Berbeza dengan Malaysia, di Makkah dan Madinah waktu azan pertama pada hari Jumaat adalah setengah jam sebelum masuknya waktu Zuhor. Saya perhatikan ramai jemaah, termasuk jemaah Malaysia bangun selepas azan pertama untuk melakukan solat sunat. Bila saya tanya solat sunat apakah yang mereka lakuan. Mereka jawab solat sunat Qabliyah Jumaat. Salah ! Tidak betul ! Kenapa salah ? Kenapa tidak betul ? Sebab solat sunat Qabliyah Jumaat dilakukan apabila telah masuk waktu Zuhor (waktu solat Jumaat). Justeru melakukan solat sunat Qabliyah Jumaat sebelum masuk waktu Zuhor adalah tidak sah. Kalau jemaah hendak lakukan solat sunat juga selepas azan pertama, mereka boleh lakukan solat *SUNAT MUTLAQ* Dan orang perempuan yang tidak menunaikan solat Jumaat, jangan pula mendirikan solat Zuhor di hotel apabila mendengar azan pertama hari Jumaat. Kerana belum masuk waktu lagi. Masuk waktu Zuhor apabila azan ke...
Bacaan di Maqam Rasulullah saw "Mat.., aku dengar kau nak pergi umrah bulan depan. Tolong sampaikan salam aku pada Nabi saw", kata Ngadiran. "Insya Allah", jawab Mat dengan konfiden. Sebenarnya dia jahil.., tak tahu macam mana nak sampaikan kiriman salam kepada Nabi saw. Di rumah Mat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Masa taklimat umrah baru-baru ini tak ada pula wakil syarikat mengajarnya cara-cara menyampaikan kiriman salam kepada Rasulullah. Lalu dia tanya isterinya. Mana tahu isterinya ada maklumat tentang hal itu. "Entahlah..", jawab Markonah sambil melipat kain. "Cuba abang tanya Ustaz Sartono", cadang isterinya pula. Mat mengambil telefon bimbitnya. Setelah dua tiga kali mendail, akhirnya Ustaz Sartono menjawab panggilannya. "Maaf ana tengah kuliah tadi...", jawab Ustaz Sartono lulusan USIM. "Ustaz..., saya nak tanya. Macam mana nak sampaikan kiriman salam kepada Rasulullah?", tanya Mat direct kepada soalan...
Satu tajuk yang malu diperkata, namun banyak di tanya. Firman Allah SWT, "Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai ladang bagi kamu, oleh itu datangilah ladangmu secara mana yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal) yang baik untuk diri kamu; dan bertqwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman "(223) Sebab turun ayat Dalam ayat ini Allah SWT telah memisalkan isteri sebagai ladang untuk bercucuk tanam. Manakala suami pula diibarat seperti peladang yang akan menyemai benih di atas ladang, sedangkan anak pula diibarat seperti pokok yang tumbuh dari benih yang ditanam tersebut. Maka tanamilah ladang tersebut secara mana yang kamu sukai. Dalam satu riwayat menyatakan sebab turun ayat ini kerana orang-orang Yahudi beranggapan bahawa apabila seseorang suami mencampuri isterinya dari arah belakang, maka anak yang bakal dilahirkan akan bermata juling. Maka turunlah ayat ini mem...
Comments
Post a Comment