Posts

Showing posts with the label Haji

Sejarah Kaabah

Image
             Apabila disebut tentang Mekah, maka akan tergambar kepada umat Islam Kaabah yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat sebagai qiblat setiap hari. Justeru adalah wajar sebagai umat Islam, kita mengetahui serba sedikit tentang sejarah Mekah, Kaabah dan kelebihannya kerana kedua-dunya sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.                  Menurut Ibn Abbas, orang yang pertama sekali membina Kaabah ialah Nabi Adam a.s. Baginda kemudian solat serta tawaf dan juga menunaikan Haji. Kemudian Kaabah yang dibina oleh Nabi Adam itu musnah akibat ribut taufan, serta banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. Sehinggalah Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim membina kembali Kaabah yang telah rosak itu.              Dalil yang menujukkan Kaabah telah pun ada sebelum Na...

Hari ini hari Tarwiah dan Selamat Hari Raya Korban

Image
Bersiap sedia menaiki bas sebelum ke Arafah. Hari ini 8 Zulhijjah, dikenali sebagai hari Tarwiah. Di sebut sebagai hari Tarwiah kerana jemaah Haji akan bersiap sedia dengan mandi sunat ihram, solat sunat ihram dan berniat ihram Haji (bagi Haji Tamattuk) sebelum menuju ke Padang Arafah menaiki bas. Berbagai ragam jemaah Haji Kebiasaannya petugas-petugas Tabung Haji akan menampal notis di papan kenyataan hotel tentang jadual perjalanan ke Padang Arafah. Bagi jemaah Haji muassasah, mungkin mereka akan di susun mengikut KT masing-masing. Contoh KT 1 sehingga KT 5 akan berangkat sekian-sekian masa dan begitulah KT-KT yang lain. Bagi jemaah Haji Swasta (melalui pakej) mungkin mereka di susun mengikut tingkat-tingkat di hotel. Contoh, jemaah Haji yang menginap di tingkat yang paling atas biasanya akan diberi keutamaan untuk berangkat terlebih dahulu. Kemudian barulah jemaah Haji yang berada di tingkat 7, 6, 5 dan sehinggalah yang ke bawah mengikut tertib. Namun ada juga jemaah-jemaah Haji...

SOLAT MENGHORMATI WAKTU : KAEDAH DAN PERATURAN

Image
Jemaah Umrah ketika di Lapangan Terbang Jeddah Untuk jemaah Haji atau Umrah dalam pesawat ketika pergi dan balik yang tidak dapat menunaikan solat dengan sempurna tanpa berwuduk / tayammum dan tidak dapat mengadap qiblat. i. Jika sekiranya dia menjangkakan akan sampai di tempat yang dituju dan waktu solat masih ada lagi, maka hendaklah dia menunggu sehingga sampai ke lapangan terbang itu lalu solat di situ. ii. Jika sekiranya solat itu boleh dijamakkan dengan solat yang kedua (Zuhor & Asar, Maghrib dan Isyak) dan pesawat dijangka sampai ke destinasi sebelum habisnya waktu yang kedua, maka dia bolehlah berniat untuk melakukan Jamak Takhir. iii. Jika solat itu tidak boleh dijamakkan seperti Subuh dan waktunya sudah hendak habis, atau waktu yang kedua pun sudah habis bagi yamg mahu buat jamak Takhir solat Zuhor dan Asar, jika sekiranya DIA SUDAH MENGAMBIL WUDUK SEBELUM MENAIKI PESAWAT ATAU MENGAMBIL WUDUK DALAM PESAWAT, dia boleh menunaikan solatnya dalam keadaan paling mampu me...

AMALAN KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI

Image
Di sinilah Rasulullah saw dilahirkan Erti khurafat ialah kepercayaan karut yang direka-reka dan diada-adakan yang bercanggah dengan al-Quran & al-Sunnah. Mengamalkan perkara-perkara khurafat adalah ditegah oleh syarak kerana disamping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk sepertimana tersebut di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”. Contoh amalan khurafat sebelum bertolak 1- Tidak boleh memijak bendul rumah, kalau dipijak alamat tidak akan balik semula. 2- Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh pandang kembali melihat rumah, kalau dipandang pekerjaan hajinya tidak sempurna, kerana hatinya teringat-ingat ke rumah. 3- Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai. 4- Setelah balik nanti mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang dise...

KURSUS MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH EKSLUSIF DI RUMAH

Image
Assalamualaikum wrm wbh, Pengunjung blog yang dihormati sekalian, Saya ingin menawarkan kursus mengerjakan Haji dan Umrah secara ekslusif di rumah anda. Kelebihan kursus ini ialah : a. Disampaikan dalam bentuk multimedia dan power point. b. Seisi rumah boleh bertanya tanpa rasa malu dan segan c. Bayaran perkhidmatan adalah terpulang kepada tuan rumah (merangkumi minyak kereta dan tol). Ketika memimpin Kursus Haji Perdana 2010 di Stadium Nilai Perkhidmatan ini hanya untuk mereka yang tinggal di Negeri Sembilan dan Lembah Kelang sahaja. Jika berminat, bolehlah berhubung dengan saya 019-6404133.

Hukum melaungkan azan ketika berangkat menunaikan Haji

Image
Azan syiar Islam Sudah menjadi kebiasaan bakal-bakal Haji ketika turun dari rumah, azan dikumandangkan. Hal ini juga berlaku semasa mereka berada di kompleks Haji Kelana Jaya. Setelah mendengar taklimat perjalanan dari pegawai Tabung Haji, bakal-bakal Haji kemudian dipersilakan turun dari dewan untuk menaiki bas menuju ke KLIA. Ketika bergerak menuju ke bas, azan akan dikumandangkan melalui pembesar suara. Sayu hati ketika itu. Persoalan di sini, apa hukum melaungkan azan seperti ini, adakah bidaah ? Jawapan Sabda Rasulullah saw, من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama kita yang bukan darinya adalah tertolak. Maksud mengada-ngadakan di sini ialah mencipta sesuatu yang tiada kaitan dengan agama seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat di zaman Rasulullah saw yang berdiri di tengah-tengah padang pasir yang panas terik. Rasulullah saw bertanya para sahabat, “Kenapa orang ini ?”. Para sahabat menjawab, “ Dia sedang menunai...