Posts

Showing posts with the label Fiqh Ibadah

Ibadah korban

Image
1. Hukum melakukan ibadah korban. a. Menurut Mazhab Syafie hukum melakukan ibadah korban ialah Sunat Mua’kaddah (sunat yang sangat dituntut). Justeru adalah makruh bagi orang yang berkemampuan tetapi tidak melakukannya. Manakala menurut Mazhab Hanafi, hukum melakukan ibadah korban itu adalah wajib bagi orang-orang kaya tetapi hanya sunat bagi orang miskin. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “ Sesiapa yang ada kemudahan (harta) dan tidak melakukan korban, maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami”. b. Wajib jika seseorang itu bernazar. c. Korban hanya boleh dibuat untuk orang Islam yang masih hidup. Oleh itu tidak sah dibuat korban untuk orang yang sudah mati melainkan kalau ia berwasiat. Adalah lebih baik berdoa, membaca Al-Quran atau bersedekah atas nama mereka yang sudah tiada dan berharap agar pahala ibadah-ibadah tersebut sampai kepada mereka. Namun menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali berkorban bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh dilaksa...

Pembatal solat

Image
1. Makan atau minum dengan sengaja. Maksudnya sama ada makanan yang dimakan itu sedikit atau banyak walaupun menelan makanan yang terdapat di celah-celah gigi sebesar gula pasir atau makanan itu di hisap, di kunyah, dihancurkan kemudian di telan maka batallah solatnya. Namun jika jika seseorang itu makan atau minum dengan tidak sengaja kerana terlupa atau jahil disebabkan tinggal berjauhan dari ulama, maka ia tidak membatalkan solat. 2. Berkata-kata dengan sengaja. Sekiranya seseorang itu berkata-kata dengan sengaja sedangkan dia tahu bahawa perbuatan itu adalah haram sekalipun satu huruf yang tidak difahami atau berdehem-dehem tanpa sebab, atau menghembuskan nafas dengan kuat sama ada melalui mulut atau hidung maka batallah solatnya. Adalah tidak batal solat jika seseorang itu berkata-kata kerana jahil disebabkan baru memeluk Islam Namun jika seseorang itu berdehem ketika solat kerana batuk atau untuk membaikkan suara didalam solat, maka hukumnya adalah harus. Begitu juga sek...

Sempurnakan Solat Anda (siri 2)

Image
Pendahuluan Alhamdulillah siri lepas kita sudah membicarakan kaifiat mendrikan solat sehingga sampai kepada tajuk membaca surah al-Fatihah. Kali ini kita sambung lagi dengan beberapa tajuk iaitu : 10. Rukuk Ia adalah fardhu dalam setiap solat yang dilakukan berdasarkan firman Allah SWT, “Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu dan sujudlah kamu” (al-Hajj : 77) Cara bagi rukuk ialah membongkok dan meluruskan tulang punggung sehingga kedua telapak tangan mencapai lutut. Sunat merenggangkan jari ketika rukuk berdasarkan hadis Nabi saw, أن النبي (ص) كان إذا ركع فرج بين أصابعه , وإذا سجد ضم أصابعه Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw apabila rukuk, baginda membuka (merenggangkan) jari-jarinya dan apabila sujud Nabi merapat-rapatkan jarinya. Semasa rukuk di sunatkan membaca tasbih ini sebanyak tiga kali, سبحان ربي العظيم Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agong Atau سبحان ربي العظيم وبحمده Maksudnya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agong dan Terpuji Atau سبوح قدوس رب الملا...

Sempurnakan solat anda......(siri 1)

Image
1. Mengadap Qiblat Dalil mengadap Qiblat ialah firman Allah SWT, Maksudnya : Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap ke kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah) ; dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah wajah kamu ke arahnya. (al-Baqarah 144) 2. Meletakkan penghadang Adalah sunat hukumnya meletakkan penghadang atau pun sutrah seperti tiang, beg, bantal, payung atau tongkat yang diletakkan di hadapannya, dengan jarak yang mencukupkan dirinya untuk sujud dengan tujuan untuk memusatkan pemikiran ketika solat tanpa diganggu dengan lalu orang ramai. Dalilnya ialah hadis Rasulullah saw, “ Apabila seseorang kamu ingin bersolat, maka hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu, sekiranya tiada letaklah tongkat, jika tiada buatlah satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapanmu “. Jika orang yang sedang sola...

Sempurnakan wuduk anda .....

Image
Rukun-rukun wuduk 1.Niat. Menurut fuqaha Syafi’eyah, niat hendaklah serentak dengan basuhan yang pertama, yakni muka. Memadai lafaznya : نويت الوضوء Maksudnya : Sahaja aku berwuduk 2.Basuh Muka. Alirkan air dan ratakan keseluruh muka dari anak rambut bahagian atas muka sehinggalh di bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri. Wajib juga membasuh janggut kerana ia termasuk dalam bahagian muka. Bagi mereka yang berjanggut lebat atau tebal memadailah membasuh bahagian luarnya sahaja dan disunatkan menyelai-nyelainya dengan jari jemari. 3.Basuh kedua tangan dan siku . Menurut fuqaha Syafe’iyah, jika mengambil wuduk dari tempat yang boleh dicedok airnya dengan tangan, maka disunatkan di mulai dari hujung anggota wuduk. Tetapi jika mengambil wuduk dari air yang mengalir seperti paip atau dari air yang dicurahkan oleh seseorang, maka sunat membasuh dari kedua-dua siku atau dari kedua-dua buku lali kaki. 4.Sapu air di kepala. Menurut mazhab Syafi’eyah, yang difardhukan ...

Hukum mematikan pesakit

Image
Bolehkah seseorang doktor mematikan pesakit dengan memberhentikan alat bantuan pernafasan ? Jawapan : Mengikut syarak, seseorang dikira mati apabila nyata padanya salah satu daripada dua tanda berikut : 1.Apabila jantungnya tidak lagi berdegup dan pernafasannya terhenti dan doktor memutuskan bahawa dia tidak dapat dipulihkan lagi. 2.Apabila segala saraf otaknya tidak lagi berfungsi serta para doktor memutuskan bahawa fungsinya tidak dapat dikembalikan lagi dan otaknya sudah mula berubah (menjadi busuk kerana sudah mati) Pada ketika ini harus memberhentikan alat bantuan pernafasan daripada pesakit kerana tidak ada gunanya dibiarkan. Lebih-lebih lagi alat bantuan pernafasan itu tadi hanya membolehkan pesakit hidup secara zahir sahaja dengan mengepam oksigen dan menyebabkan perjalanan darah berterusan, sedangkan pada hakikatnya dia sudah mati kerana sudah kehilangan akal, deria rasa dan perasaan yang berpunca daripada hilangnya fungsi tak. Bahkan saya katakana wajib mengangkat alat b...

Soal jawab ibadah Qurban

Image
Soal jawab ini berlaku antara seorang Ustaz dengan pakcik yang berasal dari daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pakcik nak tau... apo hukum eh buek Qurban ? Jawapan : Hukum nya ialah Sunat Mua’kaddah (sunat yang sangat dituntut). Dengan kata lain ialah Makruh bagi orang yang berkemampuan tetapi tidak melakukannya. Manakala menurut Imam Abu Hanifah, berkorban itu adalah wajib bagi orang-orang kaya, berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud, “ Sesiapa yang ada kemudahan (harta) dan tidak melakukan korban, maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami”. Hukum melakukan ibadah Qurban menjadi wajib sekiranya seseorang itu bernazar. Sebagai contoh katanya : “Jika anak aku berjaya memasuki Universiti, maka aku akan melakukan Qurban. Buleh ko kalau kito buek qurban untuk orang yang dah meninggar ? Jawapan : Tidak sah dibuat korban untuk orang yang sudah mati melainkan kalau ia berwasiat. Kalau kito buek qorban untuk orang lain tanpo pengotahuan eh... buleh tak agak eh ? Jawapa...

Solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh hari Jumaat

Image
Soalan: Saya pernah terbaca bahawa sekiranya Hari Raya (Aidilfitri atau Aidiladha) jatuh pada hari Jumaat maka jika kita telah mengerjakan solat raya maka tidak lagi wajib kita mengerjakan solat Jumaat. Memadai dengan bersolat Zuhur. Adakah ini benar? Jawapan: Benar pendapat saudara di atas. Bagi orang yang telah mengerjakan solat sunat Hari Raya di pagi Jumaat, tidak wajib baginya untuk mengerjakan solat Jumaat, hanya wajib mengerjakan solat Zuhur. Tetapi sekiranya seseorang itu tidak mengerjakan solat sunat Hari Raya, maka wajib ke atasnya solat Jumaat. Sumber : http://www.zaharuddin.net/content/view/884/72/ http://www.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/SoalJawab/20090819152413/Article/indexhtml

Islam dan hubungan dengan non-Muslim

Image
Rentetan dari hal orang bukan Islam dilarang masuk ke masjid, di sini saya ingin berkongsi maklumat tambahan mengenai beberapa hukum dan fatwa mengenai hubungan antara orang Islam dengan bukan Muslim. Bolehkah menderma organ atau darah kepada orang bukan Islam ? Prof Yusuf Al-Qardhawi ulama besar Islam menjelaskan : Hukum menderma organ atau darah kepada orang bukan Islam sama seperti hukum bersedekah kepada orang bukan Islam, maknanya harus. Akan tetapi haram mendermakan organ kepada orang bukan Islam yang berjuang menentang orang Islam atau kepada mereka yang menyerang Islam. Berdasarkan hal yang sama, organ tidak boleh didermakan kepada orang yang murtad sebab dia sudah menjadi pengkhianat Islam yang sepatutnya dibunuh bukan dibiarkan hidup. Jika ada seorang Islam dan seorang bukan Islam memerlukan darah atau organ, maka hendaklah diutamakan kepada orang Islam terlebih dahulu sesuai dengan firman Allah SWT, Dan orang Islam yang beriman, lelaki dan perempuan, setengah-setengahnya ...