Posts

Get well soon...!

Image
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah-mudahan kakak ipar saya Wahida binti Mohamad (bertudung hitam) cepat sembuh dan kembali kehidupan seperti sediakala. Di kalangan ramai muslimah di luar sana, dia telah dipilih oleh Allah SWT sebagai calon ahli syurga yang menerima dugaan dalam bentuk penyakit kanser. Insya Allah, kami semua adik beradik dan ipar duai  akan sentiasa berdoa dan  memberi sokongan kepada dirinya dalam melawan penyakit yang dideritainya. Ya Allah, kurniakanlah kesabaran..., serta limpahilah rahmat dan pahala-Mu yang berpanjangan pada dirinya selama-lamanya..., Ya Allah.., Engkau tinggikanlah darjatnya di dunia dan di akhirat kelak..." "Allah Bless You Forever...." Amin.

UMRAH CUTI SEKOLAH BULAN MEI 2013

Image
Assalamualaikum, Umrah Cuti sekolah 24 Mei - 4 Jun 2013, 13H / 11M, anjuran KRS Travel Sdn Bhd Seremban, menaiki MAS, masuk ke Madinah dahulu dengan harga RM 5650.00 masih ada 6 kekosongan . Sila hubungi saya 019-6404133. Siapa cepat dia dapat !

Siapakah Luqman ?

Tafsir al-Quran Surah Luqman : 12-15 “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman   hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepada-Nya) : “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu), Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal bagi Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (12) Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya : Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu satu kezaliman yang besar (13) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya : ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya), dan tempoh menceraikan susu   nya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah ...

UMRAH AWAL RAMADHAN 2013 DI BUKA SEKARANG

Image
Insya Allah Umrah awal Ramadhan 16-26 Julai 2013 (12 H 10 M) di bawah bimbingan saya sedang dibuka dengan harga RM 6700.00. Penerbangan MAS, jemaah akan masuk ke Mekah dahulu. Sepuluh pendaftaran awal diberi diskaun RM100.00. Hubungi 019-6404133.

UMRAH 3 -13 MAC 2013 MASIH ADA 20 KEKOSONGAN !

Image
Pakej Umrah anjuran KRS Travel Sdn Bhd, Seremban untuk tarikh 3-13 Mac 2013, penerbangan MAS dengan harga RM 5080.00 masih ada 20 kekosongan. Insya Allah pakej ini bakal dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Othman bin Diah, Guru Al-Quran merangkap Imam Masjid Qaryah Sg. Landak Seremban. Tuan puan yang berminat sila hubungi saya 019-6404133. Deposit RM 1000.00.

Tazkirah : Larangan membunuh diri

Image
                        Pelbagai sebab orang membunuh diri. Ada disebabkan cinta tidak kesampaian, hutang keliling pinggang, tidak lulus periksa, gagal dalam perniagaan dan bermacam lagi.             Hakikatnya perbuatan membunuh diri adalah termasuk dosa besar yang mengakibatkan si pelakukanya menerima azab yang pedih di neraka kelak.  عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم الَّذِيْ يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِى النَّارِ وَالَّذِيْ يَطْنُعُهَا يَطْنُعُهَا فِى النَّارِ Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : Barangsiapa yang membunuh diri dengan mencekik lehernya maka dia akan mencekek lehernya pula di neraka. Dan barangsiapa yang menikam dirinya maka dia akan menikam dirinya pula di neraka kelak.” ( HR Bukhari)        ...

Apabila pemimpin bertopengkan agama

Image
   Daripada Tsauban r.a. berkata : Rasulullah saw. bersabda;   يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكْلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا. فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةِ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ بَلْ أنتم يومئذ كثير ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ من صدوررِ عَدُوِّكُمُ المهابةَ منكم وَلْيَقْذِفَنَّ فِى قُلُوبكم الوَهْنَ . قال قائل : يا رسول الله وما الوهنُ ؟ قال حب الدنيا وكراهِيَةُ الموتِ Maksudnya : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak mengerumuni makanan dalam talam hidangan mereka". Maka seorang sahabat bertanya "Apakah kerana jumlah kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw menjawab, "Bahkan, pada hari itu jumlah kamu ramai sekali, tetapi kamu umpama lautan buih dibawa arus air. Allah SWT akan mencabut perasaan gerun dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT akan mencampakkan ke dalam hat...