Posts

Showing posts from May, 2012

Hukum melaknat dan kalimah Tauhid

Image
Tafsir Al-Quran Surah al-Baqarah : 161-163 Firman Allah SWT, “ Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya(161) Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberi tangguh (162)    Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”. ( 163) Huraian ayat 161-162                 Maksudnya orang kafir dan orang yang mati dalam kekufuran itu,  mereka mendapat laknat  daripada Allah, dilaknat para malaikat dan seterusnya di laknat oleh seluruh  manusia. Mereka akan menerima azab sengsara di alam barzakh dan juga di hari akhirat kelak.    Hukum melaknat           ...

Al-Fatihah : Masyarakat Islam di Sikamat kehilangan seorang Qari

Dalam perjalanan menuju ke Rembau untuk menyampaikan ceramah Haji di Masjid An-Nur pagi ini, saya menerima 'sms' daripada seorang jemaah  Surau Taman Desa Beringin memaklumkan Ybhg Al-Fadhil Ust Akib bin Mohd Din telah dimasukkan ke dalam wad CCU di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban. Hati saya berdebar-debar. Justeru selesai sahaja berceramah, saya terus menghubungi isteri untuk bersama-sama menziarahi tokoh murabbi yang saya kasihi ini. Kami sampai di Wad 4 C pada pukul 1.30 tghari. Ketika itu kelihatan anak-anak muridnya sudah mula mengerumuni pintu Wad bagi menunggu giliran masuk menziarah. Hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk satu-satu ketika. Oleh keranaa tidak mahu membiarkan para penziarah menunggu lama di luar, saya hanya menziarah selama 3 minit sahaja. Di atas katil saya melihat Ust Akib tidak sedarkan diri, manakala kepalanya terlentok ke sebelah kanan, mudah-mudahan menjadi golongan kanan di akhirat nanti. Saya mententeramkan isterinya se...

Ibu adalah segala-galanya !

Biar jasanya sebesar langit dan bumi, Biar amal solehnya seluas lautan , Biar butiran katanya penuh  hikmah, Biar tentangannya ke atas mungkar sentiasa istiqamah, Biar dirinya bergelar Al-Fadhil Ustaz, Biar dirinya begelar Tuan Sheikh,  Biar dirinya bergelar YB, Biar dirinya  bergelar MB, Biar dirinya bergelar PM,   Biar kebejatan dan kebangsatan seteru politiknya di dedah, Biar perjuangannya dipuji manusia, Biar penjara menjadi tempat dirinya mendekam, Biar dikurung puluhan tahun bagaikan Mandela, Biar diseksa kerana mempertahankan yang HAK, Biar jiwa dan raganya hancur dilumat  Yahudi, NAMUN segala-galanya sia-sia di sisi Allah..., Jika seseorang itu DERHAKA dengan ibunya sendiri..... Jika ibu yang kafir wajib disayangi , Jika ibu yang mungkar wajib dikasihi, Jika ibu yang jahil wajib didekati, Jika ibu yang fasik wajib dirapati, Apatah lagi ibu yang beriman, ...