Sakit yang lama berulang kembali
Sejak dua hari lepas saya berjalan terhencot-hencot. Tumit kaki kanan terasa sakit kalau di pijak. Paling sakit jika bangun pada waktu pagi. Saya terpaksa melompat-lompat menggunakan kaki kiri untuk ke bilik air. Solat pun duduk di atas kerusi. Ketika masuk ke kereta, dahi berkerut menahan derita. "Kasihan ayah...", kata anak-anak yang bersimpati. "Itulah... ayah engkau degil, tak mahu ke klinik", bebel pula isteri. Di tempat kerja “Kenapa ustaz ?”, tanya seorang rakan bila melihat saya berjalan terjengket-jengket. “Tak ada apa-apa..mungkin tergeliat ”, kata saya. Di sekolah, pergerakan saya hanya terhad di dalam kelas sahaja. Malas ke bilik guru atau pun ke library. Time makan tengah hari saya hanya makan nasi bungkus, di beli semasa bersarapan pagi di pekan Mantin. Cukup terseksa untuk berjalan ke Dining Hall. Pendekata penyakit ini mengubah aktiviti harian saya. Latar belakang penyakit. Saya sudah lama menderita penyakit ini. Sejak empat atau lima tah...