Thursday, June 9, 2011

SOLAT MENGHORMATI WAKTU : KAEDAH DAN PERATURAN

Jemaah Umrah ketika di Lapangan Terbang Jeddah

Untuk jemaah Haji atau Umrah dalam pesawat ketika pergi dan balik yang tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna tanpa berwuduk / tayammum dan tidak dapat mengadap qiblat.

i. Jika sekiranya dia menjangkakan akan sampai di tempat yang dituju dan waktu solat masih ada lagi, maka hendaklah dia menunggu sehingga sampai ke lapangan terbang itu lalu solat di situ.

ii. Jika sekiranya solat itu boleh dijamakkan dengan solat yang kedua (Zuhor & Asar, Maghrib dan Isyak) dan pesawat dijangka sampai ke destinasi sebelum habisnya waktu yang kedua, maka dia bolehlah berniat untuk melakukan Jamak Takhir.

iii. Jika solat itu tidak boleh dijamakkan seperti Subuh dan waktunya sudah hendak habis, atau waktu yang kedua pun sudah habis bagi yamg mahu buat jamak Takhir solat Zuhor dan Asar, jika sekiranya DIA SUDAH MENGAMBIL WUDUK SEBELUM MENAIKI PESAWAT ATAU MENGAMBIL WUDUK DALAM PESAWAT, dia boleh menunaikan solatnya dalam keadaan paling mampu melakukannya. Dia tidak perlu mengulangi atau mengqadak solatnya itu.

iv. Tetapi sekranya dia TIDAK BERWUDUK sebelum menaiki pesawat atau sukar baginya untuk berwuduk dalam pesawat , dia hendaklah menunaikan solatnya itu mengikut cara yang paling dia mampu dan diwajibkan MENGULANGI SOLAT ITU SEMULA JIKA MASIH ADA WAKTU ATAU MENGQADA’KANNYA JIKA SUDAH HABIS WAKTU.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.