BERGUNTING ATAU BERTAHALLUL??


Kita sering mendengar jemaah berkata,

“Selepas saei, aku bertahallul”.

Atau ucapan,

“Selepas saei tadi aku lupa nak bertahallul…”

Kedua dua ucapan ini adalah SALAH !

Perkataan yang tepat ialah BERGUNTING bukan BERTAHALLUL.

Tahallul dan bergunting /bercukur adalah dua istilah yang berbeza.  

Tahallul ertinya melepaskan diri dari larangan ihram. 

Manakala bergunting bermaksud menanggalkan sekurang kurangnya tiga helai rambut di kepala. 

Tahallul umrah terhasil apabila seseorang telah selesai bergunting atau bercukur.  

Dengan penghasilan tahallul, maka jemaah umrah sudah tidak lagi terikat dengan larangan ihram 13 perkara.  

Manakala tahallul haji terbahagi kepada dua. 

Tahallul Awwal dan Tahallul Thani. 

Tahallul Awwal apabila jemaah telah melakukan dua daripada tiga perkara iaitu :

1. Melontar Jamrah Kubra

2. Tawaf rukun dan Saei (jika belum dilaksanakan)

3. Bergunting atau bercukur

Apabila seseorang itu telah terhasil Tahallul Awwal, kesemua larangan ihram telah boleh dilakukan melainkan tiga perkara iaitu :

1. Berkahwin atau mengahwinkan termasuk menjadi wali, wakil wali, wakil menerima nikah)

2. Melakukan mukaddimah persetubuhan

3.  Bersetubuh

Tahallul Thani pula apabila jemaah telah melakukan kesemua amalan berikut :

1. Melontar Jamrah Kubra.

2. Tawaf rukun Saei (jika belum dilaksanakan)

3. Bercukur atau bergunting 

Jemaah yang telah terhasil Tahallul Thani, semua 3  larangan ihram tadi telah pun bebas. Dia sudah tidak terikat lagi dengan apa apa larangan ihram.

Kesimpulannya, lazimkan ucapan yang betul pada sesuatu ibadah yang dilakukan. 

Wallahualam 


Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu