Keadaan fizikal Nabi SAW, sifat dan kelakuannya

Al-Quran menjelaskan tentang kewajipan menyintai Nabi Muhammad saw sebagaimana firman Allah SWT, “ Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah ali- 'Imran ayat 31) Berdasarkan ayat di atas, syarat untuk di kasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah SAW serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan. ...