ASYIK ASYIK DAM KAMBING...!




Sepanjang menyampaikan kursus Asas Haji anjuran TH, saya sering bertemu soalan soalan seperti berikut :

1. “Ustaz…masa saya pergi umrah tahun 2012, saya kena dam seekor kambing kerana memakai topeng muka”, kata seorang jemaah lelaki.

2. “Ustaz…masa makcik pergi umrah tahun lepa,  kena dam seekor kambing kerana gugur rambut tiga helai”,  kata seorang wanita lewat 60 an.

3. “Ustaz…, saya mandi dalam keadaan bogel, mutawwif  kata dalam ihram tak boleh tanggal kain ihram. Dia suruh saya bayar dam seekor kambing”, kata seorang pemuda.

4. “Ustaz.., hari tu selepas tawaf wada’, saya beli air mineral water, saya di suruh bayar dam seekor kambing dengan alasan selepas tawaf wada’ tidak boleh membeli belah”,  kata seorang pakcik.

5. “Ustaz…, hari itu akak sentuh Kaabah ketika tawaf. Akak kena dam seekor kambing sebab kelambu Kaabah berbau wangi”, kata seorang kakak.

Ulasan :

1. Orang lelaki di dalam ihram dibolehkan memakai topeng muka, tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Larangan memakai topeng muka hanya untuk wanita sahaja.

2. Sekiranya tiga helai rambut itu gugur sendiri bukan disebabkan perbuatan tangan, maka tidaklah dikenakan dam. Tetapi jika tiga helai rambut itu gugur dengan perbuatan tangan seperti menggaru, menyikat, mencabut atau menggosok (sengaja atau tidak sengaja) maka damnya ialah Takhyir dan Taqdir. Jemaah boleh memilih sama ada 1)Menyembelih seekor kambing di Tanah Haram, atau 2 ) bersedekah kepada 6 orang fakir miskin di Tanah Haram sebanyak 2 cupak makanan tiap tiap seorang atau 3) berpuasa selama 3 hari. Kebiasaannya jemaah akan pilih nombor 2.

3. Mandi di dalam keadaan bogel, tidaklah termasuk dalam larangan ihram yang dikenakan dam. Ia lebih kepada adab dan akhlak ketika mandi sahaja.

4, Membeli air mineral water untuk diminum atau sebagai bekalan dalam perjalanan pulang adalah di haruskan selepas tawaf wada’.

5. Menyentuh Kaabah yang berbau wangi dalam ihram, jika tidak sengaja, terlupa tidaklah  berdosa dan dikenakan dam kerana ia adalah kesalahan jenis Taraffuh. Hendaklah segera menghilangkan bau wangi jika ia melekat di tangan. Sekiranya ia sedang tawaf, maka pusingan itu terbatal dan perlu ulang semula pusingan itu sahaja.

Wallahualam.

Ust Hj Mohd Hishamuddin bin Mansor
PEKTA TH
0196404133



Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu