Posts

Showing posts from December, 2011

Kisah Lembu Betina

Image
Gambar hiasan Tafsir Al-Quran Al-Baqarah 67-71 Firman Allah SWT "Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina . Mereka berkata : Adakah engkau hendak mempersenda-sendakan kami ? Nabi Musa menjawab : Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (melakukan sesuatu yang tidak patut.(67) Mereka berkata pula : "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu ? Nabi Musa menjawab : Bahawasanya (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya"(68) Mereka berkata : Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan kepada kami apakah warnanya ? Nabi Musa menjawab : Sesungguhnya Allah SWT memberitahu lembu itu ialah lembu betina bewarna kuning (bersangatan kuningnya) – me...

‘Pluralisme Agama’ dan kisah hari Sabtu

Image
Tafsir Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 62-66 Firman Allah SWT, “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(62)Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): “Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.(63)Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), ...

Mari memahami apa erti Islam

Image
Islam adalah agama samawi yang diturunkan oleh Allah SWT. Ia berfungsi sebagai nikmat, rahmat, hidayah dan pertunjuk bagi sekalian insan. Agama ini wajib dianuti oleh seluruh makhluk yang bergelar manusia, tanpa kira di mana mereka berada. Mencari agama lain selain Islam menyebabkan seseorang itu sesat dan rugi. Firman Allah SWT, “Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.(Surah Ali ‘Imran : 85) Nama ‘Islam’ bukan direka oleh mana-mana manusia. Tetapi nama ini datangnya daripada Tuhan Pemilik sekalian alam. Kalimah Islam tidak terikat pada sesuatu tempat, atau terbatas dengan nama seseorang, keturunan, suku mahu pun sesuatu bangsa seperti yang ada pada agama-agama lain. Misalnya agama Zoroaster yang lahir di Parsi disandarkan kepada pengasasnya yang bernama Zoroaster, meninggal dunia pada 583 SM. Agama Buddha berasal dari nama pelopornya Siddharta Gauthama Buddha yang lahir ...

Kisah Samiri dan taubat di zaman Nabi Musa

Image
Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 50-56 Firman Allah SWT, “Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.(50)Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).(51)Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.(52)Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.(53)Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: ” Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menye...

Islam tidak menyisihkan dunia

Image
Syariat Islam tidak hanya menyuruh umatnya beramal untuk ukhrawi tetapi juga duniawi. Dalam menuntut kebahagiaan akhirat, Allah SWT menggesa supaya tidak melupakan nasib dan kehidupan di dunia. Firman Allah SWT, “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia..”(Surah Al-Qasas :77) Hal ini juga terbukti melalui doa yang dibaca oleh setiap mukmin selepas menunaikan solat. Firman Allah SWT, , “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. (Surah al-Baqarah : 201) Oleh itu Islam menggesa manusia berusaha mencari rezeki yang telah dilimpahkan oleh Allah SWT dan mengerjakan amal-amal kebajikan yang mendatangkan pahala dan membawa keselamatan di akhirat kelak. Islam tidak mahu umatnya hanya duduk dan berdoa sahaja mengharapkan rezeki dari langit tanpa usaha ke arah itu. ...

Khabar gembira dari Allah !

Image
Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 25-29 Firman Allah SWT, “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.(25)Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): T...

UMRAH RAMADHAN 2012 DI BUKA SEKARANG

Image

Hukum Hudud : Surat Terbuka buat Presiden MCA

Image
Tuan Presiden MCA Tuan Presiden, Saya dan berjuta umat Islam di Malaysia sungguh kesal apabila Tuan Presiden dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan hukum hudud yang wajib kami imani sepenuhnya. Sesungguhnya kami betul-betul merasa teringgung dengan kenyataan Tuan Presiden yang mengatakan hukuman ini zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dakwa Tuan Presiden, jika hukuman hudud dilaksanakan di negara kita, maka ramailah pelabur-pelabur asing akan meninggalkan Malaysia kerana takut kepada hukuman itu. Untuk makluman Tuan Presiden, memang hukuman Allah SWT ini sungguh menakutkan. Itulah antara hikmah mengapa Tuhan Semesta Alam mensyariatkan hukuman ini di dalam al-Quran, supaya manusia tidak melakukan jenayah, kemungkaran dan juga kejahatan. Tetapi hukuman ini wahai Tuan Presiden, hanya menakutkan kepada mereka yang melakukan jenayah seperti perompak, penyamun, penzina, pelacur dan sebagainya sahaja. Ada pun bagi mereka yang tidak melakukan kesalahan jenayah, tidak ada apa yang perlu d...

Gerhana bulan : Banyak-banyak taubat, ingat mati !

Image
Gerhana bulan tanda kebesaran Allah SWT Di zaman Rasulullah SAW, apabila berlaku kejadian gerhana, baginda akan berdoa sehingga mengalirkan air mata kerana bimbang Allah SWT akan mengazab umatnya di sebabkan dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Ini menunjukkan betapa perlunya kita sebagai umat yang dikasihinya agar memohon keampunan daripada Allah SWT, bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan. Bertaubat dalam Islam bukan hanya menyebutnya di lidah tanpa pembuktian melalui amal dan perbuatan. Taubat hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Segala kesalahan yang dilakukan hendaklah dikesali dengan sepenuh-penuh kesal dan berazam tidak mahu mengulanginya semula. Jika seseorang itu ada melakukan kesalahan dengan manusia maka hendaklah memohon maaf kepada orang yang dilakukan kesalahan itu bersungguh-sungguh. Di samping bertaubat, dianjurkan juga supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara kebajikan iaitu berdoa, berzikir, bers...

Solat dan khutbah 'Gerhana Bulan' di Masjid Negeri

Image
PENDAHULUAN Bulan adalah satu jirim di mana permukaannya berbatu batan dan berbentuk bulat. Permukaannya sejuk melainkan permukaan yang bertentangan dengan matahari. Ia berpusing atau beredar pada tempat peredarannya (manzilah). Firman Allah SWT, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui”. (Surah Yunus : 5) Ayat ini menjelaskan bahawa pergerakan bulan yang mengelilingi bumi bertujuan untuk memberi faedah kepada manusia mengetahui bilangan hari, bulan musim dan tahun. Dengan itu bagi golongan yang beriman, mereka boleh mengetahui masa untuk beribadat seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan Haji di Baitullah, mengetahui habisnya tempoh edah, sewa menyewa, gadai menggadai, upah meng...

Umrah dan kuliah Ilmu di kota suci

Image
Labbaikallahummalabbaik ...! Tarikh : 3 – 13 April 2012 Jumlah hari : 11 H / 10 M Penerbangan : MAS Harga : RM 4800.00 Tempat bermiqat : Qarnul Manazil Pembimbing : Ust Hj Hishamuddin Mansor Alhamdulillah, setakat ini jumlah penyertaan sudah pun seramai 20 orang. (11 orang mendaftar dengan saya dan 9 orang lagi mendaftar dengan KRS). Pendaftaran masih di buka sehingga 3 minggu sebelum berangkat. Tentative program seperti berikut : HARI 01 :: KUALA LUMPUR – JEDDAH Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bersiap dengan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah sebelum bertolak. Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh pegawai umrah Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan. Selepas berehat jemaah akan dibawa oleh pembimbing untuk menyempurnakan ibadat umrah yang pertama. HARI 02 :: MEKAH Selepas sarapan pagi – Lawatan di sekitar Masjidil Haram seperti rumah kelahiran Rasulullah saw, p...

Hidup adalah ujian

Image
Dunia adalah medan ujian. Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk menerima ujian-Nya. Allah SWT akan menguji manusia dari semasa ke semasa tanpa diketahui masa dan bagaimana bentuknya. Ujian adalah latihan, pendidikan dan tarbiyah daripada Allah SWT yang tidak diperolehi dari mana-mana Universiti terhebat di dunia. Sama ada suka atau tidak setiap individu perlu bersiap sedia untuk menerima ujian daripada Allah SWT ini. Firman Allah SWT , “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Surah al-‘Ankabut : 3) Ibarat mereka yang menduduki peperiksaan akademik, tentu ada yang lulus dan gagal dalam peperiksaannya. De...

Semboyan PRU 13 telah dibunyikan !

Image
Shahrizat Jalil, mahu selak kain ! Saya sudah lama tidak menulis hal politik. Bagi saya sudah terlalu ramai orang politik menulis mengenainya. Biarlah saya fokus dalam tulisan-tulisan yang bercorak keagamaan. Namun apabila Dato’ Seri Najib sudah meniup ‘semboyan perang’ dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil pula mahu ‘selak kain’, maka naluri saya untuk menulis isu politik kembali 'berahi'. Tapi saya tidaklah seperti penulis-penulis politik lain yang membicarakan pelbagai isu nasional. Dari isu bantuan RM 100, isu lembu-lembu NFC milik suami Ketua Wanita UMNO, sehinggalah kepada isu gosip pernikahan Tan Sri Musa Hasan dengan seorang artis jelita yang kemudiannya dinafikan oleh mantan Ketua Polis Negara ini. Saya cuma penulis politik kampung sahaja, yang mengulas isu-isu politik di kawasan saya, Sikamat. PKR dan UMNO bakal bertempur di Sikamat Di pihak UMNO, saya difahamkan beberapa orang sudah mula mempromosi diri masing-masing. Antaranya Kak Bibah, pemandu bas sekolah di Taman ...