Posts

Showing posts from September, 2012

Bajet 2013 : Kakitangan awam tengok TV masa kerja ?

Image
Sering kali apabila bonus diumumkan  oleh Perdana Menteri, gambar kakikatangan awam yang gembira sambil menonton TV (ada yang melompat) dipaparkan oleh media massa. Soalan saya, adakah dibenarkan kakitangan awam menonton TV semasa waktu bekerja ? Mungkin ada yang menjawab ketika PM mengumumkan bonus , 'time' waktu pejabat sudah habis. Ok.., tapi bagaimana pula dengan pasukan keselamatan yang bekerja tidak mengikut waktu pejabat seperti di bawah ? Sebagai rakyat yang membayar cukai, sudah tentu kita mahu kakitangan awam bekerja dengan cemerlang setimpal dengan bonus yang mereka dapat. Jika kakitangan awam culas, curi tulang dan main-main ketika kerja, sudah tentu rakyat kerdil seperti saya merasa ralat mengeluarkan setiap sen untuk membayar bonus mereka. Wallahualam.

Tarikh akhir Badal Haji 1433 H

Image
Assalamualaikum wrm wbh, Tarikh akhir untuk pendaftaran Badal Haji pada tahun ini ialah 30 hb September 2012. Oleh itu sesiapa yang ingin membuat Badal Haji untuk waris yang meninggal dunia atau sakit sila menghubungi saya sebelum tarikh tersebut. Sekadar makluman, setakat ini sudah ada 11 pendaftaran. Terima kasih.

Umrah 2-13 April 2013 sudah di buka sekarang !

Image
Bismillahir Rahmanir Rahim...., Insya Allah jika tiada aral melintang, pada  2 - 13 April 2013 sekali lagi saya diberi amanah sebagai mutawif oleh KRS Travel Sdn Bhd, Seremban.  Umrah melalui penerbangan MAS ini akan masuk ke Mekah dahulu dengan harga RM 4980.00. Kos meliputi tiket penerbangan pergi dan balik, cukai lapangan terbang, makan tiga kali sehari, hotel penginapan, pengangkutan  bas dan juga lawatan.  Di Mekah jemaah akan menetap di Mira Palace (berdepan dengan hotel Tabung Haji Travel) di jalan Ibrahim Khalil, manakala hotel di Madinah ialah Waseel er-Reem yang berdekatan dengan pintu masuk wanita jika ke Masjid Nabawi.  Sehingga kini sudah 15 orang telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk bersama saya dan insya Allah jumlah ini bakal meningkat sedikit masa lagi.  Seperti biasa saya tidak mengambil jemaah yang ramai, cukup hanya sebuah bas (anggaran 50 orang) agar lebih eksklusif dan mudah membimbing.  Ju...

Peluang bekerja di Mekah !

Image
Assalamualaikum wrm wbh, KRS Travel and Tours Seremban sedang mencari tukang masak yang berpengalaman untuk bertugas di kota suci Mekah. Gaji yang ditawarkan SR 3000.00 tidak termasuk komisyen bagi setiap kepala jemaah yang datang mengerjakan umrah. Jika ada calon sekitar Seremban atau Kuala Lumpur yang berminat bolehlah menghubungi Tuan Haji  Mohamad Ssunaibari 0126188060. Harap maklum.

Kursus Haji Perdana 1433H di Politeknik Nilai

Image
Pendaftaran peserta di dewan Deretan khemah jamuan Lawatan ke tempat saei Kelihatan Ust Haji Arshad (bercermin mata) dan Ust Haji Muslal (berbaju Melayu)  Taklimat oleh Tn Haji Syamsuddin (TH Kuala Pilah)  Forum Oleh Ust Haji Nor Azamir dan Ust Haji Lukman Khusyuk mendengar forum  Bacaan Yasin dan Tahlil di sebelah malam  Taklimat Tawaf dan Saei Antara bakal Dhuyuf Rahman  Munajat di depan 'Kaabah' Ustazah Fatimah (di depan mengadap jemaah) Amin Ya Allah ..., Amin Ya Allah ...