Posts

Showing posts from 2015

Larangan memakan harta secara batil

Firman Allah SWT, Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) (Al-Baqarah : 188)                Menurut Ibnu Jauzi, sebab turunnya ayat ini kerana ada dua orang sahabat Nabi SAW yang bernama Amru al-Qis dan Abdan al-Hadrami berselisih faham mengenai harta sebidang tanah. Abdan al-Hadrami menunutut kembali tanah miliknya yang diberikan kepada Amru al-Qis secara sementara sedangkan beliau tidak mempunyai bukti.             Sebaliknya Amru al-Qis mahu bersumpah untuk membuktikan bahawa tanah itu adalah miliknya. Perkara ini kemudian di bawa kepada Rasulullah SAW yang akhirnya membawa kepada penurunan ayat di atas.     ...

Promosi Umrah 9-19 Disember 2015

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mempelawa pembaca untuk bersama saya mengerjakan umrah pada 9-19 Disember 2015 dengan harga RM6150, menaiki MAS selama 11 H / 9M masuk ke Madinah terlebih dahulu. Selaku pembimbing Ibadah Haji Tabung Haji yang berpengalaman,  insya Allah saya akan berusaha membimbing tuan puan mengerjakan umrah dengan sempurna pada Umrah Disember 2015 yang akan datang. Sama seperti beberapa pakej umrah yang saya kelolakan sebelum ini,  umrah Disember 2015   akan dimulakan dengan kursus sebanyak 3 kali di tanah air. Insya Allah saya akan pastikan tuan puan yang mendaftar mengerjakan umrah dengan saya pada bulan Disember 2015 nanti dibekalkan ilmu yang lengkap sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci.   Kursus Umrah sebanyak 3 kali sebelum ke tanah suci     Taklimat akhir perjalanan Lokasi taklimat akan di tentukan berdasarkan dari daerah mana yang paling hampir dengan tuan puan.  Pada taklimat...

Kisah Qabil dan Habil

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;(27) "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam; (28) "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim" (29) Maka nafsu jahat (Qabil) m...