Posts

Showing posts from 2010

BSN Ampangan meletup : Terima kasih dan tahniah PDRM !

Image
BSN Ampangan (Cawangan Perbankan Islam)terbakar hangus! Minggu lepas, minggu yang penuh cabaran bagi kami Anak-Anak Hajah Sariah. Manakan tidak, salah seorang daripada ahli keluarga kami Norizah binti Mansor, Pengurus BSN cawangan Ampangan menerima ujian yang paling hebat apabila dipanggil oleh polis kerana kehilangan wang sejumlah lebih RM 200,000. Wang itu disimpan di peti besi yang sedikit pun tidak ada kesan kebakaran atau pun diumpil. Hairan bin Ajaib ! Bagaimana wang itu boleh hilang sedangkan hanya kakak saya sahaja yang memegang kunci itu. Siapa yang ambilnya ? Orang dalam ? Kalau orang dalam, siapa ? Lantas mata tertumpu kepada ..... Hari Khamis malam Jumaat , 23.12.2010 Hampir semua adik beradik berkumpul di rumah mak. Masing-masing berwajah muram kerana kami percaya ahli keluarga kami tidak bersalah. Dia sebenarnya teraniaya. Kami mendirikan solat Hajat dan membaca Yasin. Kami berdoa bersungguh-sungguh supaya Tuhan tunjukkan kebenaran. “Ya Allah …, Engkau pandanglah k...

Majlis Penutup Perkampungan Al-Quran

Image
Amir menerima hadiah saguhati pertandingan hafazan Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Rasulullah s.a.w., ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah SWT. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah SWT. Sekali lagi tampil ke hadapan untuk menerima cenderamata daripada Dato' Mufti Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim. Sebagai ibubapa, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Masjid Qaryah Sikamat yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Semoga kalian semua menjadi anak yang soleh

Pluralisme Agama : Menafikan perjuangan Nabi

Image
Dr. Uthman Muhammady, antara ulama yang gigih menentang 'Pluralisme Agama' melalui pena, seminar dan diskusi ilmiah Dewasa ini muncul fahaman sesat yang meresapi sebahagian kecil umat Islam di negara kita. Fahaman ini dikenali sebagai fahaman ‘Pluralisme Agama’ yang menganggap bahawa semua agama di dunia ini adalah sama dan sedarjat. Doktrin sesat Dengan memetik beberapa ayat Al-Quran serta menyelewengkan tafsirannya, pendokong fahaman ini mendakwa semua agama baik Islam, Kristian, Yahudi , Buddha atau Hindu, mengajar manusia menyembah Tuhan yang sama dan melakukan kebaikan. Cuma cara dan metodnya sahaja yang berbeza. Hakikatnya, di akhirat semua penganut agama ini bakal memperolehi pahala dan berpeluang masuk ke syurga. Perlu ditentang Fahaman sesat ini perlu ditentang kerana ia bercanggah dengan Al-Quran dan juga Hadis. Sesungguhnya Allah SWT hanya mengiktiraf agama Islam sahaja sebagai agama yang diredai-Nya. Tidak ada agama lain yang boleh membawa kesejahteraan kepada ...

Marah dan hakikatnya

Image
Tidak semua marah dilarang Dalam sebuah hadis, عن أبي هريرة رضي الله عنه , أن رجلا قال للنبي (ص) : أوصني ! قال : لا تغضب ! فردد مرارا . قال : لا تغضب ! Maksudnya : DaripadaAbu Hurairah r.a bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabii saw : Berpesanlah kepadaku ! Jawab baginda : Jangan marah !. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta di pesan, maka baginda masih tetap berkata-kata : Jangan marah ! (HR Bukhari) Dalam sebuah hadis lain yang dikeluarkan oleh At-Tabrani, دلني على عمل يدخلني الجنة , قال : لا تغضب ولك الجنة Maksudnya : Tunjukkanlah saya satu amalan yang bakal menyebabkan saya memperolehi syurga. Sabda Nabi saw : Jangan marah, nescaya engkau masuk syurga. Disebut dalam hadits dari Ibnu Mas’ud r.a Nabi saw bersabda : “Tahukah kamu siapa yang paling kuat di kalangan kalian ? Sahabat menjawab : Mereka ialah yang paling kuat gustinya. Baginda bersabda : Bukan begitu, tetapi orang yang paling kuat ialah mereka yang boleh mengendalikan nafsunya ketika mar...

Mereka yang terkhilaf

Image
Selamat Hari Jadi Ahmad Afif Arifuddin, 4.12.2004 “Seorang mualaf 32 tahun, baru sahaja memeluk Islam (tanpa pengetahuan keluarga) pada bulan Ramadhan yang lalu. Bekerja di Hospital Swasta Seremban. Beliau sedang mencari jodoh yang berusia 30 tahun ke bawah. Utk keterangan lanjut dan No H/Pnya sila hubungi saya” Para pembaca sekalian…, Apa yang saya catat ini merupakan kisah benar yang berlaku dalam hidup saya. Semenjak saya mengiklankan hasrat seorang mualaf yang mahu mencari jodoh dua bulan yang lalu, bermacam-macam panggilan telefon, email dan sms yang saya terima. Ada yang benar-benar memahami maksud iklan yang tertera di atas, di samping ada juga yang tidak memahaminya. Mereka sangkakan sayalah mualaf yang dimaksudkan. Mereka sebenarnya terkhilaf. Bayangkan seorang gadis menghantar email yang maksudnya begini, “Ustaz…, ustaz kata ustaz seorang mualaf. Baru masuk Islam bulan puasa yang lalu. Tapi bila saya baca kisah hidup ustaz, ustaz pernah belajar di sekolah agama. Macam...

Celakanya Abu Lahab

Image
Gambar hiasan Tafsir Al-Quran Surah Al-Lahab ayat 1-5 Firman Allah SWT, "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. (1) Tidak ada gunanya harta itu kepadanya dan juga apa yang diusahakannya.(2) Dia kelak akan masuk ke dalam api neraka yang lidah apinya menjulang-julang. (3) Dan juga isterinya, pembawa kayu api.(4) Pada lehernya ada tali dari tali yang dipintal" (5). Latar belakang ayat Surah ini disebut juga surah Tabbat (binasa) dan Al-Masad (tali yang dipintal). Ia merupakan surah ke 111 yang mengandungi 5 ayat dan diturunkan di kota Mekah. Ibnu ‘Abbas meriwayatkan ketika Nabi saw telah keluar ke kaki bukit Safa menyeru orang-orang Quraisy menyembah Allah SWT. Nabi saw bertanya kepada mereka, “Jika aku katakana kepada kamu semua bahawa musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?”. Orang-orang Quraisy menjawab, “Ya kami percaya!”. Rasullah saw menyambung lagi...

Jauhi perkara Syubhah !

Image
Gambar hiasan Dalam sebuah hadis, عن أبي عبد الله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال , سمعت رسول الله (ص) يقول : إن الحلال بين و إن الحرام بين , وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس. فمن التقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه , ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام , كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه. ألا وإن لكل ملك حمى , الا وإن حمى محارمه ! الا وإن فى الجسد مضغة , إذا صلحت صلح الجسد كله , وإذا فسدت فسد الجسد كله , الا وهى القلب Maksudnya : “ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya da...

Orang kaya dan miskin yang Zuhud

Image
Pagi ini saya diminta mengggantikan Ust Ismail Kamus yang tidak dapat hadir kerana menunaikan fardhu Haji di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi. Sabda Rasulullah saw, عن أبي العباس سهل بن سعد الساعدي رضي الله عنه قال : جا ء رجل إلى النبي (ص) , فقال يا رسول الله دلني على عمل إذا عملته أحبنى الله وأحبنى الناس . فقال : إزهد فى الدنيا يحبك الله وازهد فيما عند الناس يحبك الناس Maksudnya : Daripada Abu Abbas, Sahel bin Saad r.a berkata : Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw seraya berkata : Ya Rasulullah, tunjukkanlah aku suatu amalan jika aku kerjakan nescaya aku dicintai Allah dan dicintai orang ramai. Bersabda Rasulullah saw, Berlaku zuhudlah di dunia, nescaya enkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia, nescaya engkau dicintai orang ramai. (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Latar belakang perawi Hadis Hadis ini diriwayatkan oleh Sahel bin Saad as-Sa’idi yang di gelar Abu Abbas . Beliau merupakan salah seorang sahabat dari kalangan Ansar. Nama asalnya iala...

Di hari pertama Eidul Adha 1431H

Image
Berkumpul di rumah mak pada malam raya Malam Raya Haji, kami adik beradik berkumpul di rumah mak di Taman Perwira untuk program Takbir, solat Hajat dan Tahlil. Selepas solat Isyak semua adik beradik menikmati jamuan makan malam dengan lauk pauk yang di bawa dari rumah masing-masing. Pagi Raya Haji Khutbah Eidul Adha di Surau Kolej Tuanku Jaafar Tahun ini saya bertugas mengimami solat Eidul Adha di Kolej Tuanku Jaafar, Mantin. Justeru seawal pukul 7.00 pagi saya sudah bertolak dari rumah ke tempat kerja dengan ditemani oleh dua orang anak lelaki. Solat Eidul Adha bermula pada pukul 8.15 pagi. Majlis di akhiri dengan Jamuan Hari Raya yang disediakan oleh pihak Kolej di Dining Hall. Sebahagian pelajar KTJ Menikmati jamuan raya di Dining Hall Nik Nur Madihah (bertudung labuh), pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan (22 A) Setelah selesai betugas, saya menuju pula ke Surau Kolej Height Sikamat untuk menyembelih dua ekor lembu korban. Surau ini dipimpin oleh Pengerusi baru yang dike...

Tahniah Akak !

Image
Akak Pagi tadi saya keluar ke tempat kerja dengan rasa gembira kerana keputusan UPSR bakal diumumkan hari ini. "Keputusan belum diumumkan lagi ayah engkau dah tersenyum-senyum", kata isteri pada anak sulong yang dipanggil akak. Saya menjawab, "Ayah yakin, akak mesti dapat 5 A....". Ya, sebagai bapa saya sangat tahu potensi akak dalam pelajaran. Dari dulu keputusan peperiksaan akak tidak pernah menghampakan. "Ayah jangan terlampau mengharap", kata akak yang bersekolah di SRI Seremban. Tengah hari tadi Akak menelefon saya. "Cuba ayah teka.., akak dapat berapa A ?". "Mestilah dapat 5 A...", jawab saya. "Betul...", jawab akak gembira. Syukur Al-hamdulillah.

Kisah kami

Image
Rumah mak di Taman Perwira Tujuan saya menulis ini bukanlah apa, hanya sekadar memberi perangsang kepada anak-anak dan juga anak-anak buah supaya gigih berusaha, belajar dan juga menuntut ilmu. Janganlah hanyut dengan kesenangan dan keseronokan duniawi. Bersyukurlah dengan apa yang diberi oleh ibu bapa masing-masing dan belajarlah hidup berjimat cermat. Ingat, orang yang berjimat cermat pasti hidup mereka di berkati Allah. 30 tahun dahulu Saya dibesarkan dalam keluarga yang susah. Arwah abah tidak bekerja kerana sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang berpanjangan. Pernah juga arwah arbah cuba berniaga kedai runcit, tidak jauh dari Balairaya Jalan Jelebu (sekarang Taman Zaiton), tetapi akhirnya ditutup kerana tiada pelanggan. Saya dan Kak Edah Ketika itu satu-satunya ahli keluarga yang berkerja ialah kakak saya Noraidah (Kak Edah). Sebagai buruh kasar di kilang Senawang gajinya hanya cukup untuk membayar duit sewa rumah dan belanja dapur. Itu sahaja. Abang sa...

Golongan yang terputus

Image
Tafsir Al-Quran Surah Al-Kauthar : 1-3 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). [1]Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [2]Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)”. [3] Latar belakang ayat. Surah Al-Kauthar ertinya ‘Nikmat yang Banyak’, merupakan surah yang ke 108, diturunkan di Mekah dan merupakan surah yang paling pendek dengan hanya mengandungi tiga ayat sahaja. Ayat ini turun kerana kaum musyrikin Mekah sentiasa memburuk-burukkan Rasulullah saw dengan mengatakan semua pengikut baginda terdiri dari kalangan orang yang lemah dan miskin, hanya bberapa kerat sahaja yang berharta. Kalau betullah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw itu benar tentulah ramai golongan bangsawan yang terdiri daripada pembesar kaum dan Raja yang memeluk Islam. Hakikatnya y...