Tuesday, December 6, 2011

Umrah dan kuliah Ilmu di kota suci

Labbaikallahummalabbaik ...!

Tarikh : 3 – 13 April 2012
Jumlah hari : 11 H / 10 M
Penerbangan : MAS
Harga : RM 4800.00
Tempat bermiqat : Qarnul Manazil
Pembimbing : Ust Hj Hishamuddin Mansor


Alhamdulillah, setakat ini jumlah penyertaan sudah pun seramai 20 orang. (11 orang mendaftar dengan saya dan 9 orang lagi mendaftar dengan KRS). Pendaftaran masih di buka sehingga 3 minggu sebelum berangkat.

Tentative program seperti berikut :

HARI 01 :: KUALA LUMPUR – JEDDAH

Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bersiap dengan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah sebelum bertolak.

Setibanya di Jeddah, jemaah akan disambut oleh pegawai umrah Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan. Selepas berehat jemaah akan dibawa oleh pembimbing untuk menyempurnakan ibadat umrah yang pertama.

HARI 02 :: MEKAH

Selepas sarapan pagi – Lawatan di sekitar Masjidil Haram seperti rumah kelahiran Rasulullah saw, perkuburan Ma’la.

Jemaah bebas untuk beribadat.

Program kuliah

HARI 03 :: MEKAH

Selepas sarapan pagi – Lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina. Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan umrah kedua. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Program kuliah

HARI 04 :: MEKAH

Jemaah digalakkan berada di Masjidil Haram lebih awal untuk menunaikan solat Jumaat.

Program kuliah

HARI 05 :: MEKAH

Selepas sarapan— Lawatan ke ladang ternakan unta di Hudaibiyah dan muzium Mekah, kilang kelambu Kaabah (tertakluk kepada kebenaran). Seterusnya bermiqat di Hudaibiyah untuk umrah ke tiga. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Program kuliah

HARI 06 :: MEKAH

Acara bebas. Jemaah digalakkan mengerjakan ibadah di Masjidil Haram seperti membaca Al-Quran, tawaf sunat, zikir dan sebagainya. Sesiapa yang ingin mengerjakan umrah kali berikutnya boleh berniat di Tanaim.

Program kuliah

HARI 07 :: MEKAH

Acara bebas

Program kuliah

HARI 08 :: MEKAH – MADINAH

Selepas solat Subuh jemaah dikehendaki mengerjakan tawaf wada’ kemudian bersiap menuju ke Madinah dan dijangka sampai menjelang Maghrib.

HARI 09 :: MADINAH

Selepas sarapan—lawatan ke sekitar Masjid Nabawi, menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi.

Program kuliah

HARI 10 :: MADINAH

Selepas sarapan pagi—lawatan ke Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

Program kuliah dan taklimat pulang

HARI 11 :: MADINAH – KUALA LUMPUR

Jemaah dinasihatkan menyempurnakan ziarah wada’ sebelum meninggalkan Madinah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Madinah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan.

Jadual tertakluk kepada sebarang perubahan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.