenazah itu dikafan dan ditutup auratnya dengan sempurna walaupun hanya dengan menggunakan sehelai kain sahaja.

Itulah yang minimum.

Insya Allah satu hari nanti kita semua akan di kafankan.

Bila ?

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.

Saturday, June 18, 2011

Sekitar hukum cerai dan wali

Izin anak dara hanyalah sekadar diam

Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 231-234


Firman Allah SWT,

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), kemudian mereka (hampir) habis tempoh eddah, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik. Janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka). Barangsiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Janganlah kamu menjaadikan ayat-ayat hokum Allah itu sebagai ejekan dan (permainan). Ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu dan ingatlah apa yang diturunkan kepada kamu iaitu kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmah untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah Amat Mengetahui tiap-tiap sesuatu.(231) Apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) lalu habis masa eddah mereka, maka janganlah kamu (wahal wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) telah suka sama secara patut. Yang demikian itu di beri ingat kepada siapa di kalangan kamu yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Demikian itulah yang lebih baik dan yang lebih suci bagimu . Ingatlah Allah SWT Maha Mengetahui (apa jua yang baik untuk kamu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya”.(232)

Huraian ayat

"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), kemudian mereka (hampir) habis tempoh eddah, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik. Janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka)..."

Menurut Ibn Jarir at-Tabari, sebab turun ayat ini kerana seorang sahabat dari kalangan Ansar yang bernama Thabit bin Yasar, dimana beliau telah menceraikan isterinya. Lebih kurang sehari sebelum isterinya tamat eddah, Thabit telah merujuk semula isterinya. Kemudian pada hari yang berikutnya, Thabit telah menjatuhkan talak sekali lagi kepada isterinya menyebabkan si isteri terpaksa menyambung semula eddahnya selama tiga bulan.

Berikutan itu turunlah ayat di atas yang mengandungi perintah : mana-mana perempuan yang sudah dicerai sebelum habis eddahnya, jika hendak rujuk maka rujuklah dengan baik bukan tujuan menganiyainya atau sekiranya tidak suka, cerailah dengan cara yang baik. Firman Allah SWT seterusnya,

"Barangsiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri".

Tegasnya, siapa yang melakukan penganiyaan ke atas isterinya, sebenarnya dia menganiayai dirinya sendiri. Dengan kata lain di akhirat kelak, dia terdedah kepada azab dan kemurkaan Allah SWT. Firman Allah SWT seterusnya,

"Janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejekan dan (permainan)..."

Sebab turun ayat ini menurut Ibnu Darda’, pernah berlaku seorang lelaki menceraikan isterinya sehingga si isteri rasa terkejut lalu berkata si suami : Aku tidak berniat menceraikan engkau, apa yang aku katakana tadi hanyalah olo-olok sahaja.

Ada juga di kalangan sahabat membebaskan hamba kemudian mengatakan kepada hambanya yang dia hanya berolok-olok sahaja. Maka dengan sebab itu, turunlah ayat di atas diikuti dengan sabda Rasulullah saw,

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد النكاح والطلاق والرجعة


Maksudnya : Tiga perkara jika dilakukan secara-sungguh-sungguh, maka ia di kira bersungguh-sungguh dan jika dilakukan secara olok-olok, juga dikira sebagai bersungguh-sungguh iaitu talak, nikah dan rujuk.

Perbuatan memperolok-olokkan hukum Allah SWT ini tidak khusus kepada talak sahaja bahkan termasuk juga memperolok-olokkan hukum Allah sekiranya seseorang itu beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama terus melakukan dosa secara berterusan.

"Ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu dan ingatlah apa yang diturunkan kepada kamu iaitu kitab (Al-Quran) dan hikmah untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya..."

Dalam ayat ini Allah SWT menyeru supaya bersyukur dengan segala nikmat pemberianNya yang terdiri daripada nikmat Islam, nikmat al-Quran yang di dalamnya terdapat hokum hakam sebagai panduan, dan nikmat hadis (hikmah) yang menghuraikan segala hokum hakam tersebut.

"Bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah Amat Mengetahui tiap-tiap sesuatu"

Di akhir ayat 231 Allah SWT mengajak orang-orang yang beriman supaya bertaqwa kepadaNya, dan tidak ada sesuatu pun yang berada di bumi ini mahupun di langit yang tersembunyi darpada pengetahuan Allah SWT.

Firman Allah SWT pada ayat 232,

“ Apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) lalu habis masa eddah mereka, maka janganlah kamu (wahal wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) telah suka sama secara patut. Yang demikian itu di beri ingat kepada siapa di kalangan kamu yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Demikian itulah yang lebih baik dan yang lebih suci bagimu …”

Sebab turun ayat ini kerana Ma’qil bin Yasar telah mengahwinkan adik perempuannya Jamilah bt Yasar dengan Abi Qadah bin ‘Adiy. Setelah mendirikan rumahtangga sekian lama, maka berlaku penceraian antara keduanya. Setelah tamat edah, pasangan ini saling rindu merindui menyebabkan Abi Qadah bin ‘Adiy datang berjumpa Ma’qil dengan tujuan meminang Jamilah.

Kata Ma’qil kepada Abi Qadah, Wahai si keji aku telah memuliakan engkau dengan mengahwinkan adik aku dengan engkau satu ketika dahulu. Kemudian engkau ceraikan adikku. Selepas itu engkau mahu berkahwin semula dengannya. Demi Allah, aku sama sekali tidak akan menikahkan engaku dengan adikku. Tidak lama selepas itu turunlah ayat di atas yang melarang perbuatan Ma’qil. Ma’qil datang berjumpa Rasulullah saw mengakui kesilapannya dan berikrar akan mengahwinkan adiknya dengan bekas suaminya.

Iktibar daripada ayat ini ialah mana-mana perkahwinan tanpa keizinan wali maka hukumnya adalah haram dan tidak sah. Ini termasuklah dalam perkahwinan seorang janda, dia sama sekali tidak boleh mengahwinkan dirinya tanpa persetujuan daripada wali. Inilah pendapat jumhur ulama yang terdiri daripada Imam Malik, Syafie dan Hanbali. Mereka merujuk kepada hadis Rasulullah saw,

لا نكاح إلا بولى


Maksudnya : Tidak sah nikah tanpa kehadiran wali.

Persoalan, bolehkan seseorang wali memaksa anak perempuannya yang masih gadis bernikah tanpa keizinan mereka ? Menurut mazhab Syafie hukum seorang bapa meminta izin daripada anak gadisnya untuk dinikahkan adalah sunat sahaja. Justeru wali mujibir (bapa atau datuk) berhak menikahkan anak gadisnya walaupun tanpa keizinan mereka. Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw,

البكر يستأذن في نفسها وإذنها صمتها


Maksudnya : Anak dara hendaklah diminta keizinan daripadanya untuk dikahwinkan dan tanda keizinannya ialah diam.

لا تنكح البكر حتى تستأذن ولا الثيب حتى تستأمر


Maksudnya : Tidak dikahwinkan si anak gadis sehingga diminta keizinannya terlebih dahulu dan tidak dikahwinkan janda sehingga dia diminta pandangannya.

Daripada dua hadis ini Imam Syafie rhm menjelaskan sekiranya meminta izin daripada anak gadis itu itu wajib tentulah tidak cukup baginya berdiam diri sahaja. Hendaklah dia mengeluarkan pandangannya dengan berkata-kata sama seperti seorang janda yang wajib diminta pandangannya. Justeru itu berdasarkan hadis ini meminta izin daripada anak gadis hukumnya adalah sunat sahaja.

Manakala Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam fatwanya menyatakan,

“Sesungguhnya meminta izin anak gadis yang telah baligh untuk dinikahkan adalah menjadi satu kewajipan seorang ayah atau yang selainnya dan inilah pendapat yang paling tepat ”

Berdasarkan dua buah hadis yang dijadikan hujah oleh Imam Syafie, kata Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah, anak dara sifatnya pemalu sebab itulah Rasulullah saw mensyaratkan keizinannya hanya diam sahaja. Berbeza dengan janda yang sudah melalui alam perkahwinan, tentulah sudah tidak ada perasaan malu pada dirinya untuk berbicara tentang perkahwinan serta menyuruh wali mengahwinkannya.

Walau bagamanapun Mazhab Syafie rhm meletakkan syarat untuk wali menikahkan anak gadisnya tanpa keizinan mereka, antaranya hendaklah sibapa dan anak gadis tersebut tidak ada sebarang permusuhan, bakal suami yang hendak dikahwinkan dengan anak gadisnya itu hendaklah sekufu, bakal suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin anak gadisnya dan anak gadsinya itu tidak dinikahkan dengan orang yang boleh menyusahkan hidupnya seperti orang buta, orang tua yang telah nyanyuk dan sebagainya.

Menurut HAMKA, ada masa-masa tertentu si wali wajib memaksa anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang sekufu dengannya. Sebagai contoh sekiranya anak gadisnya jatuh hati dengan lelaki yang berlainan agama atau jatuh hati dengan lelaki yang rosak akhlak, seorang penipu dan bimbang anak gadis tersebut melarikan diri dan berkahwin dengan lelaki tersebut menggunaka wali hakim.

Banyak terjadi di zaman sekarang disebabkan perasaan cinta yang amat sangat dan terlalu menurutkan kehendak hati ada anak gadis yang sanggup melarikan diri dengan pendatang asing yang akibatnya penyesalan di kemudian hari.

Di akhir ayat ini Allah SWT menyatakan, bahawa orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari Akhirat secara hakiki pasti akan mengambil segala hukum hakam Allah SWT ini sebagai iktibar dalam kehidupan mereka.

Di akhir ayat Allah SWT berfirman,

"Ingatlah Allah SWT Maha Mengetahui (apa jua yang baik untuk kamu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya".

Maksudnya, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui hikmah-hikmah kebaikan sesuatu hukum yang diturunkan sedangkan akal fikiran manusia terbatas untuk memikirnya.

Wallahualam.

Sunday, June 12, 2011

AMALAN KETIKA DI MASY’ARIL HARAM

Kenangan semasa wukuf di Arafah

Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 197- 202


Firman Allah SWT,

“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).(197)Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.(198) Kemudian itu bertolaklah kamu sebagaimana orang-orang yang telah bertolak dan minta ampunlah kepada allah kerana Allah itu Maha pengampun Lagi Maha Penyayang. (199)Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.(200)Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.(201)Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya” (202)

Huraian ayat

Di awal permulaan ayat 197 Allah SWT berfirman,

“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum….”

Dalam ayat ini Allah SWT mahu menyatakan bahawa ibadah haji itu hendaklah dilaksanakan pada bulan-bulan tertentu yang dimaklumi. Yang dimaksudkan bulan-bulan tertentu ialah bulan Syawal, Zulka’dah dan sepuluh hari yang pertama di bulan Zulhijjah. Justeru menurut mazhab Syafie tidak harus seseorang itu berniat haji sebelum bulan-bulan ini. Samalah seperti seseorang yang berniat untuk mengerjakan solat Zuhor sebelum masuknya waktu. Sudah tentu solat Zuhornya tidak sah.

Firman Allah SWT seterusnya,

“Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji...”

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan adab-adab ketika mengerjakan Haji iaitu tidak boleh rafath yakni mencampuri isteri (bersetubuh), tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar.

Bagi mereka yang mencampuri isteri sebelum tahalul awal, maka hajinya adalah batal dan dikehendaki membayar dam iaitu menyembelih seekor unta, jika tidak mampu menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu menyembelih tujuh ekor kambing, membeli makanan dengan nilai harga seekor unta untuk disedekahkan kepada fakir miskin, dan jika tidak mampu juga hendaklah berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan seekor unta.

Firman Allah SWT,

“..Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah;…”

Maksudnya, larangan melakukan rafath, maksiat dan bertengkar ketika melaksanakan Haji ialah untuk melahirkan hati seseorang itu suci, bersih daripada sifat-sifat mazmumah. Apabila terhindarnya dari hati sifat-sifat mazmumah membolehkan seseorang beribadat dengan fokus dan khusyuk. Dan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan Allah SWT Maha Mengetahuinya dan pasti akan ada balsannya dalam bentuk pahala di sisi-Nya.

Firman Allah SWT di hujung ayat 197,

“…dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”.

Ayat ini pada mulanya ditujukan kepada orang-orang negeri Yaman yang keluar menunaikan Haji tanpa membawa bekal kecuali perkataan “Kami Tawakal sahaja” atau “Kami menuju ke rumah Tuhan Kami, mustahil Dia tidak memberi kami makan”.

Apabila sampai di Mekah mereka meminta-minta makanan daripada orang ramai. Justeru Allah SWT turunkan ayat ini yang menyuruh orang-orang yang beriman supaya menyiapkan diri dengan bekalan apabila hendak pergi berlayar atau bermusafir.

Boleh juga diertikan jika pelayaran menuju ke negeri Mekah memerlukan bekalan yang mencukupi, apatah lagi jika berlayar menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi, maka lebih-lebih lagilah perlu kepada bekalan yang berupa ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT pada pangkal ayat 198,

“…Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji)…”

Dalam ayat ini Allah SWT tidak melarang jemaah Haji menjalankan urusan perniagaan semasa musim Haji kerana ia juga berupa ibadah sekiranya dilakukan secara halal dan bertujuan baik. Sebab turunnya ayat ini kerana ada tanggapan para sahabat iaitu mereka yang menjalankan perniagaan ketika melaksanakan ibadah Haji, maka Hajinya tidak sah.

Para ulama menjelaskan antara syarat untuk membolehkan aktiviti perniagaan dijalankan ialah jangan sampai berlaku kekurangan atau menganggu kerja-kerja perlaksanaan ibadah Haji. Jika ia menganggu, maka perniagaan seperti itu di larang sama sekali.

Firman Allah SWT seterusnya,

“…Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah),…”

Seterusnya Allah SWT menjelaskan apabila jemaah haji itu bertolak dari Arafah ke Muzdalifah maka hendaklah menyebut nama Allah banyak-banyak iaitu dengan cara bertalbiyah, Labbaikallahumma Labbaik, Labbaikalaa Syarika laka Labbaik, Innalhamda, wanni’mata, Lakawal Mulk La Syariika lak.

Semasa di Muzdalifah jemaah haji disunatkan mengutip batu-batu kecil dengan jumlah sebanyak 70 ketul batu yang besarnya lebih kurang saiz kacang kuda.

Di hujung ayat 198 Allah SWT berfirman,

“..dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya”.

Allah SWT mahu orang-orang yang beriman supaya mengingati-Nya, Tuhan yang telah memberi pertunjuk dalam menjalankan ibadah Haji. Hal ini kerana orang-orang arab Quraisy ketika jahiliyah sewaktu mengerjakan haji mereka akan berwukuf di Muzdalifah, tidak mahu bersama dengan bangsa Arab lain yang berwukuf di Arafah. Bagi mereka, bangsa QuraisY adalah bangsa yang istimewa, justeru tidak boleh berkumpul bersama-sama bangsa Arab yang lain.

Bagi menegakkan prinsip keadilan, maka Allah SWT memerintahkan Nabi saw dan kaum muslimin keseluruhannya untuk sama-sama berwukuf di padang Arafah bagi menghapuskan amalan jahiliyah sekaligus menunjukkan konsep persamaan dalam Islam.

Firman Allah SWT pada ayat 199,

“Kemudian itu bertolaklah kamu sebagaimana orang-orang yang telah bertolak dan minta ampunlah kepada Allah kerana Allah itu Maha pengampun Lagi Maha Penyayang”.

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan apabila jemaah Haji itu selesai wukuf di Arafah dan bermalam di Muzdalifah, maka hendaklah mereka bertolak ke Mina sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan orang-orang Arab sebelumnya iaitu dilakukan selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari.

Memandangkan amalan Haji ini banyak yang perlu dilakukan serta memerlukan tenaga dan pergerakan, tentulah ada jemaah haji yang keletihan dan kepenatan sehingga melakukan kesalahan, kekurangan dan dosa, justeru di hujung ayat ini Allah SWT menyuruh jemaah haji supaya banyak-banyak beristighfar memohon keampunan kepadan-Nya.

Pada ayat 200 Allah SWT berfirman,

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi…”

Menurut riwayat Ibnu Abbas, sebab turunnya ayat ini ialah kerana orang-orang Arab di zaman Jahiliyah apabila telah selesai sahaja mengerjakan Haji dan selepas hari-hari Tasyrik, mereka akan berhimpun di Mina.

Masing-masing akan menyebut dan memuji-muji kelebihan orang-orang tua mereka sebagai golongan yang hebat, kaya, gagah, pemurah melalui syair dan gurindam untuk menunjukkan kemasyhuran nenek moyang dan keturunan mereka.

Apabila mereka menganut Islam, amalan ini dihapuskan. Sebagai gantinya mereka diseru untuk menyebut nama Allah dan segala kebesaran-Nya.

Sambung Allah SWT lagi,

“Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat”

Maksudnya, kaum Musyrikin sebelum kedatang Islam ketika mengerjakan Haji ada yang berdoa, Wahai Tuhan Kami kurnikanlah Kami unta, kambing, lembu, hamba sahaya atau jariah yang banyak” . Allah SWT memakbulkan permohonan mereka atas usaha yang mereka lakukan di dunia namun di akhirat mereka langsung tidak mendapat kebahagiaan daripada Allah SWT dalam bentuk ganjaran syurga.

Firman Allah SWT pada ayat 201,

“Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”

Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan orang-orang mukmin ialah mereka yang berdoa memohon kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Para mufassirin mentakwilkan kebaikan di dunia ialah kesihatan, keamanan, rezeki yang cukup dan halal, kemenangan di dalam peperangan, anak yang soleh, isteri yang solehah dan ilmu yang bermanfaat.

Manakala kebaikan di akhirat pula ditakwilkan dengan syurga, keampunan, pahala dan sebagainya. Doa ini juga dibaca ketika Tawaf di Baitullah di antara rukun Yamani dan sudut Hajarul Aswad.

Firman Allah SWT,

“Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya”

Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan kedua-dua golongan ini iaiatu golongan yang hanya meminta kebahagiaan di dunia sahaja serta golongan yang meminta kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kedua-duanya Allah SWT akan memakbulkan apa yang mereka minta sekiranya di dasari dengan usaha.

Maksud “Allah SWT amat cepat hitungannya” ialah berapa banyak amalan manusia di dunia ini, bagaimana ia dilaksanakan dan berapa banyak pula pahala yang disediakan semuanya akan dihitung oleh Allah SWT dengan kiraan yang maha cepat tanpa perlu kepada bantuan khidmat juru kira atau sebagainya.

Wallahualam.

Thursday, June 9, 2011

SOLAT MENGHORMATI WAKTU : KAEDAH DAN PERATURAN

Jemaah Umrah ketika di Lapangan Terbang Jeddah

Untuk jemaah Haji atau Umrah dalam pesawat ketika pergi dan balik yang tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna tanpa berwuduk / tayammum dan tidak dapat mengadap qiblat.

i. Jika sekiranya dia menjangkakan akan sampai di tempat yang dituju dan waktu solat masih ada lagi, maka hendaklah dia menunggu sehingga sampai ke lapangan terbang itu lalu solat di situ.

ii. Jika sekiranya solat itu boleh dijamakkan dengan solat yang kedua (Zuhor & Asar, Maghrib dan Isyak) dan pesawat dijangka sampai ke destinasi sebelum habisnya waktu yang kedua, maka dia bolehlah berniat untuk melakukan Jamak Takhir.

iii. Jika solat itu tidak boleh dijamakkan seperti Subuh dan waktunya sudah hendak habis, atau waktu yang kedua pun sudah habis bagi yamg mahu buat jamak Takhir solat Zuhor dan Asar, jika sekiranya DIA SUDAH MENGAMBIL WUDUK SEBELUM MENAIKI PESAWAT ATAU MENGAMBIL WUDUK DALAM PESAWAT, dia boleh menunaikan solatnya dalam keadaan paling mampu melakukannya. Dia tidak perlu mengulangi atau mengqadak solatnya itu.

iv. Tetapi sekranya dia TIDAK BERWUDUK sebelum menaiki pesawat atau sukar baginya untuk berwuduk dalam pesawat , dia hendaklah menunaikan solatnya itu mengikut cara yang paling dia mampu dan diwajibkan MENGULANGI SOLAT ITU SEMULA JIKA MASIH ADA WAKTU ATAU MENGQADA’KANNYA JIKA SUDAH HABIS WAKTU.

Wallahualam.

Sunday, June 5, 2011

DAM IHSAR DAN TAMATTU'

Tafsir Al-Quran
Surah Al-Baqarah ayat 196


Firman Allah SWT,

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)”. (Al-Baqarah 196)

Huraian ayat

Firman Allah SWT,

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;..”

Maksudnya Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya mengerjakan ibadah Haji dan umrah dengan sempurna iaitu dengan cara melaksanakan segala rukun-rukunnya iaitu bermula dengan niat, kemudian wukuf (kecuali umrah) , seterusnya tawaf, diikuti dengan saei sehinggalah bercukur dan juga tertib.

Selain itu hendaklah juga menyempurnakan segala perkara-perkara yang menjadi kewajipan dalam ibadah haji iaitu berniat ihram di miqat, bermalam di Muzdalifah, melontar jamratul Aqabah, bermalam di Mina, melontar ketiga-tiga jamrah, serta meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram. Manakala perkara-perkara wajib umrah pula hanyalah dua iaitu berniat ihram di miqat dan meninggalkan segala pantang larang ihram.

Hukum mengerjakan ibadah Haji dan umrah adalah wajib sekali seumur hidup. Hal ini berdasarkan beberapa hadis Nabi saw yang antaranya,

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah saw telah berucap di hadapan kami: “Wahai manusia ! Allah telah mewajibkan kamu menerjakan haji maka hendaklah kamu menunaikannya”. Maka bertanya orang ramai : “Adakah diwajibkan tiap-tiap tahun ya Rasulullah ?”. Rasulullah saw diam, sehingga tiga kali orang itu bertanya. Lalu Nabi saw bersaabda : ”Sekiranya aku mengatakan ya, nescaya menjadi wajib – sedangkan kamu tidak sanggup”.

Antara syarat mengerjakan ibadah haji ialah berkemampuan. Yang dimaksudkan dengan berkemampuan di sini ialah terjamin keselamatan semasa pergi dan balik, mempunyai pengangkutan yang sesuai, mempunyai perbelanjaan yang mencukupi untuk pergi dan ahli keluarga yang ditinggalkan serta mempunyai kesempatan masa untuk mengerjakan haji.

Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali 24 memutuskan sesiapa yang menunaikan Haji secara berhutang dengan meyakini bahawa mereka boleh membayar semula hutang tersebut maka hukumnya adalah harus.

Seorang suami tidak wajib mengumpulkan wang untuk membiayai pemergian isterinya ke Tanah Suci kerana perbelanjaan untuk mengerjakan Haji tidak termasuk sebagai nafkah yang wajib diberi oleh seorang suami kepada isteri. Tetapi jika suami itu seorang yang berkemampuan, maka dia digalakkan membawa isterinya bersama bagi menunaikan fardhu haji

Firman Allah SWT lagi,

“…maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati;..”

Maksudnya jika seseorang itu terkepung atau terhalang daripada menunaikan ibadah Haji atau umrah disebabkan oleh musuh, penyakit yang berat sehingga terpaksa segera dihantar pulang ke tanah air untuk rawatan lanjut sedangkan Haji atau Umrahnya masih belum selesai, maka wajiblah dia menyembelih korban berupa satu pertujuh dari unta atau lembu atau seekor kambing.

Dam Ihsar juga boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalah wanita yang datang haid dan tidak dapat melaksanakan Tawaf Haji atau Umrah kerana terpaksa balik segera ke tanah air.

Ada satu cara yang boleh dilakukan oleh jemaah Haji atau umrah yang terhalang daripada mengerjakan Haji atau umrah bagi mengelakkan daripada membayara dam iaitu mereka berniat ihram semasa di miqat secara bersyarat,

“Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah ta`ala.”

Dengan niat ihram bersyarat seperti ini, seseorang yang terhalang bolehlah bertahalul dengan menggunting rambut tanpa perlu membayar dam. Namun dia wajib mengqadak semula umrah atau hajinya pada tahun kemudian.

Firman Allah SWT lagi,

“..dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya...”

Dalam ayat ini Allah SWt melarang bercukur kepala sebelum binatang dam sampai di tempat sembelihannya. Para ulama berbeza pendapat di manakah yang dimaksudkan tempat penyembelihan itu ?

Pendapat pertama menyatakan yang dimaksudkan dengan tempat penyembelihan itu ialah tempat dimana jemaah haji atau umrah itu terkepung atau terkandas. Hal ini merujuk kepada amalan Rasulullah saw dan para sahabat yang menyembelih dam ihsar pada tahun tahun peristiwa Hudaibiyah.

Pendapat kedua dari yang datangnya dari mazhab Hanafi pula, yang dikatakan tempat penyembelihan itu ialah kawasan tanah haram Mekah. Pendapat yang paling kuat di antara dua pendapat ini ialah ialah pendapat yang pertama kerana jika seseorang itu sudah terhalang di luar kawasan tanah suci, bagaimana dia boleh tiba ke tanah haram sedangkan dia sudah terhalang ?

Firman Allah SWT lagi,

“…Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam…”.

Maksudnya seseorang yang telah berniat ihram Haji atau umrah dia dilarang mencukur rambutnya. Namun jika dia memmpunyai penyakit yang menyakiti kepalanya seperti kutu maka haruslah dia mencukur rambutnya dan dia perlu membayar fidyah (dam) yang boleh dipilih di antara 3 perkara iaitu :

1. Berpuasa tiga hari
2. Bersedekah dengan memberi makan tiga gantang ( 5 kg 85 gram) beras kepada 6 orang fakir miskin.
3. Menyembelih sebaiknya seekor unta, atau lembu atau sekurang-kurangya seekor kambing.

Firman Allah SWT,

“…Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati…”

Maksudnya sesiapa yang tidak menghadapi ancaman musuh, tidak terhalang atau terkandas dalam mengerjakan ibadah haji atau umrah atau dengan kata lain mengerakan haji dengan cara Tamattuk (mengerjakan umrah dahulu kemudian haji) maka wajiblah dia membayar dam iaitu menyembelih kambing sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT,

“…Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna….”

Maksudnya jika seseorang itu tidak dapat melakukan sembelihan berupa kambing, maka wajiblah dia berpuasa tiga hari selepas ihram haji yakni bermula sebelum enam haribulan Zulhijjah dan laksanakan tujuh hari semasa pulang ke tanah air. Jumlah keseluruhan yang perlu dilakukan dengan sempurna ialah sebanyak 10 hari.

Firman Allah SWT,

“…Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya)”.

Maksudnya, hukum ini hanyalah terpakai bagi mereka yang tinggal jauh dari kota suci Mekah. Inilah rukhsah kelonggaran yang Allah SWT kurniakan bagi mereka yang merantau jauh yang terpaksa menanggung bebanan perjalanan yang sukar melebihi daripada tempatan yang tinggal di tanah suci Mekah.

Oleh sebab itu tidak ada Haji Tamttuk dan Qiran untuk penduduk yang tinggal di tanah haram.

Di akhir ayat Allah SWT menyeru supaya bertaqwa kepada-Nya. Kepada mereka yang mengengkari perintah dan larangan-Nya, ingatlah sesungguhnya balasan Allah SWT adalah sangat dahsyat dan pedih. .

Wallahualam.