AMALAN KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI
Di sinilah Rasulullah saw dilahirkan Erti khurafat ialah kepercayaan karut yang direka-reka dan diada-adakan yang bercanggah dengan al-Quran & al-Sunnah. Mengamalkan perkara-perkara khurafat adalah ditegah oleh syarak kerana disamping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk sepertimana tersebut di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”. Contoh amalan khurafat sebelum bertolak 1- Tidak boleh memijak bendul rumah, kalau dipijak alamat tidak akan balik semula. 2- Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh pandang kembali melihat rumah, kalau dipandang pekerjaan hajinya tidak sempurna, kerana hatinya teringat-ingat ke rumah. 3- Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai. 4- Setelah balik nanti mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang dise...