Posts

Showing posts with the label Cerpen

Sebuah cerpen… Menanti Azan Subuh.

Image
Tik tok, tik tok, tik tok … jam loceng Pak Hashim berdetik dan terus berdetik. Sudah pukul tiga pagi rupanya. Malam ini Pak Hashim tidak dapat melelapkan mata. Dia terkenangkan dua orang anaknya iaitu Hasan yang sedang menjalani rawatan di Pusat Serenti Dadah Tampin, manakala anak bongsunya pula Halim seorang usahawan yang tinggal di Kuala Lumpur. Isteri Pak Hashim sudah lama meninggal dunia, lima tahun yang lalu. Kini Pak Hashim tinggal keseorangan di Kg Pilin Rembau Negeri Sembilan. “Esok aku mahu melawat Halim. Semenjak dia berhijrah ke Kuala Lumpur dua tahun lepas dia tidak pernah mengirim berita . Ah ! mungkin dia sedang sibuk dengan urusan bisnesnya”, senyum Pak Hashim cuba memujuk hatinya yang kecewa. Keesokkan harinya Selepas bersarapan pagi, berangkatlah Pak Hashim ke Kuala Lumpur untuk menemui anak bongsu kesayangannya yang dirindui selama ini. Sampai di perhentian Pudu Raya, dengan berbekalkan alamat yang diberi Pak Hashim menyewa sebuah teksi lalu menuju ke Tama...

Sebuah cerpen...Rokok oh rokok

Image
“Aku marah betul dengan Yahudi, bangsa yang terlaknat !”, bentak Kasim sambil tangannya mengeluarkan sebatang rokok jenama Winston. Matanya kemudian menoleh ke arah Mat yang sedang asyik menatap akhbar Utusan Malaysia. Gambar kanak-kanak Palestin mati dibunuh tentera Israel terpampang di muka surat depan. “Mat, engkau ada mancis api ?, pinjam sekejap”. “Apalah kau ni Kasim, dah tau hisap rokok bawalah mancis api sendiri”, sindir Mat. Mat yang sedang asyik membaca berita keganasan Yahudi Israil di Palestin kemudiannya menyalakan mancis api lalu di suakan dihujung mulut Kasim. Berkepul-kepul asap rokok yang keluar dari mulut Kasim di hembuskan ke udara. “ Engkau tau Mat, aku pantang betul tengok saudara segama kita di Palestin di zalimi oleh Yahudi laknat ni. Kalau boleh hari ini jugak aku nak ke Palestin bantu orang Islam di sana”, tegas Kasim sambil menyedut rokoknya dalam-dalam. “Tak payahlah susah-susah nak tolong orang Islam di Palestin tu, sebaliknya tolong diri awak tu sendiri”, ...