Posts

Showing posts with the label Perjalanan Hidupku

Kisah kami

Image
Rumah mak di Taman Perwira Tujuan saya menulis ini bukanlah apa, hanya sekadar memberi perangsang kepada anak-anak dan juga anak-anak buah supaya gigih berusaha, belajar dan juga menuntut ilmu. Janganlah hanyut dengan kesenangan dan keseronokan duniawi. Bersyukurlah dengan apa yang diberi oleh ibu bapa masing-masing dan belajarlah hidup berjimat cermat. Ingat, orang yang berjimat cermat pasti hidup mereka di berkati Allah. 30 tahun dahulu Saya dibesarkan dalam keluarga yang susah. Arwah abah tidak bekerja kerana sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang berpanjangan. Pernah juga arwah arbah cuba berniaga kedai runcit, tidak jauh dari Balairaya Jalan Jelebu (sekarang Taman Zaiton), tetapi akhirnya ditutup kerana tiada pelanggan. Saya dan Kak Edah Ketika itu satu-satunya ahli keluarga yang berkerja ialah kakak saya Noraidah (Kak Edah). Sebagai buruh kasar di kilang Senawang gajinya hanya cukup untuk membayar duit sewa rumah dan belanja dapur. Itu sahaja. Abang sa...

Ust Mohd Nor Idris yang saya kenal

Image
Mohd Nor Idris, pemidato yang 'hebat' Selepas menduduki SPM pada tahun 1989, saya bersama rakan-rakan ke Pusat Bahasa Arab Nilam Puri Kelantan untuk mendalami Bahasa Arab. Kami di negeri Cik Siti Wan Kembang ini selama 3 bulan. Pada tahun 1990, isu 'Tahaluf Siasi' antara PAS dan Semangat 46 (UMNO lama)menjadi hangat. Segelintir ahli-ahli PAS tidak bersetuju parti ini menjalinkan hubungan dengan parti Semangat 46 (UMNO lama). Kumpulan ini diketuai oleh Ust Mohd Nor Idris pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai ISLAH. Antara alasan penentangan kerana parti Semangat 46 (UMNO lama) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah banyak dosanya dengan orang-orang Melayu khususnya PAS. Antara dosa besar parti UMNO (lama) ialah membunuh Tuan Guru Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985. Justeru satu perhimpunan besar-besaran telah di adakan di suatu tempat, kalau tidak silap di perkarangan rumah Ust Mohd Nor Idris sendiri. Di...

Kisah saya di SHAMS dan Dato’ Mufti

Image
SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) banyak menyimpan nostalgia kepada saya. Di madrasah ini saya menimba ilmu dengan ramai para Ustaz antaranya Al-Fadhil Ust Ali Kuty, Ust Jaafar bin Mohamad, Ust Hashim bin Harun dan Ust Hj Yusuf bin Haji Ahmad. Di kalangan rakan-rakan pula, saya berkawan dengan Al-Fadhil Ust Hafizi bin Ali (senior), Ustaz Khusahairi Hamthan (classmate tkt 4 dan 5) dan Ust Khazri bin Othman (junior). Tawaran ke Universiti Darul Uloom, Deoband India. Keputusan SPM 1989 tidak memihak kepada saya untuk memohon mana-mana Matrikulasi. Ya, saya mendapat pangkat 1 dalam peperiksaan tersebut tetapi jumlah aggregatenya 21. Sedangkan syarat untuk masuk mana-mana Matrikulasi mestilah mendapat sekurang-kurangnya aggregate 18 ke bawah. Tingkatan Enam Atas Usuluddin Saya tidak berputus asa. “ Kalau universiti tempatan tidak mahu terima tidak mengapa …, mungkin Universiti luar Negara ada peluang”, pujuk hati yang sedang kecewa. Lalu saya menghantar surat ke beberapa Uni...