Enam atau lapan masa ?
Petikan dari manuskrip buku bertajuk “ Jika misionari Kristian bertanya anda…” Kalau dilihat dalam beberapa ayat Al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia telah mencipta langit dan bumi selama enam masa . Hal ini boleh dilihat dalam surah Al-‘Araf ayat 54, “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa , lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Dia pula yang menciptakan) matahari, dan bulan dan bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekelian alam” (54) Cantiknya Dalam surah Yunus ayat 3, “ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, mentadbirkan segala urusan. Tidak ada siapa yang dapat memberi syafaat melaink...