Hidad - Wajib ketika berkabung






















Firman Allah SWT,

“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan” (Al-Baqarah 234)

Dalam sebuah hadis,

لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تحد على ميت فوق ثلاث إلا على زوج أربعة أشهر وعشرا

Maksudnya : Tidak harus bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian berkabung aatas kematian seseorang lebih daripada tiga malam (tiga hari) melainkan atas kematian suami; isteri wajib berkabung empaat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari dan Muslim)

Huraian

Islam membuat peraturan mana-mana perempuan yang kematian suami, mereka diwajibkan berkabung dalam tempoh edah iaitu selama empat bulan sepuluh hari atau sehingga lahir kandungannya jika si isteri itu sedang hamil.

Tujuan Islam meletakkan peraturan ini bukan sahaja untuk melahirkan perasaan dukacita di atas kematian suami, tetapi juga untuk menjaga dirinya agar tidak dipengaruhi oleh lelaki lain untuk bernikah sebelum tamat tempoh edah.

Tetapi jika wanita itu tidak ada perasaan untuk bernikah lagi, maka anggaplah peraturan ini adalah sebagai ta’abudi iaitu menjujung perintah Allah dan Rasul-Nya.

Bagaimana cara berkabung ?

Cara berkabung bagi isteri yang kematian suami itu ialah dengan meninggalkan segala perhiasannya yang biasa di pakai seperti barang-barang kemas atau pakaian-pakaian yang cantik (yang biasa dipakai di majlis keramaian), tidak boleh bercelak mata melainkan kerana tujuan perubatan, tidak boleh bermekap (apa sahaja bedak yang boleh menambahkan seri wajah), berinai dan memakai wangi-wangian.

Dengan kata lain apa sahaja bentuk perhiasan adalah haram di pakai oleh wanita tersebut selama dalam tempoh edah. Mereka juga di larang keluar rumah melainkan sekiranya mahu bekerja untuk mencari nafkah.

Mereka juga di larang keluar daripada rumah pada waktu malam melaainkan dia ke rumah jirannya dengan tujuan yang dibenarkan seperti mahu menjahit pakaian, bercakap sesuatu perkara yang penting atau sebagainya dengan syarat tidak ada lelaki di tempat tersebut yang dapat berbual-bual atau beramah mesra dengannya. Dan selepas selesai urusan di tempat itu, dia dikehendakki pulang dan bermalam di rumahnya sendiri. Selain daripada perkara itu hukumnya adalah haram.

Begitu juga Islam meletakkan peraturan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga si mati selama tiga hari, tidak lebih daripada itu.

Justeru, makruh hukumnya barangsiapa yang mengucapkan takziah selepas tiga hari kerana ia hanya akan menimbulkan rasa sedih yang berpanjangan kepada keluarga si mati, kecuali jika yang menyampaikan takziah itu baru mengetahui kemaatian seseorang atau baru tiba dari perjalanan musafir yang jauh.

Wallahualam.

Petikan kuliah Maghrib,
Surau Al-Amin
5.6.2010

Comments

Popular posts from this blog

KENA FAHAM BAIK BAIK, AZAN PERTAMA HARI JUMAAT BELUM MASUK WAKTU ZUHOR !

UMRAH : CARA MENYAMPAIKAN KIRIMAN SALAM KEPADA RASULULLAH

Hukum menipu