Posts

Showing posts from 2019

TAWAF TAHIYYATUL BAIT

Image
SOALAN Assalamulaikum ustaz. Nk tanya  kalau kita buat  tawaf Tahiyyatul Bait tu bagaimana pulak dgn saie dan  bercukur kena bt jugak ke. JAWAPAN Waalaikumussalam..terima kasih atas pertanyaan.  Untuk makluman Tawaf Tahiyyatul Bait ialah tawaf yang sunat dilakukan apabila setiap kali seseorang masuk ke Masjidil Haram.  Tawaf Tahiyyatul Bait bukanlah seperti tawaf umrah, yang perlu jaga larangan ihram 13 perkara, yang selepasnya ada saei, bergunting atau bercukur utk menghasilkan tahallul.  Tetapi tawaf Tahiyyatul Bait sama  seperti tawaf sunat yang lain..tidak perlu ada saei, tidak perlu berniat ihram di miqat, tidak perlu memakai pakaian ihram dan tidak perlu bercukur atau bergunting.  Seseorang yang ingin melakukan tawaf Tahiyyatul Bait hendaklah dia mematuhi syarat syarat sah tawaf seperti berwuduk dan suci daripada najis pada pakaian dan tempat tawaf.  Mulakan tawaf dari sudut Hajarul Aswad dengan waj...

BERGUNTING ATAU BERTAHALLUL??

Kita sering mendengar jemaah berkata, “Selepas saei, aku bertahallul”. Atau ucapan, “Selepas saei tadi aku lupa nak bertahallul…” Kedua dua ucapan ini adalah SALAH ! Perkataan yang tepat ialah BERGUNTING bukan BERTAHALLUL. Tahallul dan bergunting /bercukur adalah dua istilah yang berbeza.   Tahallul ertinya melepaskan diri dari larangan ihram.  Manakala bergunting bermaksud menanggalkan sekurang kurangnya tiga helai rambut di kepala.  Tahallul umrah terhasil apabila seseorang telah selesai bergunting atau bercukur.   Dengan penghasilan tahallul, maka jemaah umrah sudah tidak lagi terikat dengan larangan ihram 13 perkara.   Manakala tahallul haji terbahagi kepada dua.  Tahallul Awwal dan Tahallul Thani.  Tahallul Awwal apabila jemaah telah melakukan dua daripada tiga perkara iaitu : 1. Melontar Jamrah Kubra 2. Tawaf rukun dan Saei (jika belum dilaksanakan) 3. Bergunting atau ber...

ASYIK ASYIK DAM KAMBING...!

Image
Sepanjang menyampaikan kursus Asas Haji anjuran TH, saya sering bertemu soalan soalan seperti berikut : 1. “Ustaz…masa saya pergi umrah tahun 2012, saya kena dam seekor kambing kerana memakai topeng muka”, kata seorang jemaah lelaki. 2. “Ustaz…masa makcik pergi umrah tahun lepa,   kena dam seekor kambing kerana gugur rambut tiga helai”,   kata seorang wanita lewat 60 an. 3. “Ustaz…, saya mandi dalam keadaan bogel, mutawwif   kata dalam ihram tak boleh tanggal kain ihram. Dia suruh saya bayar dam seekor kambing”, kata seorang pemuda. 4. “Ustaz.., hari tu selepas tawaf wada’, saya beli air mineral water, saya di suruh bayar dam seekor kambing dengan alasan selepas tawaf wada’ tidak boleh membeli belah”,   kata seorang pakcik. 5. “Ustaz…, hari itu akak sentuh Kaabah ketika tawaf. Akak kena dam seekor kambing sebab kelambu Kaabah berbau wangi”, kata seorang kakak. Ulasan : 1. Orang lelaki di dalam ihram dibolehkan memakai topeng muka, ...

DI KECUALIKAN BERMABIT DI MUZDALIFAH

“Abang …”, jerit Salmah apabila melihat suaminya   Salim tiba tiba rebah di Arafah.   Pasangan suami isteri ini baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak tamam sebelum berangkat ke Muzdalifah untuk bermabit.    “Tolong-tolong”, jerit MIlah kepada petugas TH. Jemaah lain yang berada berhampiran tertanya-tanya apa yang berlaku. Pengurus Maktab segera memanggil pasukan perubatan untuk memberi bantuan kecemasan.   “Macam mana doctor…?”, tanya Salmah. Hatinya risau, tidak keruan.   “Tekanan darahnya terlalu tinggi”, jawab dok tor.  “Abang..abang…, bangun bang “, suara Salmah sayu memanggil suaminya. Air matanya mula mengalir. Salim tetap tidak sedarkan diri. “Bersabar ya makcik...bertenang…, kita doakan yang terbaik untuk pakcik”, pujuk pengurus maktab. Sejurus kemudian van ambulan tiba. “Boleh tak makcik ikut sekali naik ambulan pergi hospital ?”, tanya Salmah teresak esak. “Ya...

BADAL UMRAH ??

Image
Selepas  melakukan tawaf sunat, Mat mengajak Ust Haji Sarjono untuk minum di Restoran D' Saji, Safwa Tower.  Sedang menikmati teh tarik, tiba tiba terfikir di hati Mat untuk bertanya  soalan kepada Ust Haji Sarjono.  "Ustaz..., ayah saya dah meninggal dunia. Bolehkah saya melakukan badal umrah untuknya?" Ust Haji Sarjono yang sedang asyik menjawab  whatsap dari rakan-rakan di tanahair kemudian meletakkan handphone jenama ‘Vivo’nya. “Apa soalannya tadi ?’’ tanya Ust Haji Sarjono mahu kepastian. “Kalau saya buat badal umrah untuk arwah ayah saya, boleh ka Ustaz?”, Mat mengulang soalan. “Arwah ayah kamu masa hidup pernah tak tunaikan umrah ?”, tanya Ust Haji Sarjono. “Kalau tak silap saya….er..er.. tahun 2009 arwah ada tunaikan haji dan …dan.. er..er.. tahun  2011  arwah ada mengerjakan umrah bersama mak. Kenapa Ustaz?”, soal Mat. Berkerut dahinya mengingat kembali tahun arwah ayahnya mengerjakan haji dan umrah.  ...

Umrah Nov dan Dis 2019

Image
JOM UMRAH BERSAMA SAYA 0196404133

KURSUS UMRAH

Image
Jom hadir beramai ramai... Percuma... Jamuan secara potluck...

Rindu dengan blog ini

Sudah lama tidak menulis.