Posts

Showing posts from June, 2009

Kedengkian Yahudi terhadap Islam

Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 109 – 112 Firman Allah SWT, Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad saw). Oleh itu maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (109) . Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat; .dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala sesuatu yang kamu kerjakan (110) Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata : Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad) : Bawalah kemari keterangan-keteran

Surah yg tidak dimulai dengan Bismillah

Tafsir Al-Quran Surah At-Taubah Ayat 1 - 6 Pengenalan surah : Para ulama telah membuat kajian mengapa surah Al-Taubah tidak dimulai dengan “Bismillahir Rahmanir Rahim”. Antara lain kerana di dalamnya ada menyebut mengenai perang, selain ada ayat-ayat yang menunjukkan kekuatan. Oleh itu ia dikira bercanggah dengan semangat “Basmalah”, kerana “Bismillahir Rahmanir Rahim” itu bererti “Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani”. Sedangkan berperang itu tidak ada kasihan belas, tetapi saling berusaha dengan segala kekuatan dan strategi untuk menewaskan pihak yang lain. Surah At-Taubah menyentuh secara langsung persoalan politik yang melibatkan umat Islam yang berada di bawah pimpinan Rasulullah saw dengan orang-orang kafir musyrikin Mekah. Surah ini menjadi dalil bahawa urusan politik adalah sebahagian daripada urusan agama yang kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Catatan sejarah menunjukkan semenjak Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, baginda hanya mengerjakan Umrah sekal

Nabi Adam a.s tidak berdosa

"Kalaulah tak kerana Nabi Adam makan buah khuldi, kita semua sudah tentu tinggal dalam syurga", kata-kata yang sering saya dengar sewaktu kecil. Benarkah Nabi Adam a.s diusir dari Syurga kerana makan buah khuldi ? Mari kita cari jawapannya dalam Al-Quran. Firman Allah SWT, " Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya : Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu ? Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak ketahui ". (Al-Baqarah 030) Dalam ayat ini Allah SWT mengingatkan Rasulullah saw, bahawa Dia hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Berdasarkan ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa sama ada Nabi Adam a.s makan atau tidak buah yang dilarang oleh Allah SWT, dia tetap akan diturunkan ke dunia. Ketika Allah SWT mengistiharkan kepada ma

Orang yang muflis

Tanggal Ahad 14 hb Jun 2009, saya telah di undang menyampaikan kuliah Subuh di Surau Jiboi, Ampangan. Setelah selesai mengimamkan solat Subuh bersama warga jemaah surau, saya terperanjat apabila bersalaman dengan Ust Hj Jaafar bin Mohammad, bekas guru saya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban pada tahun 1987. Rupa-rupanya Ust Hj Jaafar bin Mohammad sudah lama berpindah di Jiboi. Al-hamdulillah,bertambah imarahlah surau ini dengan kehadiran seorang Ustaz yang begitu hebat dalam ceramahnya, khusus dalam menyampaikan kuliah-kuliah dalam bentuk motivasi. Dalam keadaan kaget (maklum sajalah apabila menyampaikan ceramah di hadapan Tok Guru) saya mulakan kuliah dengan memperkenalkan guru saya ini kepada sidang jemaah surau. Seterusnya saya membacakan hadis-hadis berikut sebagai santapan rohani untuk pagi itu. أتدرون من المفلس؟ قالوا : المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع. فقال : ان المفلس من أمتى من يأتى يوم القيامة بصلاة وصيام و زكاة ويأتى و

Kisah lembu betina

Image
"Tiit...tiit", handphone saya berbunyi mengikut rentak irama sebuah nasyid nyayian kumpulan In-Team (Saya tidak ingat akan judulnya). "Ini Ustaz Hishamuddin ke ?", tanya si pemanggil. "Ya", jawab saya sambil cuba mencari lot parking untuk bersarapan pagi di pekan Mantin. Memang kebiasaannya sebelum ke tempat kerja, saya akan singgah di Pekan Mantin untuk bersarapan pagi dengan segelas teh tarik dan tiga biji kuih. "Saya Haji Miftar dari Desa Beringin", si pemanggil memperkenalkan dirinya, kemudian terus bertanya, "Ustaz free tak malam ni...?". Sambil menarik hand break setelah mendapat lot parking yang sesuai saya terus menjawab ringkas, "Insya Allah free". "Alhamdulillah, kalau macam tu saya ingin menjemput Ustaz untuk menyampaikan kuliah di Surau saya di Taman Desa Beringin, harap-harap Ustaz tidak keberatan", pelawa Haji Miftar dengan nada gembira. "Insya Allah", jawab saya memberi persetujuan. Dalam hat

Asslamualaikum...pembuka bicara

Image
Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar anak murid di sekolah akhirnya saya berjaya memiliki blog sendiri. Insya Allah blog ini akan saya gunakan untuk berkongsi idea dengan pembaca budiman di samping menyebarkan dakwah melalui tulisan. Saya juga mengharapkan komen dan cadangan yang bernas daripada anda semua. Saudara saudari budiman, Malam tadi saya menyampaikan kuliah Maghrib di Majid Jame' Ampangan, Seremban. Memang setiap hari Rabu minggu kedua dan keempat adalah giliran saya menyampaikan kuliah di Masjid ini. Kehadiran jemaah pada malam tadi sekitar 40 hingga ke 50 orang. Boleh di katakan orang yang sama mengikuti kuliah saya sebelum ini. Seperti biasa sebelum kuliah, saya akan mengedarkan nota kuliah kepada sidang jemaah. Cuma malam tadi, saya memberi sedikit teguran kepada segelintir jemaah yang tidak menghargai nota yang di edarkan kepada mereka. Ada nota yang saya edarkan, mereka tinggalkan di tingkap masjid. Alangkah tidak beradabnya jemaah tersebut ! Saya mengingatkan mereka,