Posts

Showing posts from September, 2011

Lahirnya di ambang Ramadhan

Image
Harga RM 17.90. Mengandungi 244 muka surat. Buku ini membicarakan gambaran umum tanda-tanda kebesaran Allah SWT di alam ini. Harga RM 17.90. Mengandungi 217 muka surat. Ia mengandungi 20 topik yang disusun mengikut surah-surah tertentu yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Harga RM 19.90. Mengandungi 231 muka surat. Buku ini mengandungi 24 topik sebagai tazkirah buat manusia yang beriman dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Coretan di Kursus Haji Perdana

Image
Menuju ke bukit Marwah Berlari-lari anak Di kiri saya Drs Syafawi Che Mat, Pembimbing Ibadah Haji Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di kanan, Ust Muslal dan Ust Lukman Dari kiri Kak Khairun (LTH), Ust Nor Azamir, En. Ishak (LTH) dan di hujung sekali Ust Lukman Ucapan perasmian oleh MB Syukur Alhamdulillah kursus Haji Perdana peringkat Negeri Sembilan telah pun selesai dijalankan di stadium tertutup Nilai selama dua hari, 17 dan 18 Sept 2011. Seramai 1000 orang jemaah terpilih yang datang dari seluruh daerah di negeri ini telah hadir bagi menjayakannya. Turut serta ialah Imam Masjid Negeri Ybhg Al-Fadhil Ustaz Fadhil yang akan berangkat bersama isteri dan beberapa anggota keluarganya. “Terima kasih banyak-banyak ustaz…., kerana mendoakan saya dapat pergi Haji tahun ini”, kata Ustaz Fadhil dengan wajah gembira. Dua bulan yang lalu, sebelum berangkat mengerjakan umrah, Ustaz Fadhil meminta saya mendoakan beliau dan beberapa anggota keluarganya supaya cita-cita mereka untuk ke Mekah te...

Al-Fatihah buat arwah Pakcik Thambi Hussein

Image
Allahyarham berkerusi roda Di Masjid Terapung, Jeddah Pakcik Thambi Hussein 84 tahun, jemaah umrah tertua yang saya bimbing pada bulan Julai lalu telah kembali kerahmatullah pada 4hb Sept 2011. Mudah-mudahan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan solehein. Aminnn.

Pergi masjid pakai kereta berinsurankan riba ?

Image
Di rumah mak pada 27 Ramadhan 1432H Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".(Al-Baqarah 183) Berdasarkan ayat ini, dapatlah kita fahami bahawa matlamat puasa ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Apakah yang dimaksudkan dengan taqwa dan siapakah yang dikategorikan sebagai orang yang bertaqwa ? Seorang sahabat Rasulullah SAW (Abu Hurairah) pernah ditanya tentang takwa. Beliau berkata : “Pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu?" Orang itu menjawab: “Apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahi atau aku undur.” Abu Hurairah menjawab: “Itulah dia takwa!" (Riwayat Ibnu Abi Dunya) Justeru taqwa ialah memelihara diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT dan pergi kepada perkara yang membawa keredhaan Allah SWT. Ke...

Benci kepada mertua ?

Image
Sudah biasa kita dengar melalui akhbar dan majalah tentang anak menantu yang pulang beraya ke kampung, lebih selesa tidur di hotel daripada tidur di rumah ibu bapa. Alasan mereka kerana mahukan privasi, anak-anak tidak biasa dengan suasana panas, banyak nyamuk dan sebagainya. Ada juga menantu yang menarik muka masam dan berkurung di bilik dari pagi sampai ke petang. Sedikit pun mereka tidak mahu menjenguk ke dapur membantu mertua menyiapkan juadah hari raya, mengemas rumah apatah lagi mahu bertegur sapa dengan ipar duai. Demikianlah ragam manusia. Muslimin dan muslimat sekalian, Daripada Amru bin Murrah al-Juhani katanya, Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata : Ya Rasulullah ! Apa pendapatmu jika aku menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan Haji di Baitullah maka adakah ganjaran bagiku ? Rasulullah saw menjawab, من فعل ذلك كان مع النبيين والصديقين والشهداء والصلحين إلا أن يعق...