Wednesday, December 14, 2016

Perang Uhud, Strategi Nabi


Ketika Nabi SAW mempengerusikan 'mesyuarat perang', baginda mencadangkan kepada para sahabat supaya berperang sahaja di dalam kota Madinah, tidak perlu keluar. Logiknya apabila tentera musyrikin masuk ke kota ini nanti, mereka seolah olah masuk ke dalam kubur mereka sendiri.

Sebagai orang luar, musyrikin Mekah tidak tahu kedudukan geografi kota Madinah. Mereka tidak tahu di mana lokasi tentera Islam berkubu. Peluang ini akan diambil oleh tentera Islam untuk membunuh mereka seramai yang mungkin.

Kalau ikut strategi Nabi ini, tentera Islam akan menang dengan mudah. Tetapi majoriti sahabat, khususnya 'golongan muda', mahu supaya tentera Islam bertempur di luar kota Madinah. Mereka mahu mengulangi kemanisan menang dalam perang Badar. Nabi SAW menerima keputusan mereka ... , Nabi akur dengan kehendak syura.

Jom umrah bersama saya pada 30 Mac-9 April 2017, penerbangan Flynas terus ke Madinah, harga RM5550, Hotel Mekah Jawharat Misfalah 350m dan Madinah Rawasi as Safeer 60m. Hubungi/whatsapp 0196404133

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.