Tuesday, August 6, 2013

Yahudi benci Jibril



 
Firman Allah SWT, 

“Katakanlah, barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah ; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan  Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh-musuh orang kafir.” (Al-Baqarah: 97-98)

            Imam al-Qurthubi menjelaskan bahawa ayat ini turun kerana orang-orang Yahudi bertanya Nabi SAW, 

            “Sesungguhnya seseorang itu tidak dianggap nabi sehingga ia didatangi oleh salah satu malaikat dari sisi Tuhannya dengan membawa risalah dan wahyu. Siapakah malaikat yang menjadi temanmu, agar kami dapat mengikutimu?”

            Nabi SAW menjawab,

             “Jibril.”

            Mereka berkata,

             “ Dia itu musuh kami! Sekiranya kamu berkata, Mikail, yang menurunkan hujan dan rahmat, pasti kami mengikutimu.” 

 Kenapa orang Yahudi sangat memusuhi Jibril ? 

            Sebab Jibril  menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW yang mendedahkan segala keburukan Bani Israil yang melakukan kerosakan di muka bumi serta menderhakai Allah SWT. 

            Selain itu mereka marah kepada Jibril kerana masih menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW, sedangkan  Taurat bagi mereka sudah lengkap. 

            Lalu Allah SWT menemplak mereka, jika mereka memusuhi Jibril, mereka juga memusuhi Allah SWT.  

Persamaan Yahudi dan Syiah

            Perangai orang-orang Yahudi ini sama seperti orang-orang Syiah yang menyalahkan Jibril. Mereka berpendapat sepatutnya Jibril menyampaikan wahyu surah al-‘Alaq ayat 1-5 kepada Saidina Ali, bukannya kepada Nabi Muhammad SAW. Sepatutnya Saidina Ali yang dilantik menjadi Rasul, bukannya Nabi Muhammad SAW. 

            Sebab itu orang-orang Syiah dalam azan mereka ada lafaz, 

            Ash'hadu anna 'alīyun walī'ul-lāh”

            Kesimpulannya Syiah dan Yahudi ini ada persamaan. Kalau Yahudi menyalahkan Jibril Syiah juga menyalahkan Jibril.

Monday, August 5, 2013

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH MEI 2014 DI BUKA SEKARANG !

Bersama Dato' Satim Diman dan Irfan Bakti
 
Assalamualaikum,

Umrah cuti sekolah Mei 2014, 12 H 10 M dengan harga RM 5850.00, MAS di buka sekarang. Hotel di Madinah Wasel Reem (40 meter dari Masjid Nabawi) dan di Mekah Jawharat Misfalah (300 meter dan Masjidil Haram).

Saya 'reserve' 30 seat untuk pakej ini. Tuan puan yang berminat boleh menghantar sms kepada saya segera.

Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor,
0196404133.