Posts

Showing posts from 2017

BILIK BERKAT

Melayani fitrah insaniah adalah sesuatu yang normal.  Setelah sekian lama berada di tanah suci,  tentu bakal haji ingin memenuhi tuntutan batin masing masing.   Jika didiamkan, sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi beribadah.  Memahami perasaan dan jiwa bakal haji,  maka TH ada menyediakan kemudahan bilik berkat,  tetapi dalam jumlah kuantiti yang terhad.   Kadang-kadang senarai 'waiting list'  begitu panjang,  di tambah lagi pada waktu-waktu  hampir wukuf dan berakhirnya wukuf.   Sayugia diingatkan bakal haji hendaklah patuh kepada peraturan untuk menggunakan bilik ini.  1. Setelah menggunakan kemudahan ini, kunci hendaklah segera dipulangkan ke pejabat maktab. Kelewatan memulangkan kunci, menyebabkan kerja-kerja mengemas oleh 'cleaner' terganggu, sekaligus giliran penggunaan bakal haji berikutnya terlewat.  2. Jangan 'pas-pas' kunci itu kepada rakan rakan lain, seolah-olah menjadi hak mereka sahaja.  3. Pastikan handp