Posts

Showing posts from August, 2012

"Menanti di pintu Baqi'..." : Tawaf Qudum

Image
Episod 8 : Tawaf Qudum “Sekarang saya mahu menerangkan kepada Dato’ dan Datin mengenai tawaf Qudum. Tawaf ini turut di kenali sebagai tawaf selamat datang sebagai memuliakan Kaabah apabila masuk ke kota suci Mekah”,  tambah Ust Haji Abdullah.   “Wajib ke buat tawaf Qudum ustaz ?”, celah Datin Hasnah. “Tak…, tak wajib. Ia hanya sunat sahaja. Tawaf ini hanya dilakukan oleh mereka yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran, tidak bagi mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk ”, jelas Ust Haji Abdullah lagi. “Eh…., kenapa orang yang yang mengerjakan Haji Tamattuk tidak melakukan tawaf Qudum ustaz ?”, tanya Dato’ Hashim kehairanan. Soal jawab ibadah Haji di rumah banglow dua tingkat ini semakin rancak. “Sebab orang yang mengerjakan Haji Tamattuk, mereka terlebih dahulu berniat untuk mengerjakan umrah ketika masuk ke kota Mekah. Justeru apabila  sampai di kota suci, dia perlu melakukan tawaf Umrah, disusuli dengan saei Umrah seterusnya bergunting dan bertahallul”,  j

“Menanti di pintu Baqi’…” : Perihal talbiah

Image
Episod 7 :  Perihal talbiah “ Sebelum saya terlupa, adalah sunat bagi seseorang yang hendak berniat ihram Haji atau umrah supaya berwuduk, mengadap qiblat dan mengiringi niat selepas itu dengan bertalbiah, Labbaikallahummalabbaik, Labbaikala syarikala kalabbaik, innal hamda, wanni’ mata, lakawal mulk, laa syariikalak… ”, terang Ust Haji Abdullah lagi. “ Sampai bila kita mahu bertalbiah Ustaz ?”, soal Dato’ Hashim. “Bagi mereka yang sudah berniat ihram umrah, adalah sunat bertalbiah sehingga mahu memulakan  tawaf, manakala bagi mereka yang berniat ihram haji, adalah sunat bertalbiah sehingga apabila mahu bertahallul daripada ihram hajinya itu”, jelas Ust Haji Abdullah dengan tenang. Dato’ Hashim mengerutkan dahinya, menunjukkan masih kurang faham. Bagai mengerti apa yang tersirat di kepala Dato’ Hashim, Ust Haji Abdullah melanjutkan lagi penerangannya, “Begini…, setelah Dato’ berniat ihram Haji dalam kapal terbang,  Dato’ digalakkan bertalbiah. Bila tiba har

2 tips daftar mengerjakan umrah

Ketika di tanah suci baru-baru ini, saya banyak menerima khabar angin yang mengatakan visa umrah 2013 bakal dibekukan. Dikatakan kawasan matof di dataran Kaabah akan dipecah untuk ditukar mamar baru.  Daripada pemandu teksi, penyapu sampah sehinggalah kepada pencuci hotel semua menyatakan perkara yang sama. Namun apabila saya ajukan perkara ini kepada syarikat –syarikat agensi umrah di sana, masing-masing diam tidak memberi respon. Saya faham industri membawa jemaah ke tanah suci berkembang maju bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia Islam. Jika benarlah kerajaan  Arab Saudi membekukan visa umrah untuk tahun 2013, sudah tentu hal ini bakal merencatkan perniagaan syarikat-syarikat agensi umrah baik yang berskala kecil mahu pun besar. Apatah lagi orang kerdil seperti saya yang masih belajar dan bertatih dalam membawa jemaah umrah, sudah tentu tidak mahu khabar angin ini menjadi realiti. Tips bagaimana hendak mendaftar mengerjakan umrah Selama tiga

Kehadiran tetamu di pagi Syawal

Image
Adik beradik, anak buah dan ipar duai Adik beradik, anak buah dan ipar duai perempuan Abang Zul dan Kak Wahida Rancak berbual  Santai Bertukar-tukar idea tentang resipi makanan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI !

Image

"Menanti di pintu Baqi'..." : Amalan sunat sebelum berniat ihram

Image
Episod 6 : Amalan sunat sebelum berniat  ihram “Sebelum seseorang itu berniat Haji atau umrah adalah sunat dia melakukan perkara-perkara seperti  mengerat kuku, merapikan misai, janggut dan rambut, menanggalkan bulu ketiak, bulu ari-ari, memakai wangi-wangian pada badan bukan pada pakaian ihram dan memakai minyak rambut”, terang Ust Haji Abdullah. “Seterusnya disunatkan juga seseorang itu mandi sunat ihram...", Ust Haji Abdullah melanjutkan lagi penerangannya sebelum disampuk oleh Dato' Hashim.  “Macam mana mahu mandi sunat ihram dan niatnya Ustaz?”, Dato’ Hashim mengambil pensel untuk mencatat.  “Sama seperti mandi wajib, cuma niatnya sahaja yang berbeza iaitu Nawaitu ghusla lil ihraami  sunnatal lillahi Taala atau dalam bahasa melayunya Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala ”, jelas Ust Haji Abdullah bagaikan berceramah di dalam masjid. Dato’ Hashim dan Datin Hasnah khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan. Bagi mereka walaupun amala

Sekitar Masjid Nabawi pada 10 Ogos 2012

Image
Ziarah Baqi'  Memuatkan lebih 10000 jenazah sahabat  Kubur siapakah ini ?  Lubang kubur yang telah siap digali  Solat Jumaat di  dataran Masjid Nabawi 11.50 pagi - Menanti azan dilaungkan pada 12.27 tgh hari Menunggu Iftar 6.59 petang  Juadah Iftar  6.22 minit petang  5.40 petang  Laungan azan semakin hampir Bersiap untuk solat Maghrib Selepas solat Maghrib Di pintu Baqi' selepas ziarah Wada' 

Doakan saya di tanah suci

Esok jadual saya agak padat. Selepas sahur saya akan bersolat Subuh di Masjid Qaryah Sikamat. Ada beberapa jemaah yang ingin bertemu, mungkin mahu mengucapkan selamat jalan, atau mungkin ada yang hendak mengirim doa untuk dipanjatkan di depan Kaabah. Pukul 7.00 pagi, van KRS Travel akan menjemput saya di Taman Perwira seterusnya ke Vila Suria untuk mengambil dua orang jemaah di sana. Saya perlu berada di KLIA seawal 8.00 pagi, sejam lebih awal daripada masa yang ditetapkan kepada ahli rombongan. Sebagai 'trip leader' biarlah saya yang menunggu ketibaan jemaah daripada jemaah ternanti-nanti ketibaan saya. Daripada 49 orang jemaah yang bakal dipimpin, dua daripadanya ialah Pensyarah dan bekas Pensyarah USIM dan UPM.   Penerbangan MAS ke Jeddah dijadual pukul 11.55 pagi, syukur setakat ini tiada sebarang 'delay'. Kami dijangka tiba di Terminal Haji Jeddah pada pukul 3.55 petang waktu tempatan. Dengan erti kata lain kami perlu berpuasa agak lama sedikit kerana masa