Tuesday, November 13, 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun


Doa Akhir Tahun    

 الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا. وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوْبَ فَنَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمُ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

Erti Doa Akhir Tahun    
 Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, solawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, yang semulia-mulia Rasul,  ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraniaya kami menderhakai-Mu maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan ya Allah wahai Tuhan yang Maha Pemurah dan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah.
Dan Allah memberi selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam. 

Doa Awal Tahun    

 الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبْدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَارَةِ بِالسُّوْءِ وَالْإِشْتِغَاِل بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
 وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

Erti Doa Awal Tahun    
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, solawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w,yang semulia-mulia Rasul,  ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sedia kala) dan yang awal dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepemurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami memohon kepada-Mu agar dipelihara kami daripada syaitan yang direjam , para penolongnya dan tentera-tenteranya dan kami  memohon pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke   arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu dengan sehampir-hampirnya wahai Tuhan yang empunya kemuliaan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi.
Dan Allah memberi selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w serta kaum keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian. Dan segala puji itu bagi Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.