Posts

Showing posts from January, 2012

Pendaftaran Umrah April ditutup

Image
Syukur Alhamdulillah, pendaftaran untuk mengerjakan  Umrah pada 3 -13 April sudah pun sampai ke penutupnya. Jumlah keseluruhan yang mendaftar ialah seramai 45 orang, satu pencapaian yang memberangsangkan bagi saya yang baru  sahaja berjinak-jinak dengan kerjaya ini secara part time.   Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Tn. Haji Subakir bin Ismail, Imam Masjid Qariyah Kg Gebok Mantin kerana telah berjaya menarik seramai 18 orang ahli-ahli qariyah Masjid termasuk kaum keluarganya untuk bersama-sama mengerjakan umrah melalui pakej ini. Demikian juga Tn. Haji Harun bin Kasim, Imam Masjid Qaryah Sikamat bersama 5 ahli keluarganya, En. Noor Azlan bin Baharom dari Vila Suria Sikamat bersama 5 ahli keluarganya, En. Aris bin Majid dan isterinya Kak Rohana dari Taman Jujur Sikamat, En Asan bin Sitam dan isterimya Puan Maheran dari Rasah Jaya, En. Mohamed Syam dan isterinya Puan Nazarene dari Taman Tuanku Jaafar, Puan Timah dan Puan Selama...

KURSUS ASAS HAJI BAKAL BERMULA

Image
Masjid Putra Nilai Semasa menghadiri mesyuarat Penyelarasan Kursus Asas Haji 1433H di bangunan Tabung Haji Seremban  minggu lepas, saya telah diberitahu tentang beberapa perkara : 1. Untuk mereka yang tidak mahu hari minggunya terganggu, boleh menghadiri kursus ini pada hari Sabtu di Masjid Putra Nilai yang akan bermula pada 11 hb Feb 2012. 2. Untuk mereka yang mahu menghadiri kursus ini pada hari Ahad,  boleh berkunjung ke Masjid Negeri Seremban, Masjid Paroi Jaya, Masjid Bandar Baru Senawang dan Masjid Kuaters KLIA yang akan bermula pada 12 hb Februari 2012. 3. Kursus ini mengambil masa selama 17 siri berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. 4. Masa yang ditetapkan ialah 9.00 - 12.00 tgh hari. 5. Sebanyak 8 orang Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) akan bergilir-gilir menyampaikan ceramah di masjid-masjid yang dimaksudkan. Oleh itu apa tunggu lagi....,  kepada bakal-bakal jemaah Haji Malaysia dan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu tentang ibadah...

KURSUS UMRAH TERBUKA DI MANTIN

Image
Masjid Qariyah Kg. Gebok Mantin Alhamdulillah seramai 14 orang jemaah dari Masjid Qariyah Kg Gebok Mantin akan turut serta mengerjakan Umrah pada 3 - 13 April 2012. Justeru satu kursus 'Umrah siri pertama'  akan diadakan di Masjid ini seperti butiran berikut : Tarikh : 22.1.2012 Masa  : 9.00 - 10.30 pagi  Tempat : Dewan Solat Masjid.  Kursus ini juga terbuka kepada semua muslimin dan muslimat  yang berminat untuk mengetahui selok belok mengerjakan Umrah. Ayuh..., jangan ketinggalan. Kita berjumpa di sana.

Kursus Umrah siri pertama selesai

Image
Antara yang hadir Jemaah wanita  Alhamdulillah kursus Umrah siri pertama yang merangkumi tajuk ‘Mengerjakan Umrah : Hukum dan Kelebihannya’, ‘Rukun-Rukun Umrah’, ‘Syarat-Syarat Wajib Umrah’, 'Larangan-Larangan Ihram' dan 'Tawaf Wada’ telah selesai diadakan pagi tadi. Cara memakai kain ihram  Insya Allah pada 4hb Februari 2012 nanti, pada waktu dan tempat yang sama, bakal menyusul pula kursus Umrah siri kedua. Tajuk yang akan dibentangkan ialah 'Persiapan Musafir', 'Solat Qasar dan Jamak', 'Solat Menghormati Waktu', 'Masaalah Haidh dan Istihadhah', 'Dam Ihsar' dan 'Ziarah Madinah'.  Setakat hari ini  26 orang sudah mendaftar untuk mengerjakan umrah pada 3 - 13 April yang akan datang.  Ayuh ! cepat....pendaftaran masih dibuka.

Kursus Umrah siri pertama

Image
Assalamualaikum  Kepada mereka yang sudah mendaftar dengan saya (21 orang) untuk mengerjakan Umrah pada 3-13 April 2012, dan mereka yang berminat untuk mendengar (walaupun tidak mendaftar) sila hadir ke majlis di atas seperti berikut :   Tarikh : 15 hb Jan 2012 (Ahad)  Masa : 9.00 pagi  Tempat : No 516 Jalan A 17, Vila Suria Warisan Puteri Sikamat. Mereka yang tidak mendaftar, sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu jika ingin menghadiri majlis di atas. Wallahualam.