Posts

Showing posts with the label Keluarga

ALFATIHAH - BAPA MERTUA SAYA MENINGGAL DUNIA

Image
Pukul 1.24 pagi tadi saya menerima panggilan telefon dari Kg. Sg Leman Sekinchan Selangor memaklumkan bapa mertua saya Haji Abdul Rahman bin Omar telah kembali kerahmatullah. Saya dan sekeluarga akan berada di Sekinchan, mungkin dalam tempoh beberapa hari.

BSN Ampangan meletup : Terima kasih dan tahniah PDRM !

Image
BSN Ampangan (Cawangan Perbankan Islam)terbakar hangus! Minggu lepas, minggu yang penuh cabaran bagi kami Anak-Anak Hajah Sariah. Manakan tidak, salah seorang daripada ahli keluarga kami Norizah binti Mansor, Pengurus BSN cawangan Ampangan menerima ujian yang paling hebat apabila dipanggil oleh polis kerana kehilangan wang sejumlah lebih RM 200,000. Wang itu disimpan di peti besi yang sedikit pun tidak ada kesan kebakaran atau pun diumpil. Hairan bin Ajaib ! Bagaimana wang itu boleh hilang sedangkan hanya kakak saya sahaja yang memegang kunci itu. Siapa yang ambilnya ? Orang dalam ? Kalau orang dalam, siapa ? Lantas mata tertumpu kepada ..... Hari Khamis malam Jumaat , 23.12.2010 Hampir semua adik beradik berkumpul di rumah mak. Masing-masing berwajah muram kerana kami percaya ahli keluarga kami tidak bersalah. Dia sebenarnya teraniaya. Kami mendirikan solat Hajat dan membaca Yasin. Kami berdoa bersungguh-sungguh supaya Tuhan tunjukkan kebenaran. “Ya Allah …, Engkau pandanglah k...

Catatan semalam : Menuai hasil pertama

Semalam selepas sahaja solat Jumaat di Surau Kolej Tuanku Jaafar, saya dan abang sulong (Mohd Shaari) menuju ke Kuala Lumpur untuk berurusan dengan Syarikat Penerbit Cresent Sdn Bhd. Sampai di sana pukul 2.55 petang. “Ustaz tunggu sekejap, saya on the way ke pejabat”, kata En Ibrahim Pengurus Besar Syarikat ini apabila saya memaklumkan ketibaan saya. 3.20 petang, En. Ibrahim pun sampai. “O.k, Editor saya sudah pun semak manuskrip Ustaz. Jadi kami bersetuju untuk membelinya. Tapi Ustaz perlu ubah Layout , kurangkan kepada 8” X 5". Selepas itu manuskrip ustaz serahkan kepada kami dalam bentuk CD", kata En. Ibrahim memulakan perbincangan. “ Baiklah, sekarang kita bincang pula tentang harga”, kata saya. "Berapa Ustaz mahu jual ?", tanya En. Ibrahim. "RM....", jawab saya. “Ustaz…ekonomi sekarang meleset, buku susah hendak jual di pasaran ..., jadi kami hanya bersetuju untuk membeli hak cipta Ustaz sebanyak RM….. sahaja boleh ?”, katanya menawarkan harga...

Cucu mak yang ke 42 !

Al-hamdulillah, malam tadi bertempat di sebuah klinik di pekan Seremban, jam 12.32 malam, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg. Dengan kelahiran ini, sekarang saya sudah mempunyai 2 orang anak perempuan dan 3 orang lelaki. Dan buat mak yang tercinta, nampak gayanya bertambah meriahlah lagi rumah mak semasa Hari Raya yang akan datang !

Doa buat mak

Image
Mak memang baik hati. 25 tahun yang lalu, masa arwah abah sakit, mak setia menjaga abah. Mak mandikan abah, mak jiruskan kencing dan berak abah. Sikit pun mak tak mengeluh melayan karenah abah. Masa arwah Uwan sakit pun macam tu juga. Mak tak pernah merungut menjaga Uwan yang mengidap kencing manis. Setiap hari mak lapkan kudis dan nanah yang membusuk di kaki Uwan. Bila time makan, mak bergilir-gilir dengan kak Ipah menghidang dan menemani Uwan makan. 17 tahun dulu ketika Hisham terlantar sakit di Hospital Besar Seremban, mak jugalah yang menjaga Hisham. Mak suapkan makanan ke mulut Hisham dan mak ambilkan air untuk Hisham beristinjak di atas katil. Malam pertama Hisham di hospital, mak cuba hendak menumpang tidur di katil Wad yang kosong, malangnya mak ditegur oleh jururawat yang bertugas. Katanya pelawat tidak dibenarkan tidur di atas katil Wad walaupun katil itu tiada penghuni. Mak akur dengan undang-undang di Wad. Esoknya mak pergi ke pekan Rasah beli kerusi malas dan ...

Harapan ayah dan bonda

Image
Buat cahaya mata yang bakal dilahirkan Ayahanda dan bonda Menunggumu dengan penuh harapan Buaian kasih mesra sudah disediakan Hingga tidur nyenyak kami dodoikan Biarpun perwira atau jelita Ayahanda dan bonda terima sahaja Kami riba , kami ciummu sayang, Kami timang tinggi-tinggi, Kami belai dikau wahai belahan hati Pengarang jiwa, penyejuk rasa Jika engkau seorang perwira Gagah perkasa menabur bakti Pada agama, bangsa dan negara hendaknya Jika engkau seorang jelita Parasmu indah berseri-seri Menambah kembang di taman pertiwi Memancarkan iman limpahan ilahi Wahai penggirang jiwa Baik perwira atau jelita Ayahanda dan bonda menerima sahaja Anugerah dari Tuhan itu yang utama Semoga kehadiranmu bertambah mesra Ikatan kasih ayahanda dan bonda Menyemai cinta menyusur ke mati Nota : Buat Isteri yang bakal melahirkan, terima kasih sayang !