Syukur ! Ahmad Afif Arifuddin, kelakuannya agak riuh ! Happy Family ! Siapa yang berjiran dengan saya mungkin agak terganggu dengan bunyi bising anak-anak saya. Pelbagai fi’il, ada yang suka menjerit, kuat menangis dan ada yang suka menyakat adik-adik. Itu belum lagi mendengar bunyi isteri yang marah-marah kerana meleteri anak yang bermacam ragam. Waduh pening ! Sebab itu awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada jiran-jiran, meminta maaf dengan mereka jika mereka tidak selesa berjiran dengan saya. “Alahh…, biasalah tu ustaz.., anak saya pun macam tu jugak. Sekarang ni mereka kecil lagi. Kalau dah besar macam anak ustaz, mereka pun sama juga “, kata seorang jiran suatu ketika dahulu. Walau pun begitu, di sebalik keriuhan, kenakalan dan bunyi bising anak-anak, prestasi akademik mereka menggembirakan saya. Hari ini saya meraikan kejayaan anak kedua, Ahmad Afif Amiruddin kerana berjaya mendapat 5 A dalam peperikaan UPS...