Thursday, November 1, 2012

Tazkirah buat jiran-jiran di Vila Suria !

Sumber gambar : Ust Haji Azzahar

Di pintu masuk sebuah Taman Perumahan...,

Sebuah kereta (penghuni taman perumahan) berhenti di pintu masuk utama melalui LALUAN PELAWAT. Pengawal keselamatan yang menjaga pintu masuk utama telah membuka gate membenarkannya masuk. Dengan wajah selamba dan tersengih-sengih penghuni taman ini memandu kereta menuju ke rumahnya.

Di sini ada dua kemungkinan, sama ada penghuni taman ini TIDAK MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN untuk memperolehi kad 'touch & go' atau SUDAH MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN tetapi malas menggunakan kad 'touch & go' di  LALUAN PENGHUNI. 

Tanpa disedari kelakuan dan lagak penghuni taman ini diperhatikan oleh jirannya yang selama ini  komited masuk di  LALUAN PENGHUNI  menggunakan kad  'touch &go' .

Lalu timbul di hati jiran ini,

"Amboi...., aku penat-penat buka tingkap kereta, ambil kad kemudian ' touch & go' ...., dia senang-senang aje masuk di laluan pelawat tanpa kad.., banyak cantik ".

Ulasan

Kelakuan penghuni taman yang TIDAK MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN atau SUDAH MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN TETAPI  DENGAN SENGAJA TIDAK MAHU MENGGUNAKAN kad 'touch & go'  di LALUAN PENGHUNI  secara tidak langsung  telah MENYAKITI JIRAN yang komited MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN dan menggunakan kad 'touch &go'.

Dalam sebuah hadis,

"Tidak masuk syurga sesiapa yang menyakiti jiran" (HR Tabrani)

Ada penghuni memberi alasan TIDAK MAHU MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN di Vila Suria kerana  ada kelemahan pada sistem tersebut.

Mana sistem ciptaan manusia yang tidak ada kelemahan ? Selagi manusia itu bergelar manusia, selagi itulah manusia tidak lari dari kelemahan. Malah penghuni yang menuding jari itu pun ada kelemahan.

Justeru jangan terlalu asyik bermegah memandang langit..., sekali-kala kena tunduk memandang  bumi. Dengan sikap penghuni yang TIDAK MAHU MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN  sebenarnya  telah menyusahkan jiran di sekelilingnya.

Ingat sebuah hadis Nabi saw,

"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain" (HR Baihaqi)

Dalam erti kata lain,

"SEBURUK-BURUK MANUSIA IALAH MEREKA YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN".

Wallahualam.








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.