Posts

Puisi Maal Hijrah : Baru kau tahu bumi itu bulat !

Kawan..., Dulu kau sombong Dulu kau bercakap meninggi suara Dulu kau mendongak ke langit Dulu kau berada di awang-awangan Dulu kau tengking aku Dulu kau sakitkan hatiku Dulu kau hina aku Dulu kau remehkan aku Dulu kau tak layan aku Ya lah…,  aku sedar kau siapa Kau ada segala-galanya,kau ada pangkat, kau ada kuasa Kau hebat ! Tapi itu dulu… Sekarang kau sudah jatuh terjelupuk Sekarang kau sudah tersembam ke bumi Entah bila mahu bangkit semula Justeru…, Hari ini kau rayu aku, Hari ini kau teringatkan Hari kau hubungi aku Hari ini kau mohon simpati daripadaku Hari ini kau menangis di depanku Hari ini kau minta tolong daripadaku Kawan..., Atas semangat hijrah Aku hulurkan salam kemaafan Ikrar dijanji Kerjasama bertaut semula Insya Allah aku berazam untuk sedia membantu Membangunkan dirimu yang baru tersentak Rupa-rupanya bumi ini bulat !

Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun        الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلَنَا. وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوْبَ فَنَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.   Erti Doa Akhir Tahun        Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, solawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muham...

Janji Allah kepada Nabi

Image
Tafsir  Al-Quran  Surah al-Fath : 27-28 Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya bahawa kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram dengan izin Allah secara aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, tanpa perasaan takut. Dan Allah mengetahui apa yang kamu tidak tahu dan di samping itu Dia akan memberikan satu kemenangan dalam masa yang terdekat kepadamu (27) Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa pertunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi (28) Huraian ayat             Firman  Allah SWT,                                        “Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya …..”  ...

Tazkirah buat jiran-jiran di Vila Suria !

Image
Sumber gambar : Ust Haji Azzahar Di pintu masuk sebuah Taman Perumahan..., Sebuah kereta (penghuni taman perumahan) berhenti di pintu masuk utama melalui LALUAN PELAWAT.  Pengawal keselamatan yang menjaga pintu masuk utama telah membuka gate membenarkannya masuk. Dengan wajah selamba dan tersengih-sengih penghuni taman ini memandu kereta menuju ke rumahnya. Di sini ada dua kemungkinan, sama ada penghuni taman ini TIDAK MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN untuk memperolehi kad 'touch & go' atau SUDAH MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN  tetapi malas menggunakan kad 'touch & go'  di  LALUAN PENGHUNI.  Tanpa disedari kelakuan dan lagak penghuni taman ini diperhatikan oleh jirannya yang selama ini  komited masuk di   LALUAN PENGHUNI   menggunakan kad   'touch &go'  . Lalu timbul di hati jiran ini, "Amboi...., aku penat-penat buka tingkap kereta, ambil kad kem...

Keluhan hati Mike Tyson ......

Image
Tan Sri Haji Muhammad Taib bersama anaknya Azri (11 tahun) dan Arif (14 tahun) Semasa perjumpaan ibu bapa dan guru semalam, sempat saya bertanya Tan Sri Haji Muhammad Taib (TSHMT) mantan Menteri Besar Selangor tentang isu-isu politik semasa.  Demikianlah wawancara tidak rasmi saya. Saya : Apa perkembangan Tan Sri  ? TSHMT :  Macam nilah...., sejak bersara dari politik, saya buka kilang di Nilai. Saya : Tan Sri tak mahu aktif dalam politik lagi ? TSHMT : Tak payahlah...., dahlah tu..., saya dah 40 tahun bergelumang dalam politik. Cukuplah..., bagilah orang lain pulak. Saya : Apa pandangan  Tan Sri dengan perkembangan politik di Selangor. TSHMT : Susah...., susah BN nak menang. Sesama mereka 'bergasak'.... Saya : Apa pula pandangan Tan Sri dengan politik di Negeri Sembilan ? TSHMT : Sama juga macam di Selangor, silap-silap boleh 'bungkus'. Saya : Kenapa pula ? TSHMT : Yalah...., masing-masing ada klik. Klik Mat Hasan, klik Rais Yatim, klik Isa...

Bersegera memohon keampunan Allah

Image
  Tafsir Al-Quran Surah Ali Imran : 133-136 “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa (133) (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), pada masa senang susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan mereka yang melakukan kesalahan kepadanya. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang melakukan kebaikan (134)  Dan (juga) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa mereka selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya) (135) Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sedang mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik (balasan) bagi orang y...