Posts

Showing posts from May, 2014

Perang Mu'tah

Image
Tafsir al-Quran Surah al-Anfal : 15-16              “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang memerangi mu, maka janganlah kamu membelakangi mereka ( berundur ). (15) Barangsiapa yang membelakangi mereka ( berundur ) diwaktu itu ,kecuali berundur untuk ( siasat ) perang ataupun hendak mengabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah. Dan tempatnya adalah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya”.(16) Huraian ayat              Dalam ayat ini Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman sekiranya mereka keluar berperang melawan orang-orang kafir, janganlah melarikan diri atau berundur dari medan perang, meskipun bilangan tentera musuh lebih ramai dan lengkap bersenjata. Sebaliknya hendaklah bertahan kerana Allah SWT akan sentiasa ber...

Islam Menjawab 20 Hujah Mubaligh Kristian

Image
         Orang-orang Islam percaya bahawa orang Kristian adalah kafir   berdalilkan surah al-Maidah ayat 72-73,         “ Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".  (72) Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang ti...