Posts

Showing posts from July, 2019

BERGUNTING ATAU BERTAHALLUL??

Kita sering mendengar jemaah berkata, “Selepas saei, aku bertahallul”. Atau ucapan, “Selepas saei tadi aku lupa nak bertahallul…” Kedua dua ucapan ini adalah SALAH ! Perkataan yang tepat ialah BERGUNTING bukan BERTAHALLUL. Tahallul dan bergunting /bercukur adalah dua istilah yang berbeza.   Tahallul ertinya melepaskan diri dari larangan ihram.  Manakala bergunting bermaksud menanggalkan sekurang kurangnya tiga helai rambut di kepala.  Tahallul umrah terhasil apabila seseorang telah selesai bergunting atau bercukur.   Dengan penghasilan tahallul, maka jemaah umrah sudah tidak lagi terikat dengan larangan ihram 13 perkara.   Manakala tahallul haji terbahagi kepada dua.  Tahallul Awwal dan Tahallul Thani.  Tahallul Awwal apabila jemaah telah melakukan dua daripada tiga perkara iaitu : 1. Melontar Jamrah Kubra 2. Tawaf rukun dan Saei (jika belum dilaksanakan) 3. Bergunting atau bercukur Apabila seseorang itu telah terhas