Monday, June 29, 2015

Promosi Umrah 9-19 Disember 2015


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mempelawa pembaca untuk bersama saya mengerjakan umrah pada 9-19 Disember 2015 dengan harga RM6150, menaiki MAS selama 11 H / 9M masuk ke Madinah terlebih dahulu.

Selaku pembimbing Ibadah Haji Tabung Haji yang berpengalaman,  insya Allah saya akan berusaha membimbing tuan puan mengerjakan umrah dengan sempurna pada Umrah Disember 2015 yang akan datang.

Sama seperti beberapa pakej umrah yang saya kelolakan sebelum ini,  umrah Disember 2015  akan dimulakan dengan kursus sebanyak 3 kali di tanah air. Insya Allah saya akan pastikan tuan puan yang mendaftar mengerjakan umrah dengan saya pada bulan Disember 2015 nanti dibekalkan ilmu yang lengkap sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci.


Kursus Umrah sebanyak 3 kali sebelum ke tanah suci
 
Taklimat akhir perjalanan

Lokasi taklimat akan di tentukan berdasarkan dari daerah mana yang paling hampir dengan tuan puan.  Pada taklimat akhir sebelum berangkat, bakal diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat.
  
Bacaan Yasin dan doa selamat

Seperti yang telah saya terangkan di awal tadi, pakej umrah  9-19 Disember 2015, dijangka akan bertolak dari KLIA, melalui penerbangan MAS pada pukul 10.00 pagi dan akan mendarat  di Lapangan Terbang Madinah pukul 2.15 petang waktu Arab Saudi. 

Selepas selesai urusan imigresen, jemaah umrah 9-19 Disember 2015 akan terus di bawa ke hotel Fayroz Season yang jaraknya hanya 80 meter dari Masjid Nabawi. Setelah urusan check in di hotel selesai, tanpa melengahkan masa, rombongan umrah 9-19 Disember  2015 akan di bawa menziarahi maqam Rasulullah SAW dan dua sahabat. 

Di hadapan Masjid Nabawi


Pada keesookan paginya hari kedua, jemaah lelaki umrah 9-19 Disember 2015 akan dibawa menziarahi perkuburan Baqi. Di perkuburan ini terdapat 10000 jenazah sahabat Rasulullah SAW yang disemadikan. Di antaranya ialah Saidina Otman bin Affan r.a yang digelar Zun Nurain. 

Sepanjang ziarah itu nanti saya selaku mutawwif jemaah umrah 9-19 Disember 2015 akan menyampaikan sejarah sahabat-sahabat sebagai iktibar yang sangat berguna untuk diteladani.

Manakala jemaah wanita pula pada hari yang sama akan dibawa masuk ke dalam Raudhah, di pimpin oleh seorang Ustazah, penduduk tempatan.

Ziarah perkuburan Baqi'

Sepanjang tiga hari berada di Madinah, jemaah umrah 9-19 Disember 2015 turut dibawa melawat lokasi bersejarah. Di antaranya ialah Syuhadak Uhud, tempat persemadian sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang gugur syahid dalam peperangan Uhud. Di kalangan yang syahid ialah bapa saudara Nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib.

Ziarah Syuhadak Uhud










No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.