Posts

Showing posts from January, 2013

Get well soon...!

Image
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah-mudahan kakak ipar saya Wahida binti Mohamad (bertudung hitam) cepat sembuh dan kembali kehidupan seperti sediakala. Di kalangan ramai muslimah di luar sana, dia telah dipilih oleh Allah SWT sebagai calon ahli syurga yang menerima dugaan dalam bentuk penyakit kanser. Insya Allah, kami semua adik beradik dan ipar duai  akan sentiasa berdoa dan  memberi sokongan kepada dirinya dalam melawan penyakit yang dideritainya. Ya Allah, kurniakanlah kesabaran..., serta limpahilah rahmat dan pahala-Mu yang berpanjangan pada dirinya selama-lamanya..., Ya Allah.., Engkau tinggikanlah darjatnya di dunia dan di akhirat kelak..." "Allah Bless You Forever...." Amin.

UMRAH CUTI SEKOLAH BULAN MEI 2013

Image
Assalamualaikum, Umrah Cuti sekolah 24 Mei - 4 Jun 2013, 13H / 11M, anjuran KRS Travel Sdn Bhd Seremban, menaiki MAS, masuk ke Madinah dahulu dengan harga RM 5650.00 masih ada 6 kekosongan . Sila hubungi saya 019-6404133. Siapa cepat dia dapat !

Siapakah Luqman ?

Tafsir al-Quran Surah Luqman : 12-15 “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman   hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepada-Nya) : “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu), Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (12) Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu satu kezaliman yang besar (13) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya : ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susu   nya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah ...