Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013 : Kakitangan awam tengok TV masa kerja ?


Sering kali apabila bonus diumumkan  oleh Perdana Menteri, gambar kakikatangan awam yang gembira sambil menonton TV (ada yang melompat) dipaparkan oleh media massa.

Soalan saya, adakah dibenarkan kakitangan awam menonton TV semasa waktu bekerja ? Mungkin ada yang menjawab ketika PM mengumumkan bonus , 'time' waktu pejabat sudah habis.

Ok.., tapi bagaimana pula dengan pasukan keselamatan yang bekerja tidak mengikut waktu pejabat seperti di bawah ?


Sebagai rakyat yang membayar cukai, sudah tentu kita mahu kakitangan awam bekerja dengan cemerlang setimpal dengan bonus yang mereka dapat.

Jika kakitangan awam culas, curi tulang dan main-main ketika kerja, sudah tentu rakyat kerdil seperti saya merasa ralat mengeluarkan setiap sen untuk membayar bonus mereka.

Wallahualam.

Wednesday, September 26, 2012

Tarikh akhir Badal Haji 1433 H


Assalamualaikum wrm wbh,

Tarikh akhir untuk pendaftaran Badal Haji pada tahun ini ialah 30 hb September 2012.

Oleh itu sesiapa yang ingin membuat Badal Haji untuk waris yang meninggal dunia atau sakit sila menghubungi saya sebelum tarikh tersebut.

Sekadar makluman, setakat ini sudah ada 11 pendaftaran.

Terima kasih.

Tuesday, September 11, 2012

Umrah 2-13 April 2013 sudah di buka sekarang !


Bismillahir Rahmanir Rahim....,

Insya Allah jika tiada aral melintang, pada  2 - 13 April 2013 sekali lagi saya diberi amanah sebagai mutawif oleh KRS Travel Sdn Bhd, Seremban. 

Umrah melalui penerbangan MAS ini akan masuk ke Mekah dahulu dengan harga RM 4980.00. Kos meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, cukai lapangan terbang, makan tiga kali sehari, hotel penginapan, pengangkutan  bas dan juga lawatan. 

Di Mekah jemaah akan menetap di Mira Palace (berdepan dengan hotel Tabung Haji Travel) di jalan Ibrahim Khalil, manakala hotel di Madinah ialah Waseel er-Reem yang berdekatan dengan pintu masuk wanita jika ke Masjid Nabawi. 

Sehingga kini sudah 15 orang telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk bersama saya dan insya Allah jumlah ini bakal meningkat sedikit masa lagi. 

Seperti biasa saya tidak mengambil jemaah yang ramai, cukup hanya sebuah bas (anggaran 50 orang) agar lebih eksklusif dan mudah membimbing. 

Justeru jika tuan puan berminat, ayuh jangan tunggu lama-lama. Sila hubungi saya atau hantar sms ke 0196404133. 

Testimoni jemaah yang pernah bersama saya : 

1. Haji Harun bin Kasim (Imam Masjid Qaryah Sikamat) - 0162478732
2. Haji Mohamad bin Khalil (Bilal Masjid Klana Sendeng) -0126768116
3. Haji Asan (jemaah Masjid Rasah Jaya) - 0173999016
4. En. Nasaruddin (Bilal Masjid Kg Gebok Mantin) - 0125543713
5. Dr. Zaiton (Pensyarah USIM) - 0192554029
6. Dr. Zakaria (Ahli perniagaan) - 0192874288
7. En. Zulqarnain bin Hassan (pelajar IPTS) - 0176519965
8. Puan Norehan (Kontraktor)- 0196224285

Saya menunggu panggilan anda !


Friday, September 7, 2012

Peluang bekerja di Mekah !


Assalamualaikum wrm wbh,

KRS Travel and Tours Seremban sedang mencari tukang masak yang berpengalaman untuk bertugas di kota suci Mekah.

Gaji yang ditawarkan SR 3000.00 tidak termasuk komisyen bagi setiap kepala jemaah yang datang mengerjakan umrah.

Jika ada calon sekitar Seremban atau Kuala Lumpur yang berminat bolehlah menghubungi Tuan Haji  Mohamad Ssunaibari 0126188060.

Harap maklum.

Sunday, September 2, 2012

Kursus Haji Perdana 1433H di Politeknik Nilai

Pendaftaran peserta di dewan

Deretan khemah jamuan

Lawatan ke tempat saei

Kelihatan Ust Haji Arshad (bercermin mata) dan Ust Haji Muslal (berbaju Melayu) 

Taklimat oleh Tn Haji Syamsuddin (TH Kuala Pilah) 

Forum Oleh Ust Haji Nor Azamir dan Ust Haji Lukman

Khusyuk mendengar forum 

Bacaan Yasin dan Tahlil di sebelah malam 

Taklimat Tawaf dan Saei

Antara bakal Dhuyuf Rahman 

Munajat di depan 'Kaabah'

Ustazah Fatimah (di depan mengadap jemaah)

Amin Ya Allah ..., Amin Ya Allah ...