BADAL UMRAH ??
Selepas melakukan tawaf sunat, Mat mengajak Ust Haji Sarjono untuk minum di Restoran D' Saji, Safwa Tower. Sedang menikmati teh tarik, tiba tiba terfikir di hati Mat untuk bertanya soalan kepada Ust Haji Sarjono. "Ustaz..., ayah saya dah meninggal dunia. Bolehkah saya melakukan badal umrah untuknya?" Ust Haji Sarjono yang sedang asyik menjawab whatsap dari rakan-rakan di tanahair kemudian meletakkan handphone jenama ‘Vivo’nya. “Apa soalannya tadi ?’’ tanya Ust Haji Sarjono mahu kepastian. “Kalau saya buat badal umrah untuk arwah ayah saya, boleh ka Ustaz?”, Mat mengulang soalan. “Arwah ayah kamu masa hidup pernah tak tunaikan umrah ?”, tanya Ust Haji Sarjono. “Kalau tak silap saya….er..er.. tahun 2009 arwah ada tunaikan haji dan …dan.. er..er.. tahun 2011 arwah ada mengerjakan umrah bersama mak. Kenapa Ustaz?”, soal Mat. Berkerut dahinya mengingat kembali tahun arwah ayahnya mengerjakan haji dan umrah. ...