KURSUS ASAS HAJI BAKAL BERMULA

Masjid Putra Nilai

Semasa menghadiri mesyuarat Penyelarasan Kursus Asas Haji 1433H di bangunan Tabung Haji Seremban  minggu lepas, saya telah diberitahu tentang beberapa perkara :

1. Untuk mereka yang tidak mahu hari minggunya terganggu, boleh menghadiri kursus ini pada hari Sabtu di Masjid Putra Nilai yang akan bermula pada 11 hb Feb 2012.

2. Untuk mereka yang mahu menghadiri kursus ini pada hari Ahad,  boleh berkunjung ke Masjid Negeri Seremban, Masjid Paroi Jaya, Masjid Bandar Baru Senawang dan Masjid Kuaters KLIA yang akan bermula pada 12 hb Februari 2012.

3. Kursus ini mengambil masa selama 17 siri berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu.

4. Masa yang ditetapkan ialah 9.00 - 12.00 tgh hari.

5. Sebanyak 8 orang Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) akan bergilir-gilir menyampaikan ceramah di masjid-masjid yang dimaksudkan.

Oleh itu apa tunggu lagi....,  kepada bakal-bakal jemaah Haji Malaysia dan mereka yang berminat untuk mendalami ilmu tentang ibadah ini, jom..., jom..., jom..., kita berjumpa di sana....!

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu