Pengalaman sebagai PIHTAS musim Haji 1434H (bahagian 2)
Seperti yang tertera dalam email, saya berangkat ke tanah suci pada 5 hb September 2013, bersamaan hari Khamis dan diminta melaporkan diri pukul 5.00 pagi di Kompleks Haji Klana Jaya. Bertolak seawal 2.00 pagi, saya tiba di kompleks ini pukul 3.30 pagi. Saya diberi kunci bilik untuk berehat dan dalam tempoh itu saya menghabiskan masa bermain dengan anak anak, khusus yang bongsu. Setelah mendaftar pukul 5.00 pagi dan solat Subuh di surau kompleks, saya dan keluarga diminta masuk ke dewan Melawati untuk mendengar taklimat dari Ketua Rombongan Haji (KRH) Ybhg Dato Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Beliau berharap agar semua petugas Haji dapat melaksanakan amanah dengan dedikasi dan komited. Kaum keluarga juga diharap dapat memberi sokongan ke atas suami atau isteri yang terpilih untuk bertugas pada tahun ini. Tugas pertama, melaungkan azan Majlis di akhiri dengan bacaan doa selamat seterusnya laungan azan sebagai tanda bermulanya detik perpisahan di antara petugas de...