Posts

Sejarah Kaabah

Image
             Apabila disebut tentang Mekah, maka akan tergambar kepada umat Islam Kaabah yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat sebagai qiblat setiap hari. Justeru adalah wajar sebagai umat Islam, kita mengetahui serba sedikit tentang sejarah Mekah, Kaabah dan kelebihannya kerana kedua-dunya sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.                  Menurut Ibn Abbas, orang yang pertama sekali membina Kaabah ialah Nabi Adam a.s. Baginda kemudian solat serta tawaf dan juga menunaikan Haji. Kemudian Kaabah yang dibina oleh Nabi Adam itu musnah akibat ribut taufan, serta banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Sehinggalah Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim membina kembali Kaabah yang telah rosak itu.              Dalil yang menujukkan Kaabah telah pun ada sebelum Na...

UMRAH MUSIM SEJUK 19-29 DISEMBER 2014 MASIH ADA KOSONG !!!

Umrah musim sejuk di bawah bimbingan saya melalui KRS Travel Seremban pada 19-29 Disember 2014, menaiki Flynas, masuk Madinah dahulu, RM6000.00 masih ada 15 kekosongan. Hubungi 019 6404133 sefera...

Tazkirah Ramadhan : Manusia di Padang Mahsyar

Firman Allah SWT,  “Dan (Ingatlah) akan hari dimana Allah akan mengumpulkan mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) melainkan hanya sesaat di siang hari, (di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk” . (Surah Yunus ayat 45) Ada tiga perkara yang Allah SWT gambarkan keadaan manusia di padang Mahsyar. Pertama, manusia merasakan kehidupan mereka di padang Mahsyar begitu lama jika dibandingkan dengan kehidupan di dunia. Malah mereka merasakan kehidupan di dunia hanyalah sekejap bagaikan sesaat di siang hari jika dibandingkan dengan kehidupan yang mereka alami semasa di padang Mahsyar.                Persoalan, berapa lamakah manusia akan berada di padang Mahsyar. Ada pendapat mengatakan ialah selama 300 tahun lamanya mengikut kiraan akhirat. Sedangkan sa...