Posts

Showing posts from May, 2019

ASYIK ASYIK DAM KAMBING...!

Image
Sepanjang menyampaikan kursus Asas Haji anjuran TH, saya sering bertemu soalan soalan seperti berikut : 1. “Ustaz…masa saya pergi umrah tahun 2012, saya kena dam seekor kambing kerana memakai topeng muka”, kata seorang jemaah lelaki. 2. “Ustaz…masa makcik pergi umrah tahun lepa,   kena dam seekor kambing kerana gugur rambut tiga helai”,   kata seorang wanita lewat 60 an. 3. “Ustaz…, saya mandi dalam keadaan bogel, mutawwif   kata dalam ihram tak boleh tanggal kain ihram. Dia suruh saya bayar dam seekor kambing”, kata seorang pemuda. 4. “Ustaz.., hari tu selepas tawaf wada’, saya beli air mineral water, saya di suruh bayar dam seekor kambing dengan alasan selepas tawaf wada’ tidak boleh membeli belah”,   kata seorang pakcik. 5. “Ustaz…, hari itu akak sentuh Kaabah ketika tawaf. Akak kena dam seekor kambing sebab kelambu Kaabah berbau wangi”, kata seorang kakak. Ulasan : 1. Orang lelaki di dalam ihram dibolehkan memakai topeng muka, ...

DI KECUALIKAN BERMABIT DI MUZDALIFAH

“Abang …”, jerit Salmah apabila melihat suaminya   Salim tiba tiba rebah di Arafah.   Pasangan suami isteri ini baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak tamam sebelum berangkat ke Muzdalifah untuk bermabit.    “Tolong-tolong”, jerit MIlah kepada petugas TH. Jemaah lain yang berada berhampiran tertanya-tanya apa yang berlaku. Pengurus Maktab segera memanggil pasukan perubatan untuk memberi bantuan kecemasan.   “Macam mana doctor…?”, tanya Salmah. Hatinya risau, tidak keruan.   “Tekanan darahnya terlalu tinggi”, jawab dok tor.  “Abang..abang…, bangun bang “, suara Salmah sayu memanggil suaminya. Air matanya mula mengalir. Salim tetap tidak sedarkan diri. “Bersabar ya makcik...bertenang…, kita doakan yang terbaik untuk pakcik”, pujuk pengurus maktab. Sejurus kemudian van ambulan tiba. “Boleh tak makcik ikut sekali naik ambulan pergi hospital ?”, tanya Salmah teresak esak. “Ya...