Bajet 2013 : Kakitangan awam tengok TV masa kerja ?


Sering kali apabila bonus diumumkan  oleh Perdana Menteri, gambar kakikatangan awam yang gembira sambil menonton TV (ada yang melompat) dipaparkan oleh media massa.

Soalan saya, adakah dibenarkan kakitangan awam menonton TV semasa waktu bekerja ? Mungkin ada yang menjawab ketika PM mengumumkan bonus , 'time' waktu pejabat sudah habis.

Ok.., tapi bagaimana pula dengan pasukan keselamatan yang bekerja tidak mengikut waktu pejabat seperti di bawah ?


Sebagai rakyat yang membayar cukai, sudah tentu kita mahu kakitangan awam bekerja dengan cemerlang setimpal dengan bonus yang mereka dapat.

Jika kakitangan awam culas, curi tulang dan main-main ketika kerja, sudah tentu rakyat kerdil seperti saya merasa ralat mengeluarkan setiap sen untuk membayar bonus mereka.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu