Posts

AKIKAH DI MEKAH - RM450

 Anak adalah anugerah Allah SWT.  Ada pasangan yang berkahwin bertahun tahun, namun masih belum dikurniakan zuriat.  Ada wanita yang mengandung, tetapi susah sangat 'melekatnya', asyik gugur sahaja.  Ada yang bayi lahir kedunia, tetapi sekejap sahaja melihat ibu dan ayahnya.  Kemudian bayi itu pergi meninggalkan dunia yang fana ini.  Ibu mana yang tidak menangis, bapa mana yang tidak sedih.  Sabar sahajalah, mungkin belum ada rezeki lagi.  Banyak banyakkan doa.  Sebab itu bagi pasangan yang telah dikurniakan zuriat, lahirkanlah kesyukuran itu dengan melakukan Akikah jika berkemampuan.  Ia menzahirkan tanda kegembiraan dan syukur kepada-Nya yang tidak terhingga.  Mudah mudahan bayi yang dianugerahkan Tuhan membesar dengan sihat,  menjadi insan soleh dan solehah yang berbakti kpd Agama, bangsa dan tanahair.  Macam mana hendak buat Akikah sepanjang PKP ini ?  Hendak rentas daerah dan negeri tidak boleh.  Hendak berk...

WALAUPUN SAMPAI KE SANA'A

Image
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, "Jika masjidku ini dibesarkan sehingga ke Sana'a (Yaman) ia masih tetap masjidku".  Untuk makluman, Sana'a adalah ibu negara Yaman.  Jarak Madinah ke Yaman bukanlah dekat bahkan jauh mungkin ratusan atau ribuan batu.  Walaupun hadis ini dhaif, tetapi maknanya sahih berdasarkan amalan Khalifah Umar dan Uthman yang membesarkan Masjid Nabawi. Hadis ini bermaksud, walaupun fizikal masjid Nabawi itu tidak serupa seperti zaman Nabi Muhammad SAW kerana telah melalui pengubahsuaian sepanjang zaman, namun pahala solat di dalamnya tetap dapat ganjaran 1000 kali ganda.  Ayuh apa tunggu lagi.  Jika duit ada, Badan pun sihat, Nikmat lapang pun ada, Jom kita ke tanah suci April ini.  InsyaAllah saya sendiri yang akan bimbing dari awal sehingga akhir.  Jom..jom...jom..! PAKEJ UMRAH APRIL 2020 Tarikh : 7-18 APRIL 2020 Masuk Makkah dahulu Hotel Mad...

PERGI KE MEKAH JEMPUTAN DARIPADA ALLAH

Image
             Pergi ke Mekah adalah jemputan daripada Allah, bukan jemputan daripada Tabung Haji atau jemputan mana mana Agensi Travel.  Biarpun duit sudah cukup, surat panggilan sudah diterima, kursus pun telah hadir kenduri doa selamat telah dibuat, namun jika Allah SWT tidak   izinkan ke sana, sesiapa pun tidak boleh halang kehendak-Nya. .  Ada jemaah yang sudah bersedia ke Mekah, tiba tiba suami meninggal dunia, maka kena  bereddah selama 4 bulan 10 hari  menyebabkan hasrat ke tanah suci tertangguh. Ada jemaah yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum berangkat, tiba tiba disahkan mengandung, menyebabkan pemergian ke Mekah  perlu ditangguhkan.  Ada jemaah yang esok lusa hendnak berangkat, tiba tiba sakit lalu  ditahan dalam wad. Pemergian terpaksa ditangguh.  Ada jemaah duit sudah selesai bayar, kelengkapan sudah dibeli, tiba-tiba hati berubah, lalu membatalkan pemergian ke tana...

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

Image
Berbeza dengan Malaysia, di Makkah dan Madinah waktu azan pertama pada hari Jumaat adalah setengah jam sebelum masuknya waktu Zuhor. Saya perhatikan ramai jemaah, termasuk jemaah Malaysia bangun selepas azan pertama untuk melakukan solat sunat.  Bila saya tanya solat sunat apakah yang mereka lakuan.  Mereka jawab solat sunat Qabliyah Jumaat.  Salah ! Tidak betul ! Kenapa salah ? Kenapa tidak betul ? Sebab solat sunat Qabliyah Jumaat dilakukan apabila telah masuk waktu Zuhor (waktu solat Jumaat). Justeru melakukan solat sunat Qabliyah Jumaat sebelum masuk waktu Zuhor adalah tidak sah.  Kalau jemaah hendak lakukan solat sunat juga selepas azan pertama, mereka  boleh lakukan solat *SUNAT MUTLAQ* Dan orang perempuan  yang tidak menunaikan solat Jumaat, jangan pula mendirikan solat Zuhor di hotel apabila mendengar azan pertama hari Jumaat. Kerana belum masuk waktu lagi. Masuk waktu Zuhor apabila azan ke...

TAWAF TAHIYYATUL BAIT

Image
SOALAN Assalamulaikum ustaz. Nk tanya  kalau kita buat  tawaf Tahiyyatul Bait tu bagaimana pulak dgn saie dan  bercukur kena bt jugak ke. JAWAPAN Waalaikumussalam..terima kasih atas pertanyaan.  Untuk makluman Tawaf Tahiyyatul Bait ialah tawaf yang sunat dilakukan apabila setiap kali seseorang masuk ke Masjidil Haram.  Tawaf Tahiyyatul Bait bukanlah seperti tawaf umrah, yang perlu jaga larangan ihram 13 perkara, yang selepasnya ada saei, bergunting atau bercukur utk menghasilkan tahallul.  Tetapi tawaf Tahiyyatul Bait sama  seperti tawaf sunat yang lain..tidak perlu ada saei, tidak perlu berniat ihram di miqat, tidak perlu memakai pakaian ihram dan tidak perlu bercukur atau bergunting.  Seseorang yang ingin melakukan tawaf Tahiyyatul Bait hendaklah dia mematuhi syarat syarat sah tawaf seperti berwuduk dan suci daripada najis pada pakaian dan tempat tawaf.  Mulakan tawaf dari sudut Hajarul Aswad dengan waj...

BERGUNTING ATAU BERTAHALLUL??

Kita sering mendengar jemaah berkata, “Selepas saei, aku bertahallul”. Atau ucapan, “Selepas saei tadi aku lupa nak bertahallul…” Kedua dua ucapan ini adalah SALAH ! Perkataan yang tepat ialah BERGUNTING bukan BERTAHALLUL. Tahallul dan bergunting /bercukur adalah dua istilah yang berbeza.   Tahallul ertinya melepaskan diri dari larangan ihram.  Manakala bergunting bermaksud menanggalkan sekurang kurangnya tiga helai rambut di kepala.  Tahallul umrah terhasil apabila seseorang telah selesai bergunting atau bercukur.   Dengan penghasilan tahallul, maka jemaah umrah sudah tidak lagi terikat dengan larangan ihram 13 perkara.   Manakala tahallul haji terbahagi kepada dua.  Tahallul Awwal dan Tahallul Thani.  Tahallul Awwal apabila jemaah telah melakukan dua daripada tiga perkara iaitu : 1. Melontar Jamrah Kubra 2. Tawaf rukun dan Saei (jika belum dilaksanakan) 3. Bergunting atau ber...

ASYIK ASYIK DAM KAMBING...!

Image
Sepanjang menyampaikan kursus Asas Haji anjuran TH, saya sering bertemu soalan soalan seperti berikut : 1. “Ustaz…masa saya pergi umrah tahun 2012, saya kena dam seekor kambing kerana memakai topeng muka”, kata seorang jemaah lelaki. 2. “Ustaz…masa makcik pergi umrah tahun lepa,   kena dam seekor kambing kerana gugur rambut tiga helai”,   kata seorang wanita lewat 60 an. 3. “Ustaz…, saya mandi dalam keadaan bogel, mutawwif   kata dalam ihram tak boleh tanggal kain ihram. Dia suruh saya bayar dam seekor kambing”, kata seorang pemuda. 4. “Ustaz.., hari tu selepas tawaf wada’, saya beli air mineral water, saya di suruh bayar dam seekor kambing dengan alasan selepas tawaf wada’ tidak boleh membeli belah”,   kata seorang pakcik. 5. “Ustaz…, hari itu akak sentuh Kaabah ketika tawaf. Akak kena dam seekor kambing sebab kelambu Kaabah berbau wangi”, kata seorang kakak. Ulasan : 1. Orang lelaki di dalam ihram dibolehkan memakai topeng muka, ...

DI KECUALIKAN BERMABIT DI MUZDALIFAH

“Abang …”, jerit Salmah apabila melihat suaminya   Salim tiba tiba rebah di Arafah.   Pasangan suami isteri ini baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak tamam sebelum berangkat ke Muzdalifah untuk bermabit.    “Tolong-tolong”, jerit MIlah kepada petugas TH. Jemaah lain yang berada berhampiran tertanya-tanya apa yang berlaku. Pengurus Maktab segera memanggil pasukan perubatan untuk memberi bantuan kecemasan.   “Macam mana doctor…?”, tanya Salmah. Hatinya risau, tidak keruan.   “Tekanan darahnya terlalu tinggi”, jawab dok tor.  “Abang..abang…, bangun bang “, suara Salmah sayu memanggil suaminya. Air matanya mula mengalir. Salim tetap tidak sedarkan diri. “Bersabar ya makcik...bertenang…, kita doakan yang terbaik untuk pakcik”, pujuk pengurus maktab. Sejurus kemudian van ambulan tiba. “Boleh tak makcik ikut sekali naik ambulan pergi hospital ?”, tanya Salmah teresak esak. “Ya...

BADAL UMRAH ??

Image
Selepas  melakukan tawaf sunat, Mat mengajak Ust Haji Sarjono untuk minum di Restoran D' Saji, Safwa Tower.  Sedang menikmati teh tarik, tiba tiba terfikir di hati Mat untuk bertanya  soalan kepada Ust Haji Sarjono.  "Ustaz..., ayah saya dah meninggal dunia. Bolehkah saya melakukan badal umrah untuknya?" Ust Haji Sarjono yang sedang asyik menjawab  whatsap dari rakan-rakan di tanahair kemudian meletakkan handphone jenama ‘Vivo’nya. “Apa soalannya tadi ?’’ tanya Ust Haji Sarjono mahu kepastian. “Kalau saya buat badal umrah untuk arwah ayah saya, boleh ka Ustaz?”, Mat mengulang soalan. “Arwah ayah kamu masa hidup pernah tak tunaikan umrah ?”, tanya Ust Haji Sarjono. “Kalau tak silap saya….er..er.. tahun 2009 arwah ada tunaikan haji dan …dan.. er..er.. tahun  2011  arwah ada mengerjakan umrah bersama mak. Kenapa Ustaz?”, soal Mat. Berkerut dahinya mengingat kembali tahun arwah ayahnya mengerjakan haji dan umrah.  ...

Umrah Nov dan Dis 2019

Image
JOM UMRAH BERSAMA SAYA 0196404133

KURSUS UMRAH

Image
Jom hadir beramai ramai... Percuma... Jamuan secara potluck...

Rindu dengan blog ini

Sudah lama tidak menulis.

CATATAN HAJI 1439 H : SALAH SIAPA ?

"Bang..,   selagi abang tak selesaikan saei abang... abng masih lagi dalam ihram. Abang kena selesaikan cepat.. ", pujuk Milah.   Salim senyap.   Matanya memandang ke arah lain.   Malas dia nak melayan nasihat isterinya.   "Abang penat..", jawab Salim acuh tak acuh.  Milah kecewa.   Ini sudah kali kelima dia menasihatkan suaminya, tapi Salim tetap berdegil.   Mereka berdua mengerjakan haji tamattuk, masuk ke Mekah mengerjakan umrah dahulu.   Selesai tawaf,  mereka mengerjakan saei bersama sama.   Sepatutnya sama sama mula, maka sama sama habis.  Tetapi alabila sampai pusingan sekian sekian,  Salim mengatakan yang dia sudah selesai saei,  lalu bergunting dan balik ke hotel  menukar pakaian berjahit. Sebab itu Milah musykil.   Berkali kali dia memujuk Salim supaya menambah lagi bilangan saei yang tidak cukup, tetapi bagai...