Posts

Showing posts from December, 2015

Larangan memakan harta secara batil

Firman Allah SWT, Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) (Al-Baqarah : 188)                Menurut Ibnu Jauzi, sebab turunnya ayat ini kerana ada dua orang sahabat Nabi SAW yang bernama Amru al-Qis dan Abdan al-Hadrami berselisih faham mengenai harta sebidang tanah. Abdan al-Hadrami menunutut kembali tanah miliknya yang diberikan kepada Amru al-Qis secara sementara sedangkan beliau tidak mempunyai bukti.             Sebaliknya Amru al-Qis mahu bersumpah untuk membuktikan bahawa tanah itu adalah miliknya. Perkara ini kemudian di bawa kepada Rasulullah SAW yang akhirnya membawa kepada penurunan ayat di atas.     ...