Ust Mohd Nor Idris yang saya kenal

















Mohd Nor Idris, pemidato yang 'hebat'

Selepas menduduki SPM pada tahun 1989, saya bersama rakan-rakan ke Pusat Bahasa Arab Nilam Puri Kelantan untuk mendalami Bahasa Arab. Kami di negeri Cik Siti Wan Kembang ini selama 3 bulan.

Pada tahun 1990, isu 'Tahaluf Siasi' antara PAS dan Semangat 46 (UMNO lama)menjadi hangat.

Segelintir ahli-ahli PAS tidak bersetuju parti ini menjalinkan hubungan dengan parti Semangat 46 (UMNO lama).

Kumpulan ini diketuai oleh Ust Mohd Nor Idris pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai ISLAH.

Antara alasan penentangan kerana parti Semangat 46 (UMNO lama) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah banyak dosanya dengan orang-orang Melayu khususnya PAS.

Antara dosa besar parti UMNO (lama) ialah membunuh Tuan Guru Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985.

Justeru satu perhimpunan besar-besaran telah di adakan di suatu tempat, kalau tidak silap di perkarangan rumah Ust Mohd Nor Idris sendiri.

Di atas balkoni rumah dua tingkat ini, terpampang logo parti PAS yang di simen, menunjukkan betapa taksubnya penghuni rumah itu kepada parti yang di dokongnya.

Saya sampai di tempat ini sekitar waktu Asar. Tujuan saya hanyalah sekadar ingin mengetahui perkembangan isu ini dari dekat.

Majlis yang bermula selepas solat Maghrib telah dihadiri lebih kurang 3 ke 4 ribu orang. Mereka datang dari seluruh negeri Kelantan. Mungkin ada yang datang dari luar.

Sebelum majlis ceramah berlangsung, solat hajat berjemaah memohon agar Allah SWT memberi pertunjuk kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah diadakan.

"Ya Allah berilah hidayah hidayah kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz agar memutuskan hubungan silaturrrahim dengan parti Semangat 46 (UMNO lama)", demikianlah doa yang dipanjatkan.

Selepas sahaja solat Hajat, majlis ceramah dimulakan dengan ucapan pidato dari seorang Ustaz (mungkin guru pondok) menyatakan sebab-sebab penentangan beliau ke atas kepimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Selepas itu bermulalah ucapan Ust Mohd Nor Idris yang ‘berapi-rapi’ membidas Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Ucapannya diselang seli dengan laungan takbir Allahu Akbar oleh mereka yang hadir.

Antara ucapan Ust Mohd Nor Idris yang masih segar dalam ingatan saya ialah, 'UMNO parti kafir', 'Nik Aziz bodoh', 'jahannam UMNO' , 'Barisan Nasional toghut' dan sebagainya.

Hari ini...

Semua itu sudah pun menjadi lipatan sejarah.

Hari ini Ustaz Mohd Nor Idris sudah pun berada dalam parti UMNO, parti yang pernah dikafirkannya dahulu.

Saya menggeleng kepala. Inilah lumrah dunia...

Benarlah kata Tan Sri SM Salim dalam senikata lagunya, "Dulu lain.., sekarang lain..."

Para pembaca sekalian,

Apa yang saya tulis ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman.

Tiada tujuan lain.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu